*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Tajuk pasal kesan filem Hindustan terhadap orang
Melayu nampaknya menepati waktunya. Lebih-lebih lagi
demam pilihanraya kecil Teluk Kemang kini  sudah
terasa akan bahangnya. Inilah masanya yang paling
sesuai utk kita menilai sejauh manakah bergeliganya
otak orang Melayu. Mana-mana yang boleh menggunakan
otak dan berpandukan iman di dada mungkin akan
melakukan kejutan. Manakala yang otak berserabut dan
telah confirm  biru pekat darahnya, mungkin akan terus
berpihak kepada golongan yang sudah berstatus quo.
Kita tunggu keputusan pilihanraya Ahad ini. Pasal
pilihanraya ini pun serupa macam jalan cerita filem
Hindustan.

Orang Melayu memang mudah ketagih dengan filem
Hindustan. Cuma tahap ketagihan itu tidak sama dengan
tahap ketagihan mat-mat gian terhadap dadah. Kalaulah
filem Hindustan tu diharamkan, dan jatuh sama taraf
dengan najis dadah, maka sudah tentu jumlah pengedar
VCD atau video haram akan turut dijuarai oleh orang
Melayu. Atau sekurang-kurangnya, jumlah penghuni
penjara atas kesalahan  menonton filem Hindustan masih
dikuasai oleh orang Melayu. 

Mengapakah orang Melayu suka sangat menonton filem
Hindustan? Bukankah terlalu banyak unsur-unsur agama
Hindu yang dimasukkan ke dalam jalan cerita filem
tersebut? Mengapakah orang Melayu yang memang tidak
memahami akan bahasa yang dipertuturkan dalam filem
tersebut masih menunjukkan minat yang mendalam untuk
terus menonton filem-filem tersebut? Mungkinkah satu
hari nanti akan wujud Melayu Islam yang sudah mula
mempercayai akan  wujudnya fahaman kelahiran semula
(reincarnation) seperti yang sering mereka tontoni
dalam kebanyakan filem Hindustan?

Sebenarnya orang Melayu amat mudah ditipu oleh bangsa
lain. Menyedari hakikat ini, dan mengetahui akan
kelemahan orang Melayu sebegini, maka unsur-unsur yang
melekakan orang Melayu dieksport ke negara ini. Lihat
saja gejala penagihan dadah, bohsia, seks rambang, dan
berbagai lagi gejala yang telah menembusi benteng
kehidupan orang Melayu dengan mudahnya. Jika gejala
sedemikian dapat menembusi benteng kehidupan orang
Melayu, maka cara hidup yang sering diketengahkan
dalam filem Hindustan akan mudah meresap masuk ke
dalam kehidupan orang Melayu. Budaya rasuah dan
samseng politik adalah dua budaya baru yang sedang
diresapkan secara halus ke dalam kehidupan orang
Melayu. Mungkin esok budaya liwat, seks rambang dengan
remaja bawah umur dan  skandal seks orang yang
berpengetahuan agama pula akan dihidangkan bagi
menggoyahkan pegangan agama orang Melayu. Bukankah
Malaysia Boleh?

Akhir-akhir ini, terlalu banyak perkataan "pagal" yang
digunakan dalam filem Hindustan. Nyanyi satu lagi,
keluar perkataan "pagal". Lompat sana, keluar
perkataan "pagal". Menari kat lereng bukit, keluar
lagi perkatan "pagal". Orang Melayu walau telah khatam
menonton filem Kuch kuch hota hei 10 kali sekali pun,
tak mudah memahami makna perkataan "pagal". Yang
mereka faham, Shah Ruh Khan peluk Manisha Koirala dan
Salman Khan tengok pusat Kajol.  Akhirnya orang Melayu
hanya mampu menangis bila menonton  babak terakhir
memperlihatkan hero Hindustan menang.

Atas maksud yang sama, sebenarnya para pengedar filem
Hindustan ingin mengatakan kepada orang Melayu bahawa
walau sehebat mana kamu bercakap pasal jati diri
Melayu, kami akan tetap menjajah minda kamu. Biar kamu
rasa macam Malaysia ini milik Hindustan. Apa tidaknya.
Tiap-tiap hari kalau  kita nonton TV 2, 3 dan 7, pasti
ada filem Hindustan. Kalau hari Sabtu, petang ada
Colours of Rangoli 
( maksudnya sama aje iaitu warna-warna kepada warna).
Hari Ahad ada Stars of India. Sampaikan seorang ustaz
beritahu yg Malaysia ni macam lebih  Hindustan dari
Hindustan.

Saya rasa tidak hairanlah kalau satu hari nanti,
pengarah filem Hindustan berpakat dengan orang kat
Malaysia buat filem bertajuk " Tum Karo Pagal Hogaya".
Kalau tanya kat orang Melayu apa maknanya ? Mereka
jawab tak tahu. Walhal dah tengok filem Hindustan
beribu kali. Tak pernah nak belajar bahasa lain. Itu
sebab selalu kena tipu.

Selepas habis tengok filem tu, orang Melayu menangis
sebab hero masih hidup. Tapi sebenarnya pengarah filem
tu boleh tersenyum. Sebab dia berjaya membodohkan
orang Melayu dan mengatakan bahawa "kamu semua sudah
gila!". Itulah maksud "tum karo pagal hogaya".

Selamat menjadi orang waras wahai bangsaku!

Wassalam

EngKu Hamid EngKu Seman









__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke