*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

Katakanlah:"Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan
penglihatan serta menutup hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa
mengembalikannya kepadamu" Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali
memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap
berpaling (juga). (QS. 6:46)


SIRI 35
(setelah kita diberi peluang oleh Allah  memilih rabgsangan yang
tertentu..sekarang mari kita lihat pula…bagaimana isyarat deria boleh
sampai ke otak ….kalau tak faham tentang otak sila rujuk siri yang lepas…)

PENGENDALIAN ISYARAT DERIA KE OTAK

Tenaga yang berpunca daripada rangsangan fizikal tidak terus dikendalikan
ke otak manusia.  Otak tidak boleh menerima tenaga dalam bentuk tenaga
elektromagnetik yang membawa cahaya. 
(maknanya sifat atau zat cahaya terpaksa ditukar dahulu bentuknya..sebelum
diterima oleh otak…siapa yang menukarnya….)

 Tenaga-tenaga fizikal rangsangan luaran harus ditukar bentuk supaya ia
boleh dikendalikan oleh urat-urat saraf yang akan membawanya ke otak.
(ya lah..urat saraf mana boleh bawa  bunyi dalam bentuk gelombang …kalau
tidak bergegarlah tubuh kita…)

Tenaga tidak boleh luput, tetapi boleh ditukar bentuknya.  Ini adalah satu
daripada hukum fizik yang jelas.
(hukum fizik nih..bagi kita..sebenarnya sunnatullah(sunnah Allah= ketentuan
(taqdir) Allah) lah..sebab hukum ini bukan dicipta oleh ahli fizik ..cuma
dengan kepandaian Allah bagi ..mereka kaji..lalu terjumpa hukum tersebut
.kalau mereka bodoh..rasa-rasanya tak jumpa juga…)
Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan
(menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah
yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (QS. 6:96)
Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali
tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. (QS. 48:23)


Semua tenaga fizikal yang membawa sesuatu rangsangan harus ditukar
bentuknya kepada isyarat saraf.  Bab Asas Biologi dalam Psikologi dalam
siri yang lalu telah menerangkan bagaimana.sesuatu isyarat itu dikendalikan
melalui sistem saraf manusia.  Pertukaran bentuk ini dikenali sebagai
transduksi.  Organ deria menukar bentuk tenaga fizikal kepada tenaga
elektrokimia. la dilakukan oleh sejenis sel yang spesifik yang dikenali
sebagai sel penerima (receptors cells).  Organ-organ deria kita dibentuk
dengan  cara tertentu yang membolehkan sel-sel penerima ini berfungsi
dengan berkesan.  Dengan ini, kebanyakan tenaga fizikal boleh ditukar
bentuknya bagi pengendalian seterusnya.
(kalau anda dapat membaca dengan baik tulisan saya ini..maknanya mata anda
tak rosak dan sistem transduksi berjalan dengan baik….jadi pada siapa kita 
harus berterima kasih..)

Setengah-setengah tenaga fizikal yang tidak dapat didaftarkan oleh organ
deria manusia bukannya tidak wujud tetapi sel-sel penerima sememangnya
tidak dapat mendaftarkan kehadiran tenaga tersebut.  Gelombang radio
umpamanya, tidak sama seperti warna langit yang kebiru-biruan.  Mata
manusia tidak dapat mendaftarkan frekueusi.
Lihat Rajah 4A ( yang dilampirkan)
(mata untuk melihat..bukan untuk mendengar…setakat hari ini tak ada seorang
pun mendengar melalui mata..keadaan ini sepatunya mengambarkan kelemahan
kita sebagai manusia…perlu pada pertongan dan hidayah dari Allah
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan
bersifat lemah". (QS. 4:28)



MENGUKUR DERIA
(bagaimana cara kita nak ukur deria..guna pembaris…atau guna dacing
(sekarang orang tak guna dah)…berikut adalah cara mengukur deria…kalau ada
masa ukurlah deria anda…bukan apa supaya anda tahu pentingnya deria pada
diri..lalu bersyukur)

Tidak semua tenaga rangsangan yang boleh didaftarkan dapat didaftar oleh
organ deria manusia.  Bunyi radio yang jauh dari telinga tidak dapat kita
dengar.  Bintang-bintang di langit tidak semua dapat dilihat. 
Isyarat-isyarat rangsangan ini mestilah cukup kuat bagi membolehkan organ
mendaftarkannya. 

Di sini, istilah ambangan (threshold) digunakan. (untuk memudahkan…kalau
anda ada istilah sendiri pun tak apa juga) Pada amnya, ada dua bentuk
ambangan yang relevan pada diskusi dalam bab ini, iaitu magnitud (nilai
ukuran) yang terkecil yang boleh didaftarkan dan perbezaan yang terkecil di
antara dua rangsangan supaya ia boleh dibezakan.

Pertama ialah berkenaan dengan magnitud rangsangan yang terkecil.  Ini
dikenali sebagai ambangan mutlak (absolute threshold). 

Rajah 4B (lihat lampiran) yang menunjukkan anggaran ambangan mutlak bagi
tiap-tiap organ deria. 

Bagi mengukur ambangan mutlak bukanlah senang kerana setiap manusia
menipunyai perbezaan kebolehan mendaftarkan isyarat-isyarat deria.  Ada
yang boleh mendengar dengan baik, ada yang tidak, ada yang boleh melihat
dengan kadar yang menakjubkan, tetapi ada yang hampir buta.
(biasanya kalau kita dianugerahkan dengan deria yang menakjubkan maka..mula
nak nak tujuk hebat…buat pertujukan pula nak dapat duit(wang)…alangkan
baiknya kalau bersyukur pada Allah)
 
Secara am, ambangan mutlak ialah magnitud terkecil bagi sesuatu rangsangan
yang membolehkan ia didaftarkan oleh organ deria manusia.  Jikalau tenaga
fizikal sesuatu rangsangan berada di bawah tahap ini, pada puratanya ia
tidak akan dapat didaftarkan toleh organ deria organ deria. 

 Sebagai contoh yang tercatat di Rajah 4B, manusia boleh mendaftarkan
cahaya yang dihasilkan oleh nyalaan sebatang lilin yang berada 30 batu jauh
dari matanya.  Jikalau lilin itu berada satu kaki dari jarak itu, ia
tidak,lagi kelihatan.
( …tapi kalau anda masih boleh melihat maka hebatlah penglihatan anda..tapi
kalau 1 batu pun dah tak dapat dilihat…maknanya penglihatan anda
lemah..jadi ukurlah penglihatan anda dengan nyalaan lilin)

Kadangkala kita dapati dua rangsangan yang hampir-liampir serupa sehingga
tidak boleh dibezakan.  Satu istilah yang dikenali sebagai ambangan
perbezaan menentukan sama ada dua rangsangan itu boleh dibezakan atau
tidak.  Ini juga adalah satu perkara yang amat relatif sekali. la tertakluk
kepada kebolehan individu.  Sebagai contoh, sedikit perubahan yang berlaku
kepada ambangan mutlak akan mengahasilkan pertukaran yang besar kepada
ambangan perbezaan.  

Untuk mengkaji ambangan perbezaan, para psikologis sering menggunakan
cahaya sebagai contoh.  Dua titik pancaran cahaya yang identical ditunjukan
 kepada subjek.  Satu titik pancaran cahaya tersebut akan dijadikan
malar,(tak bergerak/tetap) manakala yang satu lagi akan diubah intensitinya
sehingga subjek dapat mengenali yang dua titik pancaran cahaya yang sama
tadi telah berbeza.  Darjah perbezaan inilah yang dikenali sebagai ambangan
perbezaan .
(yang ini..kalau tak faham pun tak kisah lah….kalau nak faham juga maka
baca lah berkali-kali…atau rujuk pakar psikologi…cukuplah kalau kita faham
ambangan mutlak)

---------------------------------------
Mohon maaf Bab ini banyak gambar rajah. Rajah hanya akan hantar ke
[EMAIL PROTECTED]

Kalau anda nak belajar lebih berkesan mendaftar ps-I dengan cara hantar
e-mail kosong kepada :

 [EMAIL PROTECTED]
---------------------------------------------------.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke