*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh., PSN 03 ( hari Isnin nih…saya akan berceloteh tentang Psikologi Personaliti..siri yang lepas saya dah lupa dah..sebab lama dah tinggal…mungkin definisi…tapi kali kita akan belajar tentang Persenoliti dari pandangan Islam…kalau saya berpeluang saya akan bercerita kuliah khusus tentang Personaliti Muslim…. ) PANDANGAN ISLAM TERHADAP PERSONALITI M ANUSIA Manusia adalah ciptaan Tuhan yang terbaik. Islam menganggap setiap manusia ketika dilahirkan mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang baik yang dinamakan fitrah. Manusia dicipta daripada dua unsur: Jasmani yang berpunca daripada tanah dan rohani yang berpunca daripada urusan ketuhanan atau dari alam ketinggian dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman dua unsur yang berbeza dan berlainan tabiat, sumber dan arah matlamatnya maka terciptalah insan atau manusia dengan kekuasaan dan iradah Allah (Haron Din 1988)…PM tak berapa suka dengan beliau…tapi saya hormat Prof. Haron Din..) Allah menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik dan seindah kejadian. Keindahan yang dikehendaki ialah keindahan dalam kedua-dua unsumya: jasmani dan rohani.Bentuk lahir atau jasmaninya memang telah indah dan sempuma. (jadi walaupun kita rasa kita tak cantik..sebenarnya kita cantik…) Tetapi keindahan dalam bentuk lahimya 'al-khalaq' belum menepati keindahan dan kesempumaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah Maha Penciptanya. Keindahan dan kesempumaan insan memerlukan juga kepada pembentukan keindahan rohani yang diistilahkan oleh al-Quran dengan 'al- khuluq'. Tanpa keindahan al-khuluq dan keindahan rohani, maka manusia akan jatuh ke taraf yang paling rendah daripada segala yang rendah. (masa nih …haiwan lebih baik daripada manusia…) Untak mendapatkan keindahan rohani, maka usaha itu diserahkan kepada manusia supaya membentuk diri kerohaniannya atau keperibadiannya itu mengikut 'acuan' yang telah ditentukan oleh Alllah Maha Penciptanya. Rasulullah s.a.w. telah memulakan pembentukan masyarakat Islam dengan membina asasnya terlebih dahulu. Asas yang paling utama dalam pembentukan ini ialah budi pekerti yang mulia atau al-Akhlak al-Fadzilah. Budi pekerti yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang bersih hati, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang paling ideal dalam akhlak keislaman. Segala tingkah lakunya menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti dan dicontohi oleh umat Islam. Akhlak mulia yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk melahirkan manusia yang salih atau manusia yang baik menurut ajaran Islam. Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk daripada latihan-latihan melalui ibadat. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah akan melahirkan peribadi yang teguh dan lurus. Dengan keteguhan peribadi akan lahir manusia yang hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudali mengalah kepada sebarang tipu daya di dunia ini. Sebagai kesimpulan, agama Islam adalah sumber terpenting bagi akhlak Islam dan faktor terpenting yang mempengaruhi pertumbuhannya. Sekiranya tujuan umum pendidikan dari kaca mata Islam ialah persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. maka pembentukan akhlak mulia adalah menjadi tujuan utama pendidikan untuk mencapai ketaqwaan dan amal salih. Pendidikan moden yang bersifat liberal dan sekular yang tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada aspek akhlak dan rohani yang sihat boleh melahirkan generasi yang pakar dalam bidang-bidang ilinu keduniaan tetapi kurang menghargai akhlak dan agama dalam profesion dan kehidupan mereka. Personaliti mengikut pandangan Islam ada persamaan-persamaan yang tertentu jika dibandingkan dengan pandangan ahli-ahli teori Barat. (…cuma kita tetap berkeyakinan bahawa Islam lebih lengkap kerana ia bersumberkan wahyu Ilahi ) Bersambung…minggu depan ___________________________. RENUNGAN Di samping ucapan terima kasih..kita juga kena pandai menghargai..sumbangan sesorang…jangan tunggu pemberian atau pertolongan yang besar baru nak ucap terima kasih…walaupun tapi ia amat bernilai ..lupakah kita pada pesan Nabi SAW. : Jangan lah engkau pandang ringan perbuatan baik sekalipun kecil. Walaupun hanya menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu. (bagi sesetengah orang ..senyum adalah kecil…tapi dalam kaunseling mempunyai erti yang sangan besar…maka benarlah Rasulullah SAW ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>