*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: dehya kalbi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Punca jemaah lemah tak berfungsi
>Date: Fri, 23 Jun 2000 00:06:48 -0700 (PDT)
>
>Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: "Di akhir zaman itu
>susah hendak mencari perpaduan, rasa ukhwah dan hendak
>membangunkan ummah."
>       Mengapakah sesebuah jemaah itu berpecah atau
>sekurang-kurangnya lemah dan tidak berfungsi? Jika
>persoalan ini diajukan kepada kebanyakan orang, kita
>akan dapati jawapan yang berbagai-bagai. Ada yang akan
>berkata: Jemaah Islamiah itu roboh kalau ahli-ahli
>tidak faham. Namun hendaklah diingat, kalau ahli-ahli
>tidak faham, berilah kefahaman. Setelah mereka faham,
>selesai masalahnya. Ada orang berkata: Jemaah Islamiah
>itu hancur kerana kesalahan-kesalahan peribadi. Kalau
>kesalahan peribadi itu kerana jahil atau tidak
>disengajakan, kalau dibiarkan sahaja atau setelah
>seseorang itu sedar, kesalahan akan hilang dengan
>sendirinya. Mungkin orang berkata: Sebab
>tekanan-tekanan daripada luar. Sejarah membuktikan
>jarang sekali satu jemaah Islamiah dapat dihancurkan
>oleh musuh-musuh dari luar. Jemaah Ikhwanul Muslimin
>misalnya telah dikecam dan dipukul hebat oleh
>mmusuh-musuh dari luar tetappi hingga ke hari ini
>masih mempunyai pengaruh.
>       Sebenarnya sesebuah jemaah Islamiah boleh jadi rosak
>dan musnah kerana ahli-ahlinya belum berjiwa sufi.
>Sebahagian daripada ahli jemaah itu masih belum dapat
>bermujahadah membersihkan diri dari sifat-sifat
>mazmumah. Lantaran itu akan berlakulah perkara-perkara
>berikut :
>*      Orang yang bersalah malu untuk meminta maaf.
>*      Orang yang tidak bersalah terlalu sombong untuk
>memberi kemaafan.
>*      Orang yang lemah dalam perjuangan menimbulkan
>kehinaan kepada ahli-ahli yang lain.
>*      Orang yang kuat dan maju berjuang mendatangkan
>irihati dan  hasad dengki pada yang lemah.
>*      Orang yang tidak sanggup berkorban akan dibenci oleh
>orang yang banyak berkorban.
>*      Orang yang banyak berkorban akan dicemuh oleh orang
>yang tidak banyak berkorban.
>*      Orang yang pemarah menimbulkan masalah apabila dia
>bertindak secara gopoh-gapah. Akhirnya akan bertindak
>di luar garisan yang betul. Orang yang gopoh mudah
>menerima hasutan, akhirnya akan menimbulkan buruk
>sangka.
>*      Orang  pemarah tidak sabar menerima ujian, akhirnya
>ia akan berundur. Sambil mengundur diri ia akan
>menyepak kawan atau pun ia mengundur diri dengan
>rakus.
>*      Orang yang mencintai dunia akan tamak apabila
>berhadapan dengan nikmat hasil perjuangannya. Akhirnya
>hilang syukur, timbul hasad dengki dan bakhil. Mereka
>bertembungan dan tikam-menikam  sesama sendiri.
>*      Orang yang berkebolehan dalam satu bidang atau
>beberapa bidang akan timbul riya' dan ujub.
>*      Orang yang tidak berkebolehan tidak sedar diri,
>ingin menduduki tempat yang penting hingga tidak redha
>dirinya diasuh oleh ketuanya.
>*      Orang yang besar egonya (besar diri) berat  menerima
>kebenaran dan kepimpinan orang lain. Kalau ia
>memimpin, banyak pula orang di bawahnya yang
>tersinggung.
>*              Orang yang susah untuk di catu
>perkahwinan diantara ahli-ahlinya. malah lebih
>berminat berkahwin dengan orang luar.
>       Apabila sifat pendendam itu ada di kalangan ahli
>jemaah, timbullah umpat-mengumpat, keji-mengeji,
>sindir-menyindir antara satu sama lain. Akan hilanglah
>ukhwah dan sukarlah menerima kebenaran. Sekiranya
>tidak ada jiwa sufi - yakni jiwa  tidak bersih
>daripada perkara-perkara tersebut -  akan berlakulah
>perpecahan jemaah. Dan musuh dari luar akan menjadi
>penokok tambah untuk kehancuran jemaah itu. Di sinilah
>pentingnya jiwa sufi yang mesti wujud di kalangan ahli
>terutamanya di kalangan pemimpin jemaah itu sendiri.
>Tetapi jiwa inilah yang paling kurang ada pada kita.
>
>       Dapatlah kita faham betapa pentingnya pekerjaan /
>didikan hati daripada anggota lahir. Angan-angan mudah
>tetapi amalan adalah lebih berat. Oleh kerana itu
>antara amalan batin dengan amalan lahir, amalan batin
>adalah lebih utama. Untuk kesempurnaan Islam
>kedua-duanya mesti dibangunkan. Allah tidak melihat
>amalan lahir semata-mata tetapi Allah melihat amalan
>hati hamba-hambaNya. Sudahkah bersih dari sifat
>mazmumah? Sudahkah memiliki sifat-sifat mahmudah?.
>Walaupun amalan batin sukar dilaksanakan, janganlah
>kita berputus asa. Mestilah kita sentiasa berikhtiar
>dan bermujahadah selalu di samping berdoa meminta
>bantuan dan pimpinan Allah. Apabila hati berrsih maka
>dengan izin dan pertolongan Allah akan bersihlah
>amalannya. Firman Allah yang bermaksud:
>       "Dan orang -orang yang berusaha bersungguh-sungguh
>kerana memenuhi kehendak agama kami, Kami sesungguhnya
>akan memimpin mereka ke jalan Kami. Dan sesungguhnya
>Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki
>amalannya."
>      (Al Ankabut : 69)
>       Di riwayatkan bahawa seorang Arab telah bertanya
>kepada Rasulullah SAW dengan berkata, "Nasihatkan aku
>wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah
>kamu takutkan Allah. Jika seseorang mencerca kamu
>dengan sesuatu perkara yang ia ketahui pada kamu,
>janganlah kamu mencercanya dengan sesuatu yang kamu
>ketahui ada padanya. Nescaya bala itu ke atas dirinya
>dan pahala itu engkau dapat dan janganlah kamu memaki
>sesuatu."
>       Sabda Rasulullah : "Tidak akan masuk syurga orang
>yang membawa kata-kata berniat jahat."
>
>
>SAJAK
>
>       HATI YANG BUTA
>
>       Bila melihat alam yang indah
>       tidak terasa kebesaran Allah
>       bila mendapat kesusahan
>       tidak terasa dirinya hamba
>       nikmat yang datang tidak terasa dari Nya
>       bahkan sepatutnya rasa malu pada Nya
>       kerana anugerah Nya kepada kita
>       membuat dosa tidak ada kekesalannya
>       bahkan dilupakan sahaja
>       boleh jadi setengah orang rasa bangga dengan dosa
>       menyebut neraka tidak terasa gerunnya
>       menyebut syurga tidak merasa apa-apa
>       ini menunjukkan jiwa kita sudah mati
>       atau sudah buta
>       buta hati lebih merbahaya dari buta mata
>       buta mata tidak nampak dunia
>       buta hati tidak nampak kebenaran
>       buta mata ditipu orang
>       buta hati ditipu syaitan.
>
>
>MADAH
>
>       Orang yang jiwanya mati
>       lebih susah untuk diurus daripada orang mati,
>       orang mati ditanam sahaja, orang yang jiwanya mati,
>       hendak ditanam nyawanya ada,
>       hendak dimanafaatkan tidak memberi guna,
>       hendak dipasung akalnya ada,
>       akibatnya menyusahkan masyarakat.
>
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/
><< pbt.gif >>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nawal ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke