*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>===== Original Message From Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Assalamualaikum,

Minggu ini minggu terakhir bulan Jun 2000; saya sebenarnya sibuk sikit dengan
urusan peribadi, tapi sebab minggu ini banyak perkembangan dan berita semasa
yang dirasakan perlu dicatatkan dalam journal ulasan mingguan saya ini; maka
saya gagahkan juga untuk terus menulis. Moga tulisan ini yg diabadikan di
homepage peribadi saya bersama-sama tulisan saya yang terdahulu itu akan bisa
menjadi tempat rujukan untuk masa2 mendatang.

Membelek-belek akhbar dan berita-berita online sepanjang minggu ini,
membuatkan kita berpeluh dan kekadang rasa macam tak berapa nak percaya, rasa
macam tak boleh nak terima; sesekali rasa macam dok baca majalah Gila-Gila,
tak tau nak kata apa.

Tak berapa hari saja rasanya kita baru saja dok dengar cerita kata Cina kapiaq
boleh jadi Perdana Menteri, tarak masalah aih kalau depa nak jadi PM sebab tak
dak undang-undang kata tak boleh!!

MASALAHNYA, MAJORITI MENTERI ADALAH MELAYU, MAJORITI ADUN DAN AHLI PARLIMEN
ADALAH MELAYU - HA, AWATNYA HANGPA TAK BOLEH UBAH PERLEMBAGAAN ITU PI TAMBAH
KATA 'CINA KAPIAQ' DAN 'HINDU PARIAH' TAK DIBENARKAN MENJADI PERDANA MENTERI
MALAYSIA SELAGI MASIH ADA SATU ORANG ANAK MELAYU BERAGAMA ISLAM MASIH HIDUP
DAN BERNAFAS DI BUMI MALAYA INI!!

[Ha, tak boleh ka????]

Tak cukup dengan persetujuan depa nak bagi jawatan PM kat Cina, lepas itu
keluar pula cerita kata ISLAM nak dihapuskan dari semua parti politik dan NGO
di Malaysia. Fening, Fening!!

CANTIKLAH WEIH - ISLAM KENA PADAM, MALAYA BAGI KAPIAQ PEGANG- CANTIK, CANTIK!!

Lepas tu mai pulak OIC mesyuarat kat Malaysia; kita tak mau nak komen
panjanglah pasal OIC ini sebab, nak habag betoilah kat hangpa ini, sejak zaman
saya tak sunat lagi sampai la zaman anak saya nak sunat ini, secara ikhlas
saya nak kata OIC ini cuma buat perabih beras saja!!

Kalau ada kenangan pasal OIC pun, cuma satu saja yang saya tak boleh lupa
sampai bila-bila. Ceritanya ialah kisah Tunku Andul Rahman dan OIC yang
diceritakan orang kepada saya masa zaman budak-budak dulu. Arakian menurut
ceritanya, sekali tu Tunku Abdul Rahman PM kita waktu itu, baru saja balik
dari mesyuarat OIC di luar negeri; sampai-sampai saja di Subang Airport, orang
pakat tanya dia pasal OIC; sebelum itu ada orang tanya dia:

"Apa khabar Tunku?"

Dia jawab: "Khabar baik, saya sihat.....KUDA SAYAA MACAM MANAAA????"

Ha, tu dia, kuda yang dia tanya dulu; la nie kalau Dr Mahathir pulak, katakan
dia baru balik dari mesyuarat OIC di luar negeri, hangpa agak kalau soalan yg
sama depa tanya dia; agak-agak apa dia jawab?

Saya dok agak mungkin dia kata:

"Khabar baik, saya sihat.....MAHLIGAI SAYA MACAM MANAAA, DAH SIAP KA
BELOM?.....TOK SYEIKH ANWAR PULAK MACAM MANA, DAH MATI KA BELOM?.....PETRONAS
PULAK MACAM MANA, DUIT DAH HABIS KA BELOM??? ETC,ETC..."

Sekurang-kurangnya Tunku cuma berserabut dengan kuda saja, tapi Dr Mahathir,
berserabut dengan segala-gala hatta sampaikan kes royalti Petronas yang bagi
kita adalah perkara remeh sebab ia sudah menjadi perkara lazim kpd Negeri
Terengganu selama ini; itu pun boleh dijadikan isu besar!

Cakap pasal Petronas ini, malaslah nak komen panjang2; cuma nak peringat kat
hangpa satu benda sajalah:

"Masa ekonomi merudum hari itu, Mirzan dilaporkan mengalami kerugian hampir
USD900 million (atas kertas). Maka pada bulan May 1997, atas arahan pihak yang
empunya kuasa, MISC beserta Petronas dipaksa campurtangan untuk menyelamatkan
Mirzan"

Ha, masa itu mana Shahidan Kassim? Awat hang tak pi saman Petronas sebab tak
agihkan bail-out itu secara adil kepada seluruh rakyat jelata. Patutnya kami
pun dapat samalah wei; masa itu ekonomi kami pun merudum, ada kawan kami yang
kena buang kerja, ada yang kena jual rumah, kereta kena tarik, gadai rantai
tengkuk bini dan sebagainya; awat yang si Mirzan itu sorang saja yang dapat?

AWAT DIA INGAT PETRONAS ITU BAPAK DIA PUNYA KA?

[La nie, bila timbul isu Royalti minyak T'Ganu yg tak sampai berapa juta itu,
hangpa melompat lebih, yg Mirzan itu sampai USD900 Juta, awat hangpa tak
bising?]

PIIRAH!!!!!

Dan, seminggu dua ini juga kita dapat melihat berserabut sungguh PM kita ini,
hatta kes budak bakaq sekolah pun dia nak campur tangan. Kalau bagi pendapat
membina tak apa la jugak, nie tanpa usul periksa terus pi tuduh kata ini semua
angkara pihak pembangkang yg mengajar dan menghasut budak2 sekolah supaya buat
kerja macam itu.

APA RAAA!!

Cakap pasal budak sekolah bakaq sekolah ini, makin hari dah makin menjadi-jadi
pulak, campur pulak dengan berita terbaru semalam (29/6/2000) kisah budak
sekolah hantar peluru kat cikgu depa. Saya dok rasa Tuhan sengaja bagi ada
cerita budak sekolah bakaq sekolah dan hantaq peluru ini sebagai satu hikmah
untuk kita ini; saya tak taulah sama ada hangpa nak percaya ka dak, tapi saya
cukup percaya dengan kata-kata Ustaz saya, dia kata setiap benda yang Tuhan
jadi ini ada hikmah yang tersendiri, Tuhan tak akan jadikan sesuatu itu kalau
tak dak sebab, mesti ada hikmah.

Sepanjang minggu ini, saya dok pikiaq juga pasal hikmah apakah di sebalik
kes-kes kejadian bakaq sekolah yang makin berleluasa ini. Persoalan saya
terjawab bila keluar cerita kisah Pak Lah defend habis-habisan tetamu-tetamu
Arak yang diArak JAIS ke balai polis.

For record, di sini saya petikkan keratan Utusan Malaysia 29/62000:

"Operasi JAIS di sebuah pub The Ship dan Cina Town Nite Club di Damansara
Utama dan LC Pub & Cafe di Jalan Othman, Petaling Jaya telah mencetuskan
polemik dikalangan masyarakat Islam. Dalam operasi itu, 53 tangkapan dibuat
iaitu 30 lelaki dan 23 wanita termasuk penyanyi Azlina Abbas."

Kita tak mau debat banyak sangatlah kes ini sebab ramai sangat orang dok
berdebat hatta si Astora Jabat yang bini tak pakai tudung dan pernah bela
anjing sebagai binatang kesayangan semasa di Thailand dulu itu pun tak
melepaskan peluang untuk turut sama menghentam JAIS dan membela Pak Lah dalam
kes ini, sila rujuk Utusan Malaysia 30 June 2000.

Terbaca kenyataan Pak Lah yang menuduh JAIS sebagai keterlaluan dalam
menangani gejala arak ini, saya tak tau nak kata apa, cuma saya teringat
kata-kata Ustaz Aqil dalam satu ceramahnya malam tadi. Kata dia:

"Hmm, betullah kata Raihan: "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang
bertakwa!!"

YA LAH, PAK HANG ULAMAK BESAQ, TAPI ANAK DIA BILA 25 ORANG KENA TANGKAP KES
ARAK, TERUS MELOMPAT TAK TENTU HALA!!

[Kita tak taulah sebab apa yang Pak Lah sensitive sangat, saya dok ingat
mungkin dia takut nanti depa-depa yang ditangkap itu, masa dalam court nanti
pakat bawak gambaq Pak Lah tengah dok atas sofa elok saja mengadap botol
arak kat depan dia - sila rujuk buku tulisan syed hussin al-attas. Macam mana
Pak Lah nak jawab wei kalau depa kata "Ha, tengok TPM anak Ulamak Besaq ini
dok mengadap botol arak kat pesta arak itu pun tak kena apa, tak kan pulak
rakyat marhain macam kami yang tak dak bukti gambaq ini nak boleh kena dakwa
pulak kot. Mana aci!!]

Sebenarnya, sepanjang minggu ini tak larat dah telinga saya nak dengar depa
cerita kes Arak ini, nak salahkan Pak Lah pun tak berapa kena juga sebab kalau
hangpa dok tempat Pak Lah pun hangpa pun mungkin 2x5 jugak; nak cari makan,
nak wat guano weh!! Sakgi, kalau dia sokong JAIS, mesti payah nak naik,
tambah-tambah pulak la nie, pengaruh MCA dalam BN terlalu hebat; silap-silap
cakap, nanti Dr Mahathir rombak kabinet, buang Pak Lah, bukan ganti dengan
Najib, tapi pi letak Ling Leong Sik - ya lah, sebagai persediaan untuk
merealisasikan cita-cita untuk menjadikan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri
Malaysia!!

KESIAN PAK LAH, TERSEPIT SUNGGUH DIA!!

So, macam mana, dalam kes Arak macam tu, JAIS pun tak boleh buat apa, Pak Lah
anak Ulamak pun tak boleh apa, apa yang kita boleh buat? Nak harap
pembangkang, pembangkang sebab tak memerintah dan tak ada kuasa, setakat boleh
cakap dalam Parlimen sajalah, paling kuat pun buat demonstrasi, itu saja.
Sedangkan Arak adalah masalah kita bersama sebagai orang Islam, bukan
semata-mata masalah UMNO, atau masalah PAS, atau masalah ADIL, atau masalah
PRM, JAIS, ABIM atau pun sapa-sapa, tapi ianya adalah masalah bersama. Apa
kita boleh buat?

Saya ingat macam ini sajalah; kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan
tak suka melihat huru hara, mula-mula sekali kita serah kat kerajaan sajalah,
mungkin dengan segala kuasa yang ada pada depa, lepas ini insyaallah depa
boleh perkemaskan undang2 dan perbetulkan mana-mana loop hole dalam JAIS dan
sebagainya supaya gejala Arak dan lain2 gejalan penghinaan terhadap agama
Islam seperti kes murtad dsg itu dapat dihentikan. Bagilah chance kat depa.

Sekali lagi kita menyeru, bagi chancelah kat depa, katakan dua tiga bulan dari
sekarang; kalau tidak kita tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa belajaq
semula dari adik-adik kita yang dok pi bakaq sekolah dan hantar peluru kat
cikgu depa 2 tiga hari lepas; mungkin kita boleh tanya depa, macam mana cara
hangpa boleh bakaq sampai tak dak orang tau. Ya lah, sapa tau, mungkin nanti
depa boleh habag kat kita kata:

"Alah, senang saja pakcik, mula2 pakcik cari satu plastik minyak petrol,
bungkus-bungkus dalam suratkhabar lama, lepas tu pakcik pakai ubat nyamuk, ha,
pakcik cucuhlah ubat nyamuk tu; sakgi 15 minit lepas tu, mungkin masa itu
pakcik dah dok dalam LRT, zasssss, dia menyala. Ganas!!!!'

[Itu cuma saya punya imaginasi, tak tau betoi ke tidak]

Cumanya saya terfikir, kejadian budak2 bakaq sekolah dua tiga minggu ini
mungkin ada iktibarnya untuk kita fikir bersama dalam menangani gejala
penghinaan terhadap agama Islam yang tak pernah sudah-sudah ini.

MUNGKIN LEPAS INI, ADA ORANG YG TERGELIAT LIDAHNYA AKAN MEMBUAT KENYATAAN
AKHBAR MUKA DEPAN, KATA:

"Ini semua angkara budak-budak sekolah lah ini. Merekalah yang menghasut
penyokong-penyokong parti pembangkang supaya membakar kelab-kelab malam,
pusat-pusat dangdut, kedai2 arak dan pusat-pusat kaunseling yang dijadikan
pusat sebaran agama kristens!!"

Fening, fening!!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

p.s: ini hanyalah catatan peribadi untuk journal persendirian saya, dan tidak
ada kena mengena dengan sebarang pertubuhan atau pun parti-parti politik.
Harap maklum!!.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke