*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Sila rujuk mesej di bawah kepada saya (serta saudara Tiger & masammanis) 
yang dihantarkan oleh one janet tan. Memandangkan si Janet mendapat 'ilham' 
menulis kepada kami hasil daripada tulisan kami ke Hizbinet, saya rasa 
wajarlah saya ketengahkan semula tulisan beliau untuk penilaian warga Hizbi 
sekalian.

Allahua'alam sekiranya Janet ni benar-benar wanita Cina ataupun lelaki 
ataupun bangsa yang selain dari Cina.Saya minta beliau perincikan apa yang 
beliau dakwa 'penindasan' kerajaan PAS terhadap beliau supaya public dapat 
buat penilaian.

Untuk pengetahuan Janet (yang pada pandangan saya masih cetek pendedahan 
Islamnya), dalam Islam ada beberapa tempat yang kita dibenarkan menceritakan 
keburukan orang lain atau ringkasnya mengumpat/mencaci. Antaranya untuk 
memberitahu orang-ramai perihal kezaliman dan ketidakadilan pemimpin. Islam 
tidak jumud. Islam mewajibkan penganutnya menegakkan ma'aruf (kebaikan) dan 
mencegah kemungkaran. Mencegah kemungkaran melalui lidah - termasuk lah 
membongkarkan kemungkaran  dan kezaliman pemerintah adalah satu kewajipan 
bagi orang islam.Islam bukanlah suatu adat dan budaya seperti yang janet 
fahamkan. Islam merupakan suatu 'way of life' yang amat sempurna, tidak 
seperti Budha, Kristian , Hindu dan sebagainya.

Tentang belajar di US tu, tak perlulah Janet gebang-gebangkan.Kebanyakan 
yang menyertai diskusi ini pernah belajar di oversea. Saya sendiri pernah 
belajar dan tinggal di Los Angeles, CA. Untuk pengetahuan Janet, San Jose 
bukanlah sebuah negeri yang setaraf dengan California, tetapi San Jose 
hanyalah sebuah kotaraya di Bay Area di California.Tak perlulah anda nak 
sembang lebih-lebih pasal  sosio-economic/ demographic dsb negeri-negeri di 
US kerana di forum ini lebih ramai yang jauh lebih arif daripada anda.

Saya minta Janet fahamilah islam sebenarnya- then you'll see the beauty of 
islam- dan sokonglah perjuangan PAS demi kesejahteraan bersama.



>From: "janet tan" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Minyak at Hadi Awang
>Date: Sat, 01 Jul 2000 15:10:10 GMT
>
>
>
>Saya orang trengganu bangsa Cina di tindas oleh kerajaan PAS sejak perintah 
>trengganu, so saya baca kawan punya tulis Hamtam PM , yang sorang kata dia 
>ambil duit bagi anak dia sikit punya pembohong besar
>yang saya tahu orang Islam tak boleh kata atau mencaci jika yang empunya 
>diri tak dapat bela. So pada kawan yang kata ni baik makan babi saja.
>Faham la sikit Negara ini diperintah oleh siapa kalau BN dia tentu ade rule 
>die sendiri.
>Saya pernah belajar kat US di negeri Texas walau Texas tempat pengeluaran 
>Minyak US tetapi tak semaju Califonia, San Jose dll lagi.
>Saya minta kalau awak dok caci begitu lebih baik jangan mengaku awak orang 
>Islam, walau saya orang Cina tetapi saya faham adat budaya Melayu dan 
>Islam.
>
>TK
>
>JT
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke