*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pandangan serta provokasi yang sering diulang-ulang akan memberikan kesan 
kepada pemikiran orang ramai. Dalam kes di Sauk ini, nampaknya golongan yang 
"menangguk" mendapat mileage yang cukup besar. Kenapa manusia sering tergoda 
dan terpedaya dengan bujukan dan helah syaitan, tidak pula mahu difikirkan. 
Seringkali bila berlaku sesuatu, walaupun telah jelas dan nyata pelakunya 
dan motif kelakuannya, kita akan tetap tudingkan jari kepada orang atau 
golongan yang kita paling benci. Kita seringkali diminta  bersikap dan 
berfikir secara waras dan logika dalam kebanyakan hal, tetapi bila 
berhadapan dengan hal dan kejadian yang nyata dan terang seperti di Sauk ini 
  kita dituntut malah "dipaksa" pula belajar berfikir secara imaginatif dan 
kritis; kita dituntut supaya  jangan menerima fakta yang nyata dan jelas 
didepan mata. Kalangan "penangguk" mengambil sepenuhnya kesempatan dari 
peristiwa ini untuk kepentingan mereka. Sejak dari awal lagi kalangan ini 
mula menyemai dan menanamkan bibit curiga dan kesangsian orang ramai kepada 
penyelesaian yang dicapai. Orang ramai seolah-olah telah di"fardhukan" 
supaya menganggap perkara yang berlaku adalah rekaan kalangan tertentu. 
Kalau ada dikalangan kita yang tak yakin dengan fatwa yang telah 
di"fardhukan" itu, kita akan dianggap ketinggalan tongkang, tidak sensitif 
dengan tuntutan dan kepentingan perjuangan, dan macam-macam lagi. Supaya 
tidak  dikaitkan dengan golongan yang "tidak baik", maka ramailah dikalangan 
orang kita yang turut sama "berkokok" merata tempat mengiyakan apa saja yang 
didakwa oleh kalangan "penangguk" dalam peristiwa di Sauk ini.


>From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* FWD: ULASAN MINGGUAN
>Date: Fri, 21 Jul 2000 03:45:45 -0400
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >===== Original Message From Ahmad Baharudin Kasbi 
><[EMAIL PROTECTED]>
>
>Assalamualaikum,
>
>Minggu ini minggu ketiga bulan Julai tahun 2000; majoriti kita masih lagi
>bercakap pasal isu Al-Maunah. Walau pun pihak kerajaan sudah mengeluarkan
>decree akan menggunakan ISA ke atas mana-mana pihak yang terus mendakwa 
>bahawa
>kes di Sauk itu adalah sandiwara UMNO untuk mewajarkan tindakan pembuangan
>nama Islam dari PAS, dan secara tidak langsung mengharamkan nama PAS itu
>sendiri, namun begitu rata-rata rakyat terus memperkatakan isu ini tanpa 
>segan
>dan silu.
>
>Saya pun sebagai sebahagian daripada jutaan rakyat marhain kat bawah ini,
>ingin juga tumpang sekaki untuk membicarakan isu ini. Kalaulah di dada-dada
>akhbar dan di kaca-kaca TV kita disogokkan dengan cerita Maunah versi UMNO,
>dan di website2 reformasi pula kita disogokkan dengan kisah Maunah versi
>Pembangkang, maka izinkan saya sebagai rakyat marhain untuk meriwayatkan
>cerita ini mengikut versi rakyat marhain pula.
>
>Hari itu, seorang rakan bukan Islam datang ke meja saya bertanyakan kes 
>Sauk
>ini; kata saya:
>
>"You mau tahu dari belah mana, belah sini ka atau belah sini (sambil
>memusingkan tapak tangan saya)?"
>
>Dia kata: "Mana-mana sajalah"
>
>Saya kata: "Tak boleh mana-mana, you kena habag nak belah mana, sebab kalau
>tersilap pilih kalu, nanti intro dia saja sudah boleh untuk mempengaruhi
>keseluruhan jalan cerita"
>
>LEPAS ITU, DIA BELAH TERUS, SAMBIL TERSENGIH, DOK GELENG KEPALA MACAM 
>KONPIUS
>SEMACAM!!
>
>Ha, begitulah gambaran sebenarnya nya keadaan isu Sauk di peringkat bawah 
>ini.
>Saya sendiri, demi Allah nak habag kata bahawa di hari-hari awal kes Sauk
>berlaku, memang saya percaya sepenuhnya bahawa kes itu memang 100% berlaku
>seperti apa yang berlaku, tak ada konspirasi atau apa-apa dari mana-mana
>pihak. Mungkin saya berpendapat sedemikian kerana kebetulan ada kawan yang
>kenai rapat dengan puak2 Maunah yang terlibat di Sauk itu. Kalau sdra sdri
>kenal betul hati budi mereka yang terlibat dlm kumpulan Al-Maunah itu, 
>sdra/i
>juga mungkin akan berpendapat seperti saya.
>
>Waktu itu, bila orang tanya saya pasal Sauk, dengan selamba saja saya kata:
>
>"Ha, padan muka, la nie bukan takat rakyat jelata dah bara kat depa, askar 
>pun
>dah naik meluat sampai sanggup pikul senjata nak lawan depa!!"
>
>Tapi, of course la, bila dok teringat anak bini dan security kerja saya, 
>saya
>bersyukur lah jugak sebab tak dan nak jadi macam di Fiji, pasukan 
>keselamatan
>dah sempat kawal. Baguslah tu!
>
>Tapi, entah macam mana, bila saya dok banyak baca akhbar (minat sungguh aih 
>la
>nie kat Utusan Malaysia dan Berita Harian) dan dok banyak melangut depan 
>TV3
>nak tengok perkembangan terbaru kes Sauk ini; makin lama makin was-was pula
>akan kesahihan cerita Sauk ini. Ini saya tulis ikhlas dari dalam diri, tak 
>dak
>nak pengaruh atau nak hasut sapa-sapa, lillah hi taala, ikhlas dari dalam
>hati; saya dulunya yang percaya 100% dengan kejadian di Sauk ini, kini dah
>jadi tak sure, jadi confuse!
>
>Tambah-tambah lagi, bila cerita Sauk dah tukar jadi cerita komedi macam 
>yang
>depa dok tulis di laman-laman reformasi dan macam yg depa selalu dok gebang 
>di
>kedai-kedai kopi atau pun di pintu-pintu masjid sementara nak masuk 
>maghrib.
>Contohnya ialah macam cerita si Apek Cina yang sampai la nie tak mau keluar
>dari hutan Jenalek, depa buat lawak kata, dengan kematian dua orang SB dan
>seorang saksi orang awam itu, maka kini si Apek itu sudah menjadi satu 
>watak
>penting, jadi sekarang dia sudah mau demand lebih - dia tak mau keluar dari
>hutan Jenalek itu selagi produser tak mau naikkan dia punya bayaran. Macam 
>itu
>juga dengan cerita lagu Getaran Jiwa, yg depa kata mesti jadi lebih sensasi
>kalau pi bubuh lagu Raya "DI PAGI RAYA, AKU TERKENANG PADA SI DIA" etc, 
>mesti
>geng2 Maunah yg punya semangat Jihad Kelas Satu itu di hari pertama lagi 
>akan
>keluar berguling-guling pakat mai serah diri. Kemudian, ada juga orang buat
>lawak kata, untuk menaikkan semangat pasukan keselamatan, semasa membuat
>kepungan itu, patutnya kerajaan pasang kuat-kuat lagu Sanisah Huri "SI BAJU
>HIJAU, DI PERBATASAN, PELURU TAK BERMATA, HARUS WASPADA!!", tentu tak akan 
>ada
>yg terbunuh!
>
>Pendek katanya, cerita Al-Maunah yg asalnya serius sungguh, kini dah jadi
>bahan jenaka rakyat jelata. Saya sendiri pun tak pasti pasal apa, yg 
>pastinya,
>saya yg dulunya percaya 100% dengan kejadian di Sauk itu, kini dah 
>terpengaruh
>dengan dakwaan  ada sandiwara, mungkin sebab saya dah terpengaruh dengan
>cerita-cerita lawak versi rakyat jelata ini.
>
>Dan secara ikhlas juga kita nak kata bahawa pihak kerajaan sendiri tak 
>banyak
>membantu; tambah-tambah pula bila depa dok suka kata:
>
>"GILA KALAU KATA SAUK ADALAH SATU SANDIWARA!!!"
>
>Hati kecil saya terfikir: ish, tak kan kot depa yg dok bergebang depan 
>papan
>dam kat bawah pokok Sena itu semua gila kot, dan tak kan kot pakcik-pakcik
>pencen yg pakat dok bergebang depan pintu masjid itu semuanya dah gila kot,
>dan tak kan pula kawan2 yg kerja pegawai2 besaq kat pejabat kerajaan dan
>swasta yg mengaji tinggi2 itu pun semua dah gila kot. Ish, tak logik aih 
>kalau
>semua orang satu Malaysia ini pakat jadi gila!!
>
>Cumanya saya ada dengar sorang sahabat dari kumpulan rakyat marhain 
>berkata:
>
>"Ish, Gila sungguh depa ini; depa boleh pakai TV1,2,3,7, Radio, Utusan, 
>Berita
>Harian, The STAR, Nanyang Siangpao dll dok cerita kat orang kata Sauk ini
>adalah angkara hasutan pembangkang (isu benci membenci), tapi bila orang 
>nak
>buka mulut, nak jawab balik, depa kata 'cakap banyak pasal Sauk, nanti kena
>ISA' ; tak ke GILA tu!!!"
>
>Okaylah, berbalik kpd cerita Sauk, atas kerana sifat confuse dan rasa ingin
>tahu itu pasal kejadian di Sauk ini, saya makin jadi berminat untuk terus
>mengikuti siri-siri cerita Sauk terutamanya melalui media-media milik
>kerajaan; selalu tertunggu-tunggu nak tengok cerita terbaru pasal Sauk ini 
>di
>TV3 atau TV7, sebijik macam anak-anak saya yg tiap-tiap hari ahad payah nak
>ajak jalan sebab pakat dok tunggu nak tengok cerita Tir Na Nok di TV3!
>
>Jadi, dari seorang yang anti habis kat TV3 dan Berita Harian dan Utusan
>Malaysia, kini saya dah balik ke usul, kembali menjadi peminat setia 
>mereka.
>Masalahnya, makin banyak saya baca dan dengar cerita dari sumber2 UMNO ini,
>kepala saya jadi makin konpius!
>
>Bila saya tengok begitu aggresif dan bersungguh-sungguh kempen mereka untuk
>menyakinkan rakyat bahawa itu semua bukanlah sandiwara UMNO, fikiran saya 
>jadi
>makin bercelaru. Saya terfikir:
>
>Ish, depa ini macam cerita orang curi emas pula: Ada orang itu, dia pi curi
>emas, lepas tu dia pi kambus kat satu tempat, kemudian dia pi pacak bendera
>dengan banner besar bertulis:
>
>"MINTA MAAF NO, DI SINI TIDAK ADA EMAS!!!"
>
>Kalau tak dak emas, buat apa nak penat-penat pi perabih tenaga dan wang
>ringgit untuk membuat bendera dan banner nak habag kat orang kata tak dak
>emas? Tak boleh ka buat senyap-senyap saja? Ish, ish tak logik langsung 
>aih!
>
>Jadi, kesimpulannya, la nie dengan ikhlas saya nak habag kata, saya dah 
>jadi
>konpius, lagi banyak saya baca BH/UM atau tengok TV3, 7, 1 atau 2; lagi
>konpius jadinya; benar-benar konpius!
>
>Malam tadi, buat pertama kalinya saya boleh gagahkan diri tonton TV3 dan
>tengok muka Mahathir serta dengar dia cakap pasal isu sauk selama SATU JAM
>(rekodlah tu - dulu seminit pun tak boleh, rasa bahang sampai ke tulang
>hitam!); saya dengar satu persatu apa yg dia cakap. Sampai tang part dia 
>kata
>bahawa:
>
>"Kita dimaklumkan bahawa M16 itu telah digunakan untuk menembak kuil hindu 
>dan
>kilang carlsberg!!"
>
>FUH!! - RASA MACAM NAK BERSEMBUR NASIK KELUAR DARI MULUT SAYA - SEBAB SEJAK
>DAH BEBERAPA LAMA DAH CERITA SAUK INI BERLALU, INILAH PERTAMA KALI KITA 
>DENGAR
>CERITA MACAM TU!!
>
>Tak taulah lepas ini apa pulak rakyat jelata nak buat lawak pasal cerita 
>ini;
>mungkin nanti depa buat lawak kata, bukan takat kilang carlberg atau kuil
>hindu kena tembak, tapi dengar ceritanya ada cubaan nak tembak kapalterbang 
>yg
>Dr Mahathir naik, tapi sebab kapalterbang itu pakai baju kalis peluru, 
>macam
>cerita STAR TREK The Next Generation,  maka peluru mortar itu tak lut; 
>macam2
>lagi kot yg akan depa cerita nanti, sama-samalah kita pakat pasang telinga 
>dan
>pakat gelak ramai-ramai nanti!
>
>DAN, DALAM BANYAK-BANYAK LAWAK PASAL AL_SAUK INI YG SAYA SAMPAI HARI INI 
>MASIH
>DOK TERGELAK IALAH GAMBAR DR MAHATHIR YG DIEDAR MERATA INTERNET DENGAN 
>TAJUK
>BESAR "Ketua Kumpulan Ajaran Sesat Al_Malau'nah!!!
>
>[Kreatif juga rupanya rakyat jelata kita ini]
>
>Berbalik kpd interview dengan Dr Mahathir kat TV3 (19/7/2000) itu; antara
>banyak-banyak perkara yg dibincangkan, saya tertarik dengan satu soalan 
>bodoh
>dari Dr Firdaus, yg menjadi pengerusi majlis malam itu, ketika membuat 
>follow
>up question terhadap cerita Dr Mahathir mengenai pelajar2 kita di Mesir yg
>berkopiah hitam yg dipulau oleh rakan-rakan mereka yg majoritinya berkopiah
>putih. Bagi Dr Mahathir, kopiah hitam itu melambangkan UMNO dan kopiah 
>putih
>itu melambangkan PAS. Maka berkatalah si Pengerusi Majlis ini:
>
>"Dato' Seri, macam mana kalau kita sarankan supaya semua ahli-ahli UMNO
>memakai kopiah putih, supaya mudah kita dapat mendekati golongan yg satu 
>lagi
>untuk memberi penerangan kpd mereka, bla, bla, bla?"
>
>Saya tengok air muka Dr Mahathir serta merta berubah mendengar soalan bodoh
>ini; dalam nak tak nak beliau menjawab bahawa kalau UMNO mengikuti cara itu
>bermakna UMNO sudah berundur mengalah, lagi undur lagi orang asak, jadi 
>UMNO
>tak boleh mengalah.
>
>Kira okaylah beliau menjawab macam itu; cuma saya terfikir apakah agaknya
>jawapan Dr Mahathir kalau beliau ditanya:
>
>"Dato' Seri, selain dari perbezaan kopiah hitam dan kopiah putih, kita 
>melihat
>bahawa di kalangan kaum wanita pula, ada perbezaan yg ketara antara Wanita
>UMNO dan Wanita PAS; Wanita PAS majoritinya bertudung labuh, sedangkan 
>Wanita
>UMNO sama ada tak bertudung atau pun cuma berskaf atau bertudung singkat. 
>Apa
>kata, sebagai satu strategi untuk mendekati golongan wanita ini, kita 
>sarankan
>supaya Wanita UMNO memakai tudung labuh macam Wanita PAS. Okay ka Dato' 
>Seri?"
>
>Ish, saya pun tak boleh nak fikir apa yg Dr Mahathir nak jawab; mungkin 
>dalam
>keadaan gabrah, dia mungkin akan kata:
>
>"Apa-nama, tak bolehlah buat macam tu; apa-nama, kalau saya suruh mereka 
>pakai
>tudung labuh macam itu, apa-nama, Rafidah Aziz mesti melenting punya;
>apa-nama, sakgi silap-silap haribulan bukan takat jawatan Naib Presiden, 
>nanti
>jawatan Presiden pun dia buat cadangan minta dihapuskan!!!"
>
>HE,HE, LAWAK SAJA WEIH!!
>
>Selain dari itu, satu soalan berbentuk provokasi dari salah seorang ahli 
>panel
>juga menarik perhatian saya. Beliau menyarankan supaya kerajaan mengambil
>tindakan yg segera terhadap mana-mana pihak yg telah didapati menganjurkan
>solat hajat untuk kumpulan al-maunah ini. Dr Mahathir menjawab bahawa pihak
>polis memang pun sedang menyiasat perkara ini, tindakan akan diambil kpd
>mereka yg menyokong atau bersimpati (accomplice) dgn kumpulan al-maunah ini
>apabila sudah cukup bukti.
>
>Saya tak tau nak komen apa pasal isu ini, cuma nak habag kata:
>
>"Macam ini kalu susahlah, nanti kalau kita pi buat solat hajat kat 
>mana-mana
>masjid, katakan untuk anak2 kita ambik periksa atau apa-apa, tiba2 kena 
>cekup
>sebab dituduh buat solat hajat untuk maunah. Itu tak apa lagi, nanti 
>katakan
>kita ada singgah kat masjid mana-mana, lepas itu masa imam baca doa, kita 
>pi
>sebut "AMIN!!" kuat-kuat, silap-silap haribulan nanti kena cekup dengan SB
>sebab disyaki menyokong atau bersimpati dengan Kapten AMIN ketua kumpulan
>Al-Maunah!!"
>
>ISH, ISH, KALUT SUNGGUH AIH!!
>
>On serius notes, saya nak kena tulis juga di sini bahawa kesimpulan utama 
>yg
>saya boleh buat daripada SATU JAM saya menatap wajah dan mendengar suara Dr
>Mahathir mengulas isu Sauk ini, saya membuat kesimpulan bahawa arah tuju 
>utama
>pihak kerajaan dari kejadian di Sauk ini ialah tekanan yg lebih kuat akan
>dikenakan ke atas mana-mana gerakan yang bersifat 'pembangkang' terutamanya
>pembangkang yg berunsur terlalu Islamic; walau pun tidak disebut siapa 
>tetapi
>kita semua tahu bahawa ianya pasti ditujukan kpd Parti PAS.
>
>Saya tak mahu ulas panjang pasal isu pengharaman PAS ini, cuma nak habag 
>kat
>hangpa kata-kata Mat Sabu dalam satu ceramahnya di Markas PAS Pongsu 
>Seribu,
>Kepala Batas dua tiga minggu lepas yg memetik kata-kata Tuan Guru Nik Aziz 
>yg
>berjanji bahawa beliau (TG Nik Aziz) sendiri akan mengetuai perarakan 
>rakyat
>sekiranya Nama ISLAM diharamkan dari mana-mana Parti Politik!!
>
>ALLAH HU AKBAR!!
>
>So, berbalik kpd isu maunah ini; betul ka sandiwara ka, itu adalah
>tanggungjawab kerajaan untuk memberikan penerangan yg lebih terperinci 
>kepada
>rakyat jelata - seperti saya ini - yg sudah naik confuse dengan kejadian di
>Sauk tempoh hari. Kalau kerajaan nak buat apa-apa pasal isu Maunah ini,
>buatlah; tapi janganlah hingga ke tahap mengharamkan mana-mana parti 
>politik
>yg sah berdaftar mengikut lunas undang-undang!!
>
>Sesungguhnya negara kita ini sedang berada dlm keadaan aman dan tenteram, 
>jadi
>janganlah cuba bermain api, kerana kita tidak mahu melihat negara Malaysia 
>ini
>menjadi huru hara seperti Indonesia - di mana rakyat jelata yg tidak ada
>pilihan lain, terpaksa turun ke jalan-jalan raya untuk menyatakan rasa 
>tidak
>puas hati mereka!
>
>Moga-moga negara kita dijauhkan dari keadaan yang sedemikian.
>
>AMIN!! - Saya bukan geng maunah...:-)
>
>Wassalam,
>Ahmad Baharudin Kasbi
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to