*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: "Lobotes Surinamensis" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: [islah-net] Fwd: Problem
>Date: Mon, 17 Jul 2000 22:26:16 MYT
>
>
>
>Menurut pengetahuan saya, pengamal syi'ah mempunyai pegangan akidah yang 
>dikatakan mardud (ditolak). Pendapat ini (kalau tak silap) saya baca dalam 
>tulisan Imam Al-Ghazali, walaupun tidak pula disebut kafir.
>
>Oleh kerana pegangan akidah mereka tidak diterima, maka tentulah menjadi 
>masalah bagi penglibatan mereka sebagai wali perkahwinan.
>
>Moga-moga yang lebih pengetahuan boleh menambah penjelasan yang lebih 
>bernas......
>
------------------------------------------------------------------------

Saya amat memandang berat tuduhan-tuduhan seperti di atas.
Pegangan akidah ditolak hanya kerana menurut tulisan Imam Al-Ghazali? 
Betulkah cara begini diajar oleh agama kita? Menghukum seseorang berdasarkan 
pendapat seseorang yang lain? Bukankah kuasa menghukum itu terletak pada 
Allah s.wt.?

Cara ini adalah tidak betul. Firman Allah " Jika kamu berselisihkan tentang 
sesuatu perkara, maka rujuklah kepada Allah dan rasulnya jika kamu beriman 
dengan Allah dan hari kemudian."

Tuduhan seperti itu adala amat berat, kerana menganggap seuatu kumpulan itu 
akidahnya tidak diterima, sama seperti menuduh mereka itu sesat, sama 
seperti menuduh mereka keluar dari ajaran Islam. Yang lebih malang lagi, 
orang-orang yang seperti saudara turut memanjang-manjangkan fatwa atau 
pendapat tersebut tanpa usul periksa tanpa mengetahui hujung pangkal sesuatu 
perkara itu. Apakah Islam mengajar kita bertaklid secara membabi buta dan 
dengan cara semberono?

Saudara tahu tak akibat mendakwa perkataan-perkataan seperti di atas? 
Menurut sebuah hadis, jika seseorang itu menuduh satu kumpulan yang lain 
kafir, sesat dan seumpamnya sedangkan kumpulan yang didakwa itu tidak 
mempunyai apa-apa sifat seperti yang didakwa, panggilan itu kembali kepada 
orang yang memanggilnya." Dengan lain perkataan, perkataan itu akan kembali 
kepada salah satu dari dua orang, iaitu pemanggil atau yang dipanggil.

Bukankah lebih baik saudara berdiam diri tentang apa yang saudara sendiri 
tidak mengetahui, atau saudara sendiri mengkaji fahaman orang yang saudara 
tuduh sesat itu dan saudara sendiri membuat keputusan berdasarkan kitab 
Allah dan sunnahnya. Atau saudara sendiri bertanyakan masalah itu kepada 
orang yang lebih mengetahui juga berdasarkan kitab Allah dan rasulnya?

Dengan mengulang-ulang perkataan orang tanpa mengetahui hakikat sebenar, 
bagaimana boleh kita  mendakwa diri kita lebih baik dari seekor burung kakak 
tua?

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azman alias" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke