*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni dalam kebanyakan suratkhabar Malaysia, tajuk utama mengenai 
tangkapan BPR ke atas 36 "orang" kakitangan PUSPAKOM. Kesalahan... memiliki 
harta yang melampaui kemampuan (secara rasuah). Bayangkan salah se"orang" 
daripadanya memiliki simpanan saham RM500,000 sedangkan jawatannya hanya 
sebagai VI (Vehicle Inspector). Se"orang" lagi tu beli kereta mewah (tak 
disebut jenama mungkin BM, Merc atau lain2) secara CASH.

Aku bukan nak tuduh dia "orang" tu jahat ker, cuma nak ceritakan sikit 
pengalaman seorang sedara aku sendiri berurusan dengan PUSPAKOM. Kali 
pertama sedara aku ni ke PUSPAKOM nak buat pemeriksaan lorinya, dia kena 
ulang alik sebanyak 4 kali, baru lulus. Kali pertama kakitangan PUSPAKOM 
kata tayar dan brek tak OK. Disuruh betulkan dulu. Datang kali kedua, lampu 
dan ekzos pulak tak OK. Dah dibetulkan dan datang kali ketiga, badan lori 
pulak tak OK, comot!!! Kena pergi spray dulu elok2, baru boleh lulus. Nasib 
baik ler sedara aku tu bukan bawak lori sampah macam Alamflora, kalau tidak 
agaknya komen PUSPAKOM...badan lori berbau. Baru ler jenoh sedara aku tu nak 
beli minyak wangi nak spray lori dia. Bila tahun berikutnya, dia ambil jalan 
singkat yang disyorkan oleh "orang" PUSPAKOM iaitu pakai orang tengah 
(talibarut PUSPAKOM ler tu!!). Sekali pegi saja, LULUS. Tapi kena keluar 
lebih fulus ler.

Yang aku cerita ni, kalau korang berurusan dengan PUSPAKOM, make sure 
kenderaan korang diservice oleh workshop yang di "authorised" oleh "orang" 
PUSPAKOM, baru ler boleh lulus pemeriksaan. Kalau tak, sebaikmanapun keadaan 
kenderaan korang; gerenti tak lulus punya. Bila kita ke w/shop yang 
di"luluskan" oleh "orang" PUSPAKOM, charge dia memang gila2 punya, sebab 
dalam charge tu dah ada share "orang" PUSPAKOM. Itu belum lagi masuk bab 
"pelincir". Heran betul aku dengan kerenah "orang" PUSPAKOM nih. Dah ler 
gaji mereka dibayar, kita pulak "dipaksa" hantar kenderaan untuk mereka 
periksa, kena bayar macam2 lagi...resmi dan bukan resmi. Selalunya yang tak 
resmi lagi besar bayarannya berbanding dengan yang resmi. Kalau macam ini 
ler, tak heranlah kenapa "orang" yang kerja kat situ "gemuk2" dan "bulat2".
Aku sengaja gunakan istilah "orang" bagi kakitangan PUSPAKOM yang berkenaan 
tu, sebab aku tak pasti adakah mereka itu benar2 orang atau jerangkong.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "awe din" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke