*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jodoh dan Pasrah

Minggu lepas kita banyak berbincang soal jodoh…..nak kahwin isteri muda….nak 
kahwin isteri tua …….bila isteri tua dari suami……dan macam-macam lagi. 
Kesimpulannya itulah yang dikata jodoh. Lelaki le katakan……selera memang 
besar kalau nak di bandingkan dengan orang pompuan. Ini mencelah betul-betul 
punya cakap. Asalkan jangan tanya dekat Mimi Zurina cukuplah……orang kedah 
tau le….siapa dia tu. Kalau siapa tak tahu, dia tu ratu cantik Mak Nyah. 
Sepanjang karier dia sebagai Mak Nyah, sembilan kali dia jadi johan ratu 
cantik…..kalau setakat netters pompuan dalam hizb ni, tolak ketepi aje 
……memang tak boleh nak tanding dia.

Bila kita cakap soal jodoh, sebenarnya mencelah memang simpati dengan orang 
pompuan yang belum ada jodoh. Kalau dekat orang lelaki, mencelah tak kesah 
sangat…..sebab mudah sangat nak cari pasangan. Jadi kalau orang lelaki nak 
cari jodohpun suruh member dok tolong…sampai masuk dalam hizbi net, kalau 
tanya sedara Adam….asy-.Sheikh tu tak ada perkataan lain lagi dia nak sebut, 
melainkan yang berkaitan dengan “teloq” aje!

Bagi pompuan yang dah berumur, kalau masih tak ada jodoh…bersabar aje le. 
Yang pentingnya berusaha….berikhtiar….jangan putus asa. Soal kahwin bagi 
sorang pompuan ni, bukannya perkara yang boleh di 
persenda-sendakan……silap-silap tak keluar rumahpun ada. Bila nak pergi rumah 
kawan-kawan satu sekolah dulu…..kekadang hati tak seronok, apa 
tidaknya……kawan dah ada tiga empat orang anak. Lagipun apabila umur dah 
meningkat, sesetengah orang ni pandang buruk sikit. Takut nak kawan dengan 
dia tu….nanti dia kebas laki aku pulak. Bila ada kenduri kendara 
pulak….kalau ada yang songeh sikit dia orang tanya, adik kau dah ada 
anak….kau bila nak kahwin. Faham saja le…mulut orang. Duduk dalam hizbi 
net…dah orang kata apa tu…..andalusia….pulak dah. Selama ni M Nasir 
nyanyi……mencelah tertanya-tanya dalam hati, apa ke jadah makna nya……sekarang 
baru tau.

Mencelah lupa apa ke nama netter sorang tu….dia cerita dia punya cari jodoh 
sejak dari berada di luar negara sampai balik keMalaysia…..yang menariknya, 
jodohnya dengan orang negara luar juga akhirnya. Ini bermakna yang dia telah 
berusaha bersungguh-sungguh…sebelum “Berserah” tetapi bukanya “Menyerah” 
kepada yang esa. Andaikata jodohnya tak ada juga……itu lah yang di katakan 
“Pasrah”. Macam mencelah katakan tadi, orang pompuan susah sikit nak pilih 
partner berbanding lelaki.

Sesetengah lelaki ni bukannya tak ada jodoh…..sebenarnya, Tapi, tak tahu nak 
pilih yang mana satu. Boleh-boleh dia nak atur semua depan dia……dan interbiu 
sorang-sorang….baru nak buat keputusan. Mencelah pun ada juga member macam 
ini, kalau jumpa kita…..bila-bila masa pun nak minta tolong….. “ngko tolong 
le cari kat aku sorang”. Tapi mencelah buat tak layan aje. Macam mana 
mencelah nak layan, hari-hari nampak dia dok bonceng….pompuan dengan 
motor….tukar-tukar…pulak. Sampai seat belakang naik lembek, kalau boleh 
bercakap…..lama dah seat tu mengaku. Kadang-kadang dia kawan nak main-main 
aje……sedangkan yang si pompuan ni….. beriya-iya benar, ingatkan lelaki ni 
betul-betul syiok kat dia.


Bagi pendapat mencelah , kalau pompuan nak minta tolong kita cari partner 
untuk dia…..ok. Tapi, kalau lelaki……siasat habis-habis…..kita tau le…naluri 
kita sama aje…Mattttt. Tapi yang paling mencelah benci tengok pompuan yang 
berpelajaran tinggi……berjawatan tinggi. Dia ni kahwin dengan lelaki  
berpelajaran rendah……lepas tu hari-hari dia suruh laki dia hantar dan ambil 
dari pejabat…..itu tak apa, sebab kereta pun dia beli. Ini tidak……dia duduk 
tersandarrrrr……di belakang, dia macam boss…laki dia …..di buat umpama koli. 
Orang jenis macam ni…..jangan eksyen….la.Akhir kata mencelah mohon diri 
dulu…..ye.

[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)




________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke