*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





---------- Forwarded message ----------
Date: Wed, 07 Jun 2000 20:05:28 PDT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
    [EMAIL PROTECTED]
Subject: Drama Rais Dengan Eusoff

Pedas-Pedas Cili Api 107
(8hb Jun 2000)


Drama Rais Dengan Eusoff

Cili Api menonton dengan penuh minat drama yang sedang dilakonkan oleh
Menteri Datuk Rais Yatim dengan Ketua Hakim Tun Eusoff Chin. Ada
kalanya, apabila diteliti setengah-setengah daripada dialog dan
gerak-geri kedua-dua pembesar ini, kelihatan seperti mereka berlakon
dalam siri drama lawak pula. Cili Api cukup ingin hendak tahu apa dia
akhir ceritanya. Mungkin nanti tidak ada akhir pula. Hilang lesap begitu
saja. 

Semasa beliau menghadiri satu persidangan di Melbourne, Australia
baru-baru ini, Rais telah ditemuduga oleh sebuah stesen radio. Antara
soalan yang beliau ditanya ialah mengenai gambar Eusoff dan isteri
dengan Datuk Lingam dan isteri, semasa mereka bercuti di New Zealand.
Lingam boleh dikatakan semacam peguam tetap Vincent Tan, tiap-tiap kali
dia hendak menyaman malu sesiapa, dengan tuntutan ganti rugi berpuluh
atau beratus juta. Kebetulannya dia selalu saja menang. 

Apa yang dijawab oleh Rais ialah, lebih kurang, Eusoff sebagai hakim
tidak patut bebas sangat bercampur. Eusoff terus melenting dan menuduh
Rais tidak pernah berbincang tentang hal ini dengannya. Mungkin salah
satu sebab dia melenting ialah kerana kisah ini sudah sampai ke
peringkat atas. Sebenarnya, satu dua tahun dulu cerita dan gambar Eusoff
bersama Lingam ini sudah keluar dalam internet. Waktu itu Eusoff tidak
ambil peduli. Nasib tak baik, sekarang ini cerita dan gambar itu telah
tersebar seantero dunia. 

Eusoff keluarkan cek dan “credit card” untuk membuktikan dia telah
berbelanja sendiri sebanyak RM19,000 untuk perbelanjaan bercutinya. Dia
menafikan Lingam membayar segala belanja ini. Katanya, dia secara
kebetulan saja berjumpa dengan Lingam yang juga bercuti di New Zealand
pada yang sama. Rais Yatim pula hari ini buat komen yang menarik.
Mengapa mesti Eusoff mengeluarkan semua bukti ini? Dia tidak pernah
membuat tuduhan terhadap Eusoff. Bagaimana nanti kalau ada orang yang
boleh keluarkan resit dan bukti-bukti lain yang menunjukkan Lingam
sponsor cuti Eusoff? 

Barangkali betul juga agaknya seperti kata Rais, siapa makan cili api
dialah terasa pedasnya. (Cili Api teringat seorang kawan di sekolah
dulu, ketika guru menyuruh dia menterjemah pepatah ini,
menterjemahkannya sebagai “He who eat the chillie the feel the hot”).
Agaknya Tun Eusoff sekarang sedang “the
  feel the hot”. Malang sekali baginya perkara ini timbul selepas baru
saja khidmatnya disambung enam bulan berikutan tarikh pencen. Cili Api
tak tahulah. Entah-entah sambungan khidmat itu perlu untuk memastikan
kes Anwar Ibrahim selesai dalam tempoh itu. 

Balik kepada soal siapa membayar belanja untuk percutian Eusoff itu.
Memang hebatlah keberanian beliau mengeluarkan cek dan “credit card”
sebagai bukti. Cili Api boleh terima bukti bahawa wang telah dikeluarkan
daripada akaun banknya sendiri. Tapi Cili Api hendak tanya satu soalan
bodoh sedikit.  Boleh tak Tun Eusoff? Siapa nak tahu kalau ada orang
yang telah memasukkan wang dalam bank untuk kegunaan Tun sebagai belanja
percutian itu? By the way (maaf cakap orang putih sikit), mengapa baru
sekarang hendak tunjuk bukti, selepas tuduhan dibuat satu dua tahun
dulu? 

Cili Api berpendapat, bukan bukti akaun wang keluar saja yang mesti
ditunjuki oleh Tun. Mesti tunjuk akaun wang masuk juga. Tapi susah
sedikitlah kalau pembayaran dilakukan dengan cara tunai. Sekarang ini
lebih mudah transaksi dibuat secara tunai. Pakai beg saja. Boleh belajar
daripada Mat Tyson macam mana nak buat, bukan? 

Ada satu kenyataan Eusoff yang paling aneh sekali. Katanya, Peguam
Negara Tan Seri Mokhtar telah menyiasat tentang tuduhan ke atasnya dan
mendapati tidak ada bukti. Ewah, ewah! Macam mana ini? Bukankah si
Mokhtar ini ada bergambar juga dengan Vincent Tan dan Lingam serta
isteri masing-masing di Itali?. Adakah secara kebetulan juga Vincent Tan
dan Lingam bercuti di Itali semasa Mokhtar bercuti di sana? Adakah
secara kebetulan juga Vincent dan Lingam hendak bergambar dengannya?
Ghairah betul. 

Terlalu banyak sangat kebetulannya. Susah Cili Api hendak percaya
segala-galanya dalam drama ini. Cili Api memang berminat hendak
mengetahui apa dia akhir cerita ini. Tetapi sebenarnya Cili Api lebih
ingin tahu apa yang berlaku dari awal-awal. Macam manakah caranya Lingam
dan Vincent membagi-bagikan “rezeki” juta-juta yang mereka perolehi
daripada kes-kes mahkamah yang mereka menangi itu. 

Nampaknya, ada tanda-tanda kong kalikong. Macam mana Cek Det? Cek Det
kata hendak memerangi rasuah. Tak hendakkah siasat perkara ini dengan
mendalam? 

Cili Api




________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke