*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
O alah laa awe din, jange marah2 lagu tuuuuuu.

aku rasa ler, sikap mereka dan yang sewaktu dengannya itu jadi begitu sebab 
kita (public) yang berurusan dengan mereka ni pun tak betul jugak. Perangai 
orang kita ni, sikit-sikit tanya.."tak kan tak boleh bincang kot?" dan juga 
suka "hulur2" bila berdepan dengan pihak penguatkuasa (tak kira ler 
penguatkuasa JPJ ker, Polis ker, Majlis Bandaran ker hatta penguatkuasa 
Jabatan Ugama sekalipun). Itu ler yang membiakkan lagi gejala terkutuk tu. 
aku rasa mulai sekarang kita patut
ramai-ramai ubah sikap. jangan sekali-kali offer apa2 kepada sesiapa untuk 
mengelakkan diri dari apa-apa tindakan kalau kita berdepan dengan pihak 
berkuasa. kalau kita salah, kena saman. bayar ler. kalau tak puashati court 
dalam pigi.kena denda, bayar. after all bayar tetap bayar, cuma caranya saja 
berbeza. lebih baik dan bermaruah kalau kita bayar saman atau denda daripada 
kita "bagi dedak" kepada "orang" yang "gemuk2" dan "bulat2" seperti penghuni 
Bukit Pelanduk tu!!! Concern clear, hati tak sakit dan yang paling 
mustahaknya kita tidak bersubahat "menyuburkan" amalan rasuah terlaknat tu. 
aku bukan nak cakap besar atau nak bangga diri, tapi kalau mereka nak merasa 
duit suapan aku, sampai mampus pun tak dapat. aku tak akan bagi walaupun 
satu ringgit....aku lebih rela bayar kompaun atau denda.

aku rasa itulah cara terbaik untuk mengatasi gejala rasuah ni. kalau setakat 
nak kempen dan hantar "orang" tu pergi kursus dan sebagainya, hanya buang 
duit jer. otak mereka tu semuanya dah berselaput dan berkarat hijau. hati 
perut pun dah hitam. tak guna nak ceramah lagi.

>From: "awe din" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Jerangkong PUSPAKOM
>Date: Wed, 19 Jul 2000 06:09:58 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Hari ni dalam kebanyakan suratkhabar Malaysia, tajuk utama mengenai
>tangkapan BPR ke atas 36 "orang" kakitangan PUSPAKOM. Kesalahan... memiliki
>harta yang melampaui kemampuan (secara rasuah). Bayangkan salah se"orang"
>daripadanya memiliki simpanan saham RM500,000 sedangkan jawatannya hanya
>sebagai VI (Vehicle Inspector). Se"orang" lagi tu beli kereta mewah (tak
>disebut jenama mungkin BM, Merc atau lain2) secara CASH.
>
>Aku bukan nak tuduh dia "orang" tu jahat ker, cuma nak ceritakan sikit
>pengalaman seorang sedara aku sendiri berurusan dengan PUSPAKOM. Kali
>pertama sedara aku ni ke PUSPAKOM nak buat pemeriksaan lorinya, dia kena
>ulang alik sebanyak 4 kali, baru lulus. Kali pertama kakitangan PUSPAKOM
>kata tayar dan brek tak OK. Disuruh betulkan dulu. Datang kali kedua, lampu
>dan ekzos pulak tak OK. Dah dibetulkan dan datang kali ketiga, badan lori
>pulak tak OK, comot!!! Kena pergi spray dulu elok2, baru boleh lulus. Nasib
>baik ler sedara aku tu bukan bawak lori sampah macam Alamflora, kalau tidak
>agaknya komen PUSPAKOM...badan lori berbau. Baru ler jenoh sedara aku tu 
>nak
>beli minyak wangi nak spray lori dia. Bila tahun berikutnya, dia ambil 
>jalan
>singkat yang disyorkan oleh "orang" PUSPAKOM iaitu pakai orang tengah
>(talibarut PUSPAKOM ler tu!!). Sekali pegi saja, LULUS. Tapi kena keluar
>lebih fulus ler.
>
>Yang aku cerita ni, kalau korang berurusan dengan PUSPAKOM, make sure
>kenderaan korang diservice oleh workshop yang di "authorised" oleh "orang"
>PUSPAKOM, baru ler boleh lulus pemeriksaan. Kalau tak, sebaikmanapun 
>keadaan
>kenderaan korang; gerenti tak lulus punya. Bila kita ke w/shop yang
>di"luluskan" oleh "orang" PUSPAKOM, charge dia memang gila2 punya, sebab
>dalam charge tu dah ada share "orang" PUSPAKOM. Itu belum lagi masuk bab
>"pelincir". Heran betul aku dengan kerenah "orang" PUSPAKOM nih. Dah ler
>gaji mereka dibayar, kita pulak "dipaksa" hantar kenderaan untuk mereka
>periksa, kena bayar macam2 lagi...resmi dan bukan resmi. Selalunya yang tak
>resmi lagi besar bayarannya berbanding dengan yang resmi. Kalau macam ini
>ler, tak heranlah kenapa "orang" yang kerja kat situ "gemuk2" dan "bulat2".
>Aku sengaja gunakan istilah "orang" bagi kakitangan PUSPAKOM yang berkenaan
>tu, sebab aku tak pasti adakah mereka itu benar2 orang atau jerangkong.
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "awe din" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke