*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

PSS 01

(sudah lama saya tak menulis tentang psikologi sosial….isya'Allah…kalau tak
sakit  atau sibuk saya akan menulis setiap minggu sehingga selesai kuliah
kita…..mungkin sampai saya pencen kot…)


Sebagaimana yang telah dinyatakan,(dulu dalam siri 01) tumpuan bidang
psikologi sosial adalah untuk memahami tingkah laku manusia yang melibatkan
segala tindakan dan pemikiran manusia dalam situasi sosial.  Situasi sosial
ini dipengaruhi oleh faktor sosiobudaya seperti nilai, norma dan standard. 
Oleh itu bidang ini juga turut berusaha untuk memahami apakah faktor yang
membentuk dan mempengaruhi segala tingkah laku dan tindakan manusia dalam
latar sosial yang pelbagai.
(contoh paling mudah…katakan makan..dalam setuasi yang berbeza mungkin cara
makan yang berbeza…ada yang makan dengan sudu dan ada pula yang makan
dengan tangan…sama saya. Hasilnya makanan itu sampai ke mulut…cuma nilai
dari aspek agama…makan dengan tangan  ada keistimewaan tersendiri….)


Lantaran, intipati (kandungan ) bidang psikologi sosial adalah untuk
memahami faktor-faktor yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku sosial
manusia yang beragam khususnya segala tindakan, perasaan dan pemikiran
manusia.  Kesemua isu ini bertolak daripada kepercayaan bahawa maklumat
mengenai tingkah laku manusia ini membolehkan usaha untuk meramal tingkah
laku sosial dan mungkin dapat mengubah tingkah laku dalam cara yang
tertentu, 
(maknanya..bila kita tahu sesuatu tingkah laku seperti makan dengan tangan
tadi…dilakukan oleh orang yang ingin mengekalkan sunnah Nabi..maka kita
akan meramalkan individu seperti ini akan makan dengan tangan….kita juga
mungkin dapat ubah tingkah laku ini (tapi buat apa nak ubah..) atau kita
mungkin tidak dapat mengubahnya..kerana nilai tersebut telah tertanam kukuh
dalam diri individu tersebut)



Usaha untuk mengenal pasti kesemua faktor yang mempengaruhi tingkah laku
manusia dalam hubungannya dengan individu lain sememangnya terlalu luas. 
Tingkah laku sosial manusia dipengaruhi oleh pembolehubah yang tidak
terkira banyaknya.
(tujuh hari tujuh malam pun tak habis untuk menceritakan nya)
Oleh yang demikian, Baron, Byrne & Suls (1989) telah mengkategorikan
faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia kepada lima kategori
utama bagi memudahkan pengkajian ke atas bidang psikologi sosial.

(i)     Tingkah laku dan ciri-ciri individu lain.(orang lain boleh mempengaruhi
kita)
(ii)    Kognisi sosial .(pemikiran sosial)
(iii)   Pembolehubah ekologikal yang mempengaruhi persekitaran fizikal sama
ada secara langsung atau tidak langsung.

(iv)    Konteks sosiobudaya di mana tingkah laku sosial itu berlaku.
(v)     Aspek-aspek sosiobudaya yang bersesuaian dengan tingkah laku sosial.

(bagi kita konsep kekuatan iman juga mempengaruhi tingkah laku sosial )
 
Sesungguhnya tingkah laku sosial amat dipengaruhi oleh tindakan dan ciri
individu lain.  Laungan "Api!, Api!", sewaktu berada di pasar yang sesak
sudah pasti membangkitkan emosi, ( rasa takut, resah, atau terkejut…kalau
ada rasa gembira ..maka adalah yang tak kena) mengubah permikiran ( apa
perlu dilakukan ?? kita pun fikir ) dan mengerakkan pelanggan untuk
bertindak. 

Contoh lain, dalam situasi yang berlainan pula seorang gadis mengalami satu
siri reaksi yang mengejutkan apabila seorang lelaki yang tidak dikenali
datang menghampiri dan memuji kecantikannya.
(apa agaknya reaksi gadis itu ? (ramalan kita)…kita juga kena lihat nilai
dan prinsip gadis itu…jenis jaga maruah atau tidak…dari sudut hukum Islam
bagaimana pula (yang ini kena tanya ulama (jangan tanya ulama sekular)…ok
anda buat sendirilah ramalnya..atau bayangkan gadis itu adalah anda..apa
tingkah laku anda )

Dalam hal begini, ciri-ciri individu lain yang diperhatikan begitu jelas
mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tingkah laku.
(perasaan orang mempengaruhi kita…(isteri kita..marah?) begitu juga dengan
pemikiran dan tingkah lakunya )

Kita juga akan mempunyai reaksi yang berbeza terhadap individu yang lebih
menarik dan cantik.
(ada satu kes..seorang kaya ..kalau ada orang minta derma datang tapi tak
cantik dia tak bagi kalau bagi pun sedikit..tapi kalau cantik..dia akan
derma dengan "ikhlasnya" dengan jumlah yang banyak…(dia tak sedar akhirat
nanti tak ada pahala)

Malah cara berpakaian, gaya pertuturan, umur, jantina dan bangsa seseorang
itu turut menghasilkan reaksi-reaksi yang berbeza.
(cuba kalau datang perempuan seksi di hadapan kita….tingkah laku kita ?
buka mata atau tutup mata…bergantung pada keimanan kita )

Isu yang disentuh di atas hanya mewakili sebahagian daripada tingkah laku
sosial.  Tingkah laku manusia sebenamya turut dipengaruhi oleh kognisi
sosial yang meliputi pemikiran, kepercayaan, sikap dan ingatan.  Sebagai
contoh, jika kita sedang berbual-bual dengan seorang rakan dan secara
tiba-tiba rakannya membuat kenyataan yang menyakitkan hati, apakah reaksi
kita terhadap kenyataan tersebut?
(bagi penumbuk "sebiji" ?..atau tersenyum lalu ucap terima kasih…)
 Di sini peranan kognitif mula beroperasi di mana kita akan memikirkan
adakah kata-kata tersebut merupakan satu teguran yang ikhlas atau komen
yang melulu. jika kita mempercayai kata rakannya itu sebagai satu komen
yang melulu, sengaja untuk menyakitkan hati, sudah pasti kita akan
bertindak balas dengan cara yang tertentu.  Tetapi jika katakatanya
merupakan satu teguran yang ikhlas, kita pasti mempunyai reaksi yang
berbeza.  Di sini persepsi dan interpretasi terhadap sesuatu maklumat itu
adalah peramal yang penting apa yang akan dilakukan.  Justeru, pengaruh
kognitif penting dalam bidang psikologi sosial moden.
(kalau sahabat kita tu jahil maka Islam menujukan cara bertingkah laku
terhadapnya :
Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah)
orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang
mengandung) keselamatan. (QS. 25:63))

(panjang nih…tak sedar dan masuk 3 muka surat..nanti ada orang boring baca
pula….itu sebabnya saya kata subjek ini yang paling saya minat masa belajar
di universiti dulu…maka

Bersambung
Minggu depan…Insya Allah


___________________________________.

RENUNGAN

Kalau kita ditimpa satu masalah..kebanyakan kita akan kecewa…managis siang
malam…atau mungkin jadi buta (macam cerita P.Ramlee)…sepatutnya..kita kena
lihat sebagai positif …kita kan orang beriman…ingat Rasulullah SAW ada
berpesan : Tidak ada satu musibah (cubaan) yang menimpa seorang Muslim
melainkan dosanya dihapuskan Allah kerananya. Sekalipun musibah itu hanya
kerana tertusuk duri.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke