Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: "Di akhir zaman itu
susah hendak mencari perpaduan, rasa ukhwah dan hendak
membangunkan ummah."
        Mengapakah sesebuah jemaah itu berpecah atau
sekurang-kurangnya lemah dan tidak berfungsi? Jika
persoalan ini diajukan kepada kebanyakan orang, kita
akan dapati jawapan yang berbagai-bagai. Ada yang akan
berkata: Jemaah Islamiah itu roboh kalau ahli-ahli
tidak faham. Namun hendaklah diingat, kalau ahli-ahli
tidak faham, berilah kefahaman. Setelah mereka faham,
selesai masalahnya. Ada orang berkata: Jemaah Islamiah
itu hancur kerana kesalahan-kesalahan peribadi. Kalau
kesalahan peribadi itu kerana jahil atau tidak
disengajakan, kalau dibiarkan sahaja atau setelah
seseorang itu sedar, kesalahan akan hilang dengan
sendirinya. Mungkin orang berkata: Sebab
tekanan-tekanan daripada luar. Sejarah membuktikan
jarang sekali satu jemaah Islamiah dapat dihancurkan
oleh musuh-musuh dari luar. Jemaah Ikhwanul Muslimin
misalnya telah dikecam dan dipukul hebat oleh
mmusuh-musuh dari luar tetappi hingga ke hari ini
masih mempunyai pengaruh. 
        Sebenarnya sesebuah jemaah Islamiah boleh jadi rosak
dan musnah kerana ahli-ahlinya belum berjiwa sufi.
Sebahagian daripada ahli jemaah itu masih belum dapat
bermujahadah membersihkan diri dari sifat-sifat
mazmumah. Lantaran itu akan berlakulah perkara-perkara
berikut :
*       Orang yang bersalah malu untuk meminta maaf.
*       Orang yang tidak bersalah terlalu sombong untuk
memberi kemaafan.
*       Orang yang lemah dalam perjuangan menimbulkan
kehinaan kepada ahli-ahli yang lain.
*       Orang yang kuat dan maju berjuang mendatangkan
irihati dan  hasad dengki pada yang lemah.
*       Orang yang tidak sanggup berkorban akan dibenci oleh
orang yang banyak berkorban. 
*       Orang yang banyak berkorban akan dicemuh oleh orang
yang tidak banyak berkorban.
*       Orang yang pemarah menimbulkan masalah apabila dia
bertindak secara gopoh-gapah. Akhirnya akan bertindak
di luar garisan yang betul. Orang yang gopoh mudah
menerima hasutan, akhirnya akan menimbulkan buruk
sangka.
*       Orang  pemarah tidak sabar menerima ujian, akhirnya
ia akan berundur. Sambil mengundur diri ia akan
menyepak kawan atau pun ia mengundur diri dengan
rakus.
*       Orang yang mencintai dunia akan tamak apabila
berhadapan dengan nikmat hasil perjuangannya. Akhirnya
hilang syukur, timbul hasad dengki dan bakhil. Mereka
bertembungan dan tikam-menikam  sesama sendiri.
*       Orang yang berkebolehan dalam satu bidang atau
beberapa bidang akan timbul riya' dan ujub.
*       Orang yang tidak berkebolehan tidak sedar diri,
ingin menduduki tempat yang penting hingga tidak redha
dirinya diasuh oleh ketuanya.
*       Orang yang besar egonya (besar diri) berat  menerima
kebenaran dan kepimpinan orang lain. Kalau ia
memimpin, banyak pula orang di bawahnya yang
tersinggung.
*              Orang yang susah untuk di catu
perkahwinan diantara ahli-ahlinya. malah lebih
berminat berkahwin dengan orang luar.
        Apabila sifat pendendam itu ada di kalangan ahli
jemaah, timbullah umpat-mengumpat, keji-mengeji,
sindir-menyindir antara satu sama lain. Akan hilanglah
ukhwah dan sukarlah menerima kebenaran. Sekiranya
tidak ada jiwa sufi - yakni jiwa  tidak bersih
daripada perkara-perkara tersebut -  akan berlakulah
perpecahan jemaah. Dan musuh dari luar akan menjadi
penokok tambah untuk kehancuran jemaah itu. Di sinilah
pentingnya jiwa sufi yang mesti wujud di kalangan ahli
terutamanya di kalangan pemimpin jemaah itu sendiri.
Tetapi jiwa inilah yang paling kurang ada pada kita.

        Dapatlah kita faham betapa pentingnya pekerjaan /
didikan hati daripada anggota lahir. Angan-angan mudah
tetapi amalan adalah lebih berat. Oleh kerana itu
antara amalan batin dengan amalan lahir, amalan batin
adalah lebih utama. Untuk kesempurnaan Islam
kedua-duanya mesti dibangunkan. Allah tidak melihat
amalan lahir semata-mata tetapi Allah melihat amalan
hati hamba-hambaNya. Sudahkah bersih dari sifat
mazmumah? Sudahkah memiliki sifat-sifat mahmudah?.
Walaupun amalan batin sukar dilaksanakan, janganlah
kita berputus asa. Mestilah kita sentiasa berikhtiar
dan bermujahadah selalu di samping berdoa meminta
bantuan dan pimpinan Allah. Apabila hati berrsih maka
dengan izin dan pertolongan Allah akan bersihlah
amalannya. Firman Allah yang bermaksud:
        "Dan orang -orang yang berusaha bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak agama kami, Kami sesungguhnya
akan memimpin mereka ke jalan Kami. Dan sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya."                                           
     (Al Ankabut : 69)
        Di riwayatkan bahawa seorang Arab telah bertanya
kepada Rasulullah SAW dengan berkata, "Nasihatkan aku
wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah
kamu takutkan Allah. Jika seseorang mencerca kamu
dengan sesuatu perkara yang ia ketahui pada kamu,
janganlah kamu mencercanya dengan sesuatu yang kamu
ketahui ada padanya. Nescaya bala itu ke atas dirinya
dan pahala itu engkau dapat dan janganlah kamu memaki
sesuatu."
        Sabda Rasulullah : "Tidak akan masuk syurga orang
yang membawa kata-kata berniat jahat."  


SAJAK

        HATI YANG BUTA
        
        Bila melihat alam yang indah
        tidak terasa kebesaran Allah
        bila mendapat kesusahan
        tidak terasa dirinya hamba
        nikmat yang datang tidak terasa dari Nya
        bahkan sepatutnya rasa malu pada Nya
        kerana anugerah Nya kepada kita
        membuat dosa tidak ada kekesalannya
        bahkan dilupakan sahaja
        boleh jadi setengah orang rasa bangga dengan dosa
        menyebut neraka tidak terasa gerunnya
        menyebut syurga tidak merasa apa-apa
        ini menunjukkan jiwa kita sudah mati
        atau sudah buta
        buta hati lebih merbahaya dari buta mata
        buta mata tidak nampak dunia
        buta hati tidak nampak kebenaran
        buta mata ditipu orang
        buta hati ditipu syaitan.
        
        
MADAH

        Orang yang jiwanya mati
        lebih susah untuk diurus daripada orang mati,
        orang mati ditanam sahaja, orang yang jiwanya mati,
        hendak ditanam nyawanya ada,
        hendak dimanafaatkan tidak memberi guna,
        hendak dipasung akalnya ada,
        akibatnya menyusahkan masyarakat.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

pbt.gif

GIF image

Reply via email to