*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



---------- Forwarded message ----------
Date: Tue, 06 Jun 2000 20:57:06 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED]
Subject: UMNO Dihantui PAS/ PAS dan Muslimat/ Ling Pulang ke Kabinet/
Estrada 

Pedas-Pedas Cili Api 106
(7hb Jun 2000)

UMNO Masih Dihantui Islam/PAS

Nampaknya para pemimpin UMNO masih takut dengan bayang-bayang Islam.
Cili 
Api lihat ramai di kalangan mereka yang hendak melenyapkan Islam
daripada 
nama PAS. Adakah dengan ini mereka mengharapkan pengaruh PAS dapat 
dibendung?  Begitu gelabah sekali UMNO/BN sekarang ini. Mereka akan cuba 
buat apa saja, asal boleh mengurangkan pengaruh PAS.

Ada pemimpin UMNO yang berkata, PAS tak perlu menggunakan Islam dalam 
namanya untuk memperjuangkan Islam. Memang betul juga. Tetapi mengapakah 
UMNO perlu menggunakan Melayu dalam namanya untuk menunjukkan mereka 
mempererjuang nasib orang Melayu? Jikalau para pemimpin UMNO ini
hendakkan 
PAS membuang Islam, mengapakah UMNO tidak membuang dulu Melayu pada nama 
partinya?

Hari ini Cili Api lihat dalam akhbar, Menteri Dalam Negeri Dollah Badawi 
mengatakan buat sementara ini PAS boleh menggunakan Islam pada namanya.
Buat 
sementara ini nampaklah beliau tidak begitu bebal. Cili Api harap 
ketidakbebalan ini akan berterusan. Jangan pula nanti, dekat dengan 
pilihanraya akan datang atau dengan desakan Cek Det, beliau akhirnya 
mengambil tindakan untuk memaksa PAS membuang Islam itu pula.

Cili Api bependapt, jikalau Dollah melakukan ini,  bukan saja ia
merupakan 
tindakan bebal, bahkan tolol. Cili Api tahu bahawa Dollah bukan bebal
atau 
tolol orangnya.



PAS dan Muslimat

PM Dr M @ Cek Det dan pengekor-pengekornya cepat saja mengambil peluang 
memburukkan PAS apabila beberapa orang wakil Muslimat menimbulkan
tentang 
kedudukan mereka dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Cek Det menuduh
bahawa 
PAS selama-lamanya menggunakan muslimatnya sebagai alat politik saja.

Seorang wakil meminta supaya Muslimat diberi peluang untuk menyertai 
pilihanraya sebagai calon. Cili Api anggap permintaan ini munasabah.
Tuan 
Guru Haji Hadi menerangkan bahawa fatwa di Azhar terbagi dua, ada yang 
membenarkan dan ada yang tidak membenarkan  orang perempuan menyertai  
pilihanraya. Mengapakah para ulamak PAS tidak membuat ijtihad saja?

Seorang lagi wakil merasa kurang senang kerana tiga orang perempuan yang 
menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PAS tidak didudukkan bersama 
anggota-anggota lelaki di atas pentas. Cili Api pun tidak faham
mengapakah  
ini perlu dilakukan sebegitu? Takkanlah kurang Islamnya PAS jikalau
pemimpin 
Muslimat duduk sebelah menyebelah dengan pemimpin Muslim?

Cili Api rasa, pandangan  kaum perempuan – Islam dan bukan Islam -
kepada 
PAS akan lebih baik sekiranya PAS mengubah sikap dan amalannya terhadap 
perempuan. Bahkan mereka akan memberikan sokongan lebih besar. Dengan
mudah 
PAS boleh buktikan sebenarnya UMNOlah yang memperalatkan wanitanya untuk 
politik dan segala-galanya.

Cili Api akan akur kepada sikap dan amalan PAS ini jikalau para
pemimpinnya 
boleh membuktikan ianya bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.



Ling Pulang ke Kabinet

Ling Liong Sik sudah menukar fikirannya. Dulu dia kata tidak akan
mengubah 
pendirian. Tetapi sekarang dia umumkan akan kembali ke kabinet. Sudah
dapat 
ilhamkah semasa bercuti? Barangkali dia mengharapkan akan dapat
perlindungan 
untuk anak dan dirinya dengan terus berjawatan sebagai menteri.

Cili Api tidak perlu komen panjang. Cili Api tidak menghormati sama
sekali 
orang seperti ini. Cakap saja berdegar-degar, tetapi tahi tersangkut di
atas 
pagar.




Estrada Minta Bantuan AS?

Mengikut laporan berita Estrada, Presiden Filipina, hendak meminta
bantuan 
tentera AS untuk menangani apa yang disebut sebagai masalah orang Islam
di 
Selatan Filipina. Betulkah ini? Jikalau betul, memanglah lebih bebal 
daripada bebal. Estrada perlu berfikir bukan dua kali, tetapi sepuluh
kali.

Tidak bijaksana sama sekali bagi Estrada meminta pertolongan daripada
kuasa 
asing, apatah lagi kuasa imperialis paling besar di dunia. Kalaulah
perlu 
menggunakan kekuatan tentera, Estrada sepatutnya menggunakan kekuatan 
negaranya sendiri.

Cili Api fikir, masalah  orang Islam di Selatan Filipina hendaklah
ditangani 
secara aman, secara diplomasi. Jikalau tidak seluruh Filipina akan
hancur.  
Jikalau AS pula masuk campur, seluruh rantau ini boleh musnah.


Cili Api


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke