*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KASIH SUAMI
        Salah satu rahsia kebahagiaan dalam rumahtangga
adalah rasa kasih seorang suami kepada isteri.
Bukanlah mudah untuk mewujudkan rasa kasih itu kerana
rasa kasih ini bukan boleh dibuat-buat sendiri oleh
manusia melainkan ia adalah suatu yang dicampakkan
oleh Allah ke dalam hati manusia.
        Jalan yang perlu ditempuh oleh isteri hanyalah
mempertingkatkan ketaqwaannya kepada Allah, iaitu
benar-benar mencintai Allah. Kecintaan itu hendaklah
benar-benar dibulatkan kepada Allah, bukan kepada
manusia, walaupun suami yang  kita mahu dia mengasihi
kita. Apabila kita dapat meletakkan sebulat kecintaan
kepada Allah, pasti Allah tidak akan menolak dan akan
membalas cinta kepada hambaNya itu. Bila Allah sudah
menyayangi dan cinta kepada kita bererti seluruh  
makhluk  turut menyayangi kita termasuk suami yang
akan meletakkan kecintaannya kepada isteri. Itulah
rahsia kecintaan suami kepada isteri.
        Isteri-isteri yang pandai adalah mereka yang pandai
dan tepat layanannya kepada suami. Layanan itu akan 
membawa kesan besar pada hati suami. Sebaliknya
bukanlah dikatakan seseorang isteri itu pandai kerana
mempunyai degree dan kelulusan yang tinggi tetapi
tidak  pandai melayani suami. Di antara sikap-sikap
isteri dalam melayani suami adalah seperti berikut:
1.      Isteri hendaklah melahirkan ciri-ciri keselarian
dengan suami.
2.      Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan
jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu kerja dan
perjuangan suami.
3.      Jangan sekali-kali isteri menjadi penghalang kepada
kerja dan perjuangan suami.
4.      Isteri hendaklah menjadikan dirinya teman bercakap
suami dengan malayani fikiran suami. Lelaki yang
akalnya tumpul akan lumpuhlah seluruh hidupnya.
5.      Isteri hendaklah memberi sepenuh perhatian apabila
suami bercakap atau bercerita. Sikap acuh tak acuh
akan menyebabkan hati suami tersuinggung dan hilang
minat                     untuk bercakap-cakap lagi.
6.      Jangan biarkan suami mengelamun dan termenung
seorang diri, ambilah hatinya dan jadilah temannya
berbual.
7.      Elakkan dari berkata hal-hal yang tidak
menyenanngkan hati suami.
8.      Cepatlah ubah tajuk jika menyedari suami tidak suka
kepada cerita kita.
9.      Berusahalah untuk memberikan pandangan yang baik
dan bernas apabila suami meminta pandangan kita.
10.     Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan
hidup dan keperluan seharian. Lelaki akan menderita
jika orang yang dibawah tadbirnya tidak berpuas hati  
  dengannya.
11.     Jangan diapi-apikan ketika suami dalam keadaan
marah kerana akan mengakibatkan suami bertindak ganas
kepada ahli keluarganya atau ia akan bertindak ganas
dan kasar di luar rumah pula.
12.     Ketika suami marah banyakkan menyebut-nyebut 
kalimah Allah kerana ia akan melunakkan hati suami.
13.     Para isteri hendaklah menjadi pelayan suami dalam
menyelesaikan urusan-urusannya. Kalau dilayan dengan
baik akan menimbulkan rasa tanggungjawab kepada
keluarga di hatinya dan melahirkan para suami yang
gigih dan hebat dalan kerja dan perjuangan mereka.
14.     Isteri-isteri yang tidak pandai melayani suami
akan menyebabkan jiwa suami mati.
15.     Suami akan merasa senang dan gembira jika dilayan
makan dan minumnya.
16.     Pelajari dan kenali selera suami, walaupun
hukumnya bukan fardhu tetapi ini akan menyenangkan
hati suami.
17.     Pekerjaan isteri yang boleh mengembirakan hati
suami hinggalah kepada perkara yang kecil-kecil
seperti menyediakan berus gigi dan ubatnya, sabun
mandi, tuala, pakaian persalinan dan bentangkanlah
sejadah ketika suami hendak bersembahyang.
18.     Bila suami hendak pergi bekerja atau bermusafir,
sediakanlah peralatan dan bekalan-bekalan yang biasa
dibawanya.
19.     Layanlah tuntutan tabii manusia yang berupa
keinginan jimak kerana dengannya akan melepaskan
sebahagian dari ketegangan dan kekusutan fikiran
suami.
20.     Hiasilah diri ketika sudah diketahui suami hampir
pulang ke rumah dengan jelita. Bermekaplah secara
sederhana dan memakai pakaian yang boleh menarik hati
suami. Berdandanlah dan berwangi-wangianlah ketika
suami ada di rumah.
21.     Tautkan hubungan hati dengan suami  yang sedang
keluar rumah dengan membanyakkan wirid dan doa untuk
keselamatan dan kejayaan suami.
22.     Apabila suami bermusafir, digalakkan isteri
berpuasa (qada' atau sunat).
23.      Elakkanlah dari melakukan sebarang perkara yang
boleh menimbulkan rasa cemburu dan rasa sakit hati
suami seperti berbual-bual dengan lelaki lain.
24.     Laksanakanlah sungguh-sungguh penutupan aurat,
suara wanita juga dikira sebagai aurat.
        
        Andaikata para isteri dapat berusaha
bersungguh-sungguh dengan apa yang dibentangkan di
atas, maka ia akan kelihatan sentiasa cantik dan
menarik hati suami walaupun rupa parasnya kurang
cantik. Dengan itu akan lahirlah para suami yang kuat
jiwanya untuk memimpin rumahtangga ke jalan yang
diredhai Allah dan berjuang di jalan Allah.             


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: dehya kalbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke