*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

SIRI 30
(Setalah kita belajar sistem saraf,…kita akan belajar satu lagi sistem
iaitu sistem Endokrin (hormon = cecair ) yang boleh mempengaruhi emosi dan
tingkah laku kita….rupa-rupanya banyak juga sistem dalam tubuh kita nih
ya…kita saja yang tak tahu itu sebabnya kena belajar…selepas tahu kita kena
bersyukur pada Allah)

SISTEM ENDOKRIN MANUSIA

Sistem saraf manusia yang telah dihuraikan dalam siri yang lepas, dapat
dikatakan sebagai satu sistem komunikasi terbaik yang ada di permukaan bumi
ini. la juga merupakan sistem yang panting bagi menjamin kehidupan sesuatu
organisms.
(sebab itu bila kita tua, kena sakit urat (saraf) …bermakna akan
berakhirnya kehidupan kita sebagai organisme …ciptaan Allah)

Walau bagaimanapun, sistem ini dibantu oleh beberapa sistem lain di dalam
badan manusia.  Satu daripadanya ialah sistem endokrin yang mengawal
proses-proses tubuh manusia dengan penggunaan bahan kimia.  

a. Kelenjar Adrenal (cantik juga nama dia…)

Sepasang kelenjar adrenal terletak di atas buah pinggang.  Kelenjar ini
berperanan penting dalam peningkatan emosi dan seksual manusia.  Apabila
kelenjar ini distimulasikan (dirangsangkan (digerakkan)) oteh subsistem
simpetatik sistem saraf autonomik(rujuk siri yang lepas), ia mengeluarkan
dua jenis hormon panting dalam reaksi tindak balas terhadap tekanan hidup. 
Hormon-hormon epinephrin atau adrenalin dan norepinephrine atau
noradrenalin (nama ni lagi cantik…cuma tak ada makna dari sudut bahasa
Arab) menukar dan mengubahsuai keadaan fisiologi badan untuk mengahadapi
keadaan tegang.  Tugas hormon epinephrine ialah untuk meningkatkan tekanan
darah melalui peningkatan degupan jantung. ( sebab kalau kita dalam keadaan
cemas..tak kan lah kita senyap atau tersenyum saja…) la juga merangsang
hati (liver) untuk menukarkan simpanan gulanya kepada glukos yang akan
disalurkan dalam saluran darah. lni akan meningkatkan metabolisme supaya
badan boleh menggunakan glukos tersebut sebagai tenaga.  Hasil daripada
perubahan-perubahan ini peningkatan kadar respirasi dan subjek akan
berpeluh.
(adakah kita yang mengarahkan noradrenalin supaya bertindak…rasa-rasanya
tidak itu adalah satu-satunya pemberian Allah pada kita (secara free = tak
payah usaha apa-apa)

Satu lagi hormon yang dikeluarkan oleh adrenal ialah norepinephrine. 
Tugasnya ialah untuk menyiapkan individu menghadapi bahaya. la meningkatkan
tekanan darah nielalui proses pengecilan saluran darah dan mengurangkan
aktiviti.sistem penghadaman (Groves dan Schlesinger, 1979).

b. Kelompok  Langerhans

Kelompok Langerhans (Islets of Langerhans) yang terletak di dalam organ
pankreas mengawal tahap gula dalam darah melalui dua jenis hormon yang
beraksi secara antagonislik.  Glycogen, sejenis hormon keluaran kelompok
Langerhans merangsangkan
hati untuk menukarkan gula simpanannya kepada glukos dalam saluran darah. 
Tahap gula dalam darah adalah penting kerana ia menentukan tahap tenaga
yang ada pada individu di satu ruang dan masa tertentu.  Hormon Insulin
yang juga dikeluarkan oleh kelompok Langerhans sebaliknya mengurangkan
tahap gula dalam saluran darah manusia dengan cara menolong sel-sel
spesifik badan manusia menyerap serta menggunakannya.

c. Kelenjar Seks

Kelenjar seks iaitu ovari dan testis mengeluarkan dua jenis hormon iaitu
estrogen bagi kaum wanita dan androgen bagi kaum laki-laki.  Kedua-dua
hormon ini memainkan peranan penting dalam perkembangan seksual dan fizikal
manusia seperti pertumbuhan buah dada pada wanita dan bulu-bulu badan serta
suara kasar bagi laki-laki.
(kalau kita (orang lelaki ) lebih estrogen maka akan menghampiri ciri-ciri
wanita….tapi lebihan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk bersifat/sikap
seperti wanita…haram tu)

d. Kelenjar Tiroid

Kelenjar tiroid terletak di bawah peti suara (larnyx) dan ia mengawal tahap
metabolisme tubuh organisms. la mengeluarkan hormon jenis tiroksina yang
menentukan perkembangan otot-otot, keadaan fizikal serta keadaan mental
secara am.  Andainya terdapat kekurangan pada hormon tiroksina ini, akan
berlaku keadaan gicretinism" iaitu individu akan menjadi lembab, lemah
otot-otot dan terencat akal. Tiroksina juga menentukan berat badan
individu.  Seseorang yang kurus selalunya mempunyai tahap metabolisms yang
tinggi dan ini bermakna kelenjar tiroidnya mengeluarkan hormon tiroksina
secara berlebihan.
(kalau nak jadi gemuk kena kuranglah tahap metabolisme tersebut….atau makan
7 kali sehari ???? )

Bagi individu yang gemuk, metabolismsnya rendah kerana hormon tiroksinanya
juga rendah.
(kalau nak jadi kurus balik..tambah lah metabolisme itu…atau jangan makan
apa-apa selama sebulan ???? (kalau mampu…)
(begitulah manusia tak pernah cukup dan senang apa yang ada..nak lagi..nak
lagi..nak lagi…tiba-tiba masuk kubur)

e. Kelenjar Paratiroid

Kelenjar paratiroid terletak dalam kelenjar tiroid. la mengeluarkan sejenis
hormon yang dikenali sebagai paratormon.  Hormon ini penting untuk
perkembangan sistem saraf manusia.  Paratormon mengawal keadaan aktif
sistem saraf melalui peningkatan dan - pengurangan tahap ion-ion di dalam
sel neuron.  Jika hormon paratormon dikeluarkan dengan berlebihan, sistem
saraf akan menjadi lebih aktif daripada biasa dan ini akan mengakibatkan
individu itu penat.

f. Kelenjar Pituitari

Kelenjar pituitari sering dikenali sebagai kelenjar yang terpenting dan
kadangkala diistilahkan sebagai "raja kelenjar". la terletak di bawah organ
otak dan dikawal oleh hipotalamus. la penting kerana satu daripada tugasnya
ialah mengawal aktiviti kelenjar-kelenjar lain di dalam sistem endokrin
manusia.
(kalau kita nak ditimpa bala yang besar..cukup dengan kerosakan Kelanjar
Pitutari…apa kita boleh buat…)

Kelenjar pituitari mengeluarkan sejenis hormon yang mengawal tekanan darah,
keadaan haus dan pertumbuhan .fizikal badan manusia.  Hormon pertumbuhan
ini akan menentukan saiz badan individu itu.  Jikalau ianya dikeluarkan
dengan kadar yang terlalu berlebihan, saiz individu itu akan menjadi besar
dan jikalau ianya terlalu sedikit, saiznya menjadi kerdil.

(bayangkan kalau sistem-sistem ini rosak bagaimana…kita akan jadi kerdil
tak besar-besar,..air mata keluar hari-hari…dengup jantung.. semakin hari
semakin kuat..wanita akan tumbuh janggut dan misai..duduk penat..bangun pun
penat…hari ini gemuk..esok kurus..lusa gemuk balik…pendek kata kita tak
dapat dipanggil manusia lagi….hanya dua ayat saja yang akan menjelaskan hal
ini :

1.      dan (juga) pada dirimu sendiri.Maka apakah kamu tiada memperhatikan (QS.
51:21)
2.      Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan; (QS. 55:13)

Siri 31 akan menyusul…Genetik

____________________________________.

RENUNGAN

Perasan tak kadang-kadang kita ada menipu (berbohong) pada
seseorang….jangan begitu berdosa..tapi tahukan kita ada masanya kita
diizinkan berbohong..bila …iaitu ketika….
Dalam 3 hal ; (maksud dari hadis)
1.      dalam perang (strategi menalahkan musuh)
2.      mendamaikan dua orang yang berselisih
3.      berita suami pada isterinya dan berita isteri kepada suaminya….(tidak
semua perkara kita kena cerita tak pada isteri/suami …kalau boleh
menimbulkan perselisihan pandai-pandailah kita..

(untuk maklumat lanjut sila rujuk ulama yang berdekatan tempat anda)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke