*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di sini saya hantarkan kepada netters semua email yg saya terima.. drp
bekas ahli al-maunah.

______________________________________________________

assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu saya meminta keizinan untuk menyampaikan maklumat yang
saya ketahui mengenai kes rompakan senjata di Grik dan Al-Maunah secara
khususnya mudah-mudahan maklumat ini akan memberi maklumat yang seimbang
dari kedua-dua belah pihak.

Sebagai pengenalan saya pernah mempelajari ilmu dalam Al-Maunah
semenjak  penubuhannya dan merupakan ahli tidak aktif, walaubagaimanapun
saya mengikuti perkembangannya sedikit sebanyak dari sahabat saya yang
juga ditangkap setelah diPERANGKAP di Grik baru-baru ini, saya juga
merupakan salah seorang dari kalangan professional dalam Al-Maunah. Saya
akan cuba menjelaskan beberapa perkara mengenai Al-Maunah dan bagaimana
kumpulan Al-Maunah di Grik baru-baru ini di PERANGKAP oleh pihak yang
berkuasa untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menyerang BA terutamanya
Parti PAS, ringkasnya serampang dua mata.

Persoalan Pertama:
Adakah Al-Maunah mengamalkan ajaran sesat dan apakah ilmu dalam
"kebatinan" yang dipelajari oleh ahli-ahli? Kami diberitahu bahawa semua
manusia dilahirkan dengan kuasa dalaman "ruh" semenjak kita dilahirkan,
cuma kita tidak pernah
mendidik apatah lagi tahu cara menggunakannya. Al-Maunah telah
mengajarkan bahawa untuk mengaktifkan kuasa dalaman, mendidik dengan
cara Islam seterusnya menggunakannya untuk tujuan yang baik sebagaimana
kita menggunakan anggota fizikal seperti kaki untuk berjalan dsb. Kuasa
dalaman diaktifkan dengan bersembahyang hajat dan bermunajat kpd Allah
SWT seterusnya dilatih dengan
latihan pernafasan dengan kalimah Allah dan Allahu Akbar setiap kali
tarik/lepaskan
nafas. Antara kuasa ilmu ilmu dapat menjatuhkan lawan jarak jauh, musuh
dan senjata gagal menghampiri diri dan menyentuh tubuh pengamal, dsb.
Cara menggunakannya insyaAllah saya akan sampaikan dilain masa. Walaupun
nampak mudah tidak semua orang dapat mengeluarkan kuasa (menguasai) ilmu
ini kerana syarat-syaratnya terlalu ketat. Ilmu ini tak kan jadi kalau
pengamal sembahyang tak cukup 5 kali sehari, pakai seluar pendek diluar
dan melakukan maksiat apatah lagi untuk bertujuan melakukan niat jahat.
Aqidah pun clear, tak ada ajaran-ajaran karut-marut, ramai kalangan ahli

yang berlatar belakangkan agama sentiasa memberi tazkirah selepas sesi
latihan dan
ahli-ahli digalakkan mengikuti pengajian-pengajian agama dimasjid/surau
dan sembahyang berjemaah.

ADAKAH AL_MAUNAH SESAT?
Periksa dahulu, ingatlah hadis yang menyatakan sekiranya pihak yang
dituduh  SESAT tidak sesat maka hukum sesat/kafir tersebut jatuh pada
DIRINYA.

Persoalan Kedua:
Benarkah Al-Maunah melancarkan JIHAD?

Jawapan ringkasnya TIDAK. Mengapa? Sebab tujuan
utamanya sebagai salah satu cara untuk mengajak individu  Islam
mengamalkan Islam
disamping memiliki ilmu mempertahankan diri disamping tujuan am Al-
Maunah hanyalah untuk menyediakan kalangan umat Islam yang bersedia
dengan kekuatan bila tiba masanya JIHAD itu wajib (bila keadaan menjadi
tidak aman) dan menyediakan kalangan orang Islam yang bersedia
mempertahan Islam dan umat Islam pada masa akan datang. Sebab itu
Al-Maunah cuba mengumpulkan seberapa banyak
orang Islam menyertainya dan telah pun cuba mendapatkan pengesahan JAIS
dan
disahkan pun dan mendaftarkan pertubuhan agar orang ramai tidak ragu
dengan pertubuhan dan sebab itu juga ramai professional dan kakitangan
awam termasuk tentera dan polis termasuk SB masuk menjadi ahli.

Persoalan Ketiga:
Adakah Al-Maunah pertubuhan HARAM dan MILITANT?

Sebahagiannya telah dijawab diatas. Al-Maunah bukan pertubuhan
underground dan tidak mengadakan aktiviti secara sembunyi2, Al-Maunah
menyiarkan iklan di  akhbar2, membuka ibupejabat, menyampaikan maklumat
dimajalah2, dan ahlinya pernah muncul TV3 (majalah3). Aktiviti termasuk
latihan diadakan ditempat terbuka
disiang hari dan orang awam boleh melihat dan sekiranya tertarik boleh
menyertainya.
Semua ahli dikehendaki menyediakan gambar dan salinan I/C selain
alamat.  sekiranya ada 1000 ahli maka akan ada 1000 keping gambar ahli,
dan saya fikir tak banyak pertubuhan lain yang boleh ikut, UMNO Bahagian
pun belum tentu ada kesemua gambar AJK cawangan di bahagian tsb.
Al-Maunah juga mempunyai web site rasmi yang boleh dicapai oleh siapa
saja termasuk MEDIA dan SB. Pendek kata ada ke dalam dunia ini
pertubuhan HARAM dan MILITANT yang berani buat macam
Al-Maunah.

Ringkasnya tindakan BUNUH DIRI. Sekali lagi adakah Al-Maunah pertubuhan
HARAM dan MILITANT? TIDAK.

Persoalan Keempat:
Adakah benar ahli-ahli Al-Maunah ditangkap di Grik?

Benar, sebahagian besar meraka adalah dari kumpulan Al-Maunah.
walaubagaimanapun mereka telah diperangkap dengan KEJAM. Kepercayaan dan
analisis saya dari maklumat yang saya terima mereka TIDAK terlibat
dengan ROMPAKAN Senjata secara langsung. Teman saya memberitahu memang
mereka menggunakan hutan di Sauk sebagai markaz aktiviti tahan lasak
selama ini. Beberapa bulan lepas teman saya sering kesana 2/3 malam
untuk meningkatkan ilmu dalam
kerohanian dan latihan lasak. Memang sebahagian mereka mempunyai pakaian
baju
celoreng.

Persoalan Kelima (terakhir dan penting):
Adakah kumpulan Al-Maunah di Grik MEROMPAK SENJATA dan MEMBUNUH tebusan?

Anda sendiri tentukan.. lihat point saya dibawah.

1. Sumber tentera mengatakan 3 pajero bersama 15 orang berpakaian
celoreng membawa lari senjata2 tersebut dalam masa 15-30 minit.
Sedangkan bila mereka(tentera) membawa keluar senjata2 tersebut ke balai
polis Kati menggunakan 1 trak tentera dan 1 pajero (NTV7 tayang gambar
tsb).

2. Badawi mengatakan tebusan telah dibunuh kejam dengan mengatakan
mendiang Mathew ditembak kaki hingga hancur, setelah post mortem
didapati 1 peluru sahaja menembusi betis dan 1 didada (sumber akhbar
kroni). Bertujuan untuk menghasut orang ramai bahawa kumpulan Al- Maunah
kejam. Hakikatnya kita tidak tahu siapa yang menembak dan kenapa
ditembak.

3. Maklumat rahsia tentera yang menyertai operasi menawan kumpulan tsb
pada peringkat awal polis/tentera tidak berani masuk ke kekawasan tsb
sehingga hari terakhir setelah 2 orang dari kumpulan tsb menyerah diri
dengan tawaran tidak didakwa dan seterusnya memberi maklumat sehingga
membolehkan Jen Zaini masuk dan berdialog.

Kemungkinan ialah 2 orang atau lebih yang melarikan diri dari kumpulan
tersebut pada peringkat awal ialah SB ataupun ahli Al-Maunah (SB) yang
memerangkap kumpulan tsb. Maklumat soal siasat daripada mereka ber2
menyatakan bahawa 2 tebusan dibunuh oleh Amin dan seorang ahli kumpulan
tsb juga ditembak oleh Amin dan mereka juga melaporkan kekuatan dan
mencadangkan tindakan yang harus diambil oleh pihak tentera kerana
kumpulan tsb tidak percaya polis kerena kalau polis
yang masuk mereka tahu polis akan terus membunuh mereka kesemuanya dan
mereka harus mempertahankan diri mereka dengan membalas serangan.
Sekiranya tentera yang masuk mereka (tentera) tidak akan menembak mereka
kerana mereka tahu pihak tentera tidak terlibat untuk MEMERANGKAP
mereka. Untuk kepastian Amin meminta berunding dengan Jen Zahidi dan
akhirnya menerima berdialog dengan Datuk Zaini dan tidak menembak
komando tentera yang menghampiri dan menawan mereka.

PANDANGAN SAYA:

Kita tidak tahu jumlah sebenar mereka yang berada di markaz Al-Maunah di
Grik pada masa tersebut. Kemungkinan ialah jumlah mereka lebih 29 orang,
mungkin lebih 2 atau 3 orang lagi menyerah diri tetapi berita digelapkan
unutk menyelamatkan mereka daripada tindakan mahkamah. 2/3 orang inilah
mastermind yang berjaya memerangkap kumpulan Al-Maunah termasuk Amin
(presiden) di Grik, saya berkeyakinan SB/polis  ini adalah juga ahli
Al-Maunah yang aktif.

Perancangan mereka (fakta dan analisis):
1. Semua orang diterima untuk mempelajari/menjadi ahli Al-Maunah
termasuklah askar dan polis (niat baik dan jahat) dan Amin tidak
menyedari adanya SB yang akan memerangkap mereka.
2. Mereka (SB jahat) aktif dalam Al-Maunah dan mendapat kepercayaan Amin
(presiden)
3. Sebelum ini telah membekalkan baju celoreng kepada pimpinan Al-
Maunah untuk aktiviti lasak dalam hutan
4. (Saya dengar) Juga pernah meminjamkan/menunjukkan senjata api mereka
kpd yang lain.
5. Berkemungkinan menghasut Amin dan lain-lain untuk berlatih
menggunakan senjata api yang mereka bawa semasa latihan dihutan.
6. Ramai ahli Al-Maunah telah didesak untuk pergi ke markaz di Grik
walaupun tidak bersedia seperti teman saya di Lembah Klang (tidak mahu
tetapi dijemput juga disamping temannya meninggalkan sedikit wang kepada
isterinya utk perbelanjaan semasa peninggalannya) dan yang lain-lain
seperti di Kelantan. Maksudnya supaya
ramai yang ditangkap dan rompakan adalah tidak mustahil.
7. Kebetulan ramai ahli Al-Maunah adalah orang yang berpegang dengan
agama dan sudah tentu menyokong pihak yang mahu menegakkan negara Islam,
PAS. Point kuat untuk mengambil tindakan terhadap PAS dan menakutkan
bukan Islam dengan PAS supaya memihak BN.
8. Senjata bukan dirompak, sebaliknya dibawa oleh pihak SB (ahli Al-
Maunah) dari kem 304 dan disorokkan  berhampiran kawasan markaz mereka.
9. Amin dan kumpulannya kemudiannya diberitahu bahawa mereka ada senjata
untuk latihan pada kali ini  yang disediakan oleh SB tsb tanpa menyedari
bahawa kali ini jumlahnya bukan SELARAS M16 sebaliknya lebih SERATUS
MESINGAN dan beribu peluru. Mungkin mereka tidak mengesyaki sesuatu
sebab itu mereka mencuba MESINGAN tersebut,  malangnya dengan bunyi
tersebut pihak berkuasa yang mencari senjata tsb dapat mengenalpasti
lokasi mereka. Dan mereka tahu nyawa mereka dalam bahaya kerana pihak
polis boleh membunuh mereka kerana bersama mereka ada banyak senjata
api.
10. Dalam pada itu 2 polis yang membuat tinjauan kawasan telah ditangkap
bersama 2 orang lagi untuk disoal siasat oleh kumpulan tsb. Akhirnya 2
polis tersebut dibunuh, kemungkinan cuba melarikan diri ditembak oleh SB
tsb kerana mereka mengetahui rancangan SB tsb ataupun supaya Amin dan
Al-Maunah dituduh kejam. Sebab soalsiasat polis drpd mereka mengatakan
Amin yang membunuh kedua-duanya.
11. Beberapa orang ahli Al-Maunah yang terbunuh dan cedera ditembak
berkemungkinan ditembak oleh SB dari kumpulan yang sama semasa mereka
cuba melarikan diri dari kumpulan Al-Maunah tsb di Grik. Setelah mereka
berjaya melarikan diri nama mereka tidak diumumkan kpd media.
12. Amin dan kumpulannya tidak keluar dari markaznya untuk menyerah diri
pada peringkat awal kerana khuatir keselamatan mereka, setelah tahu
mereka telah diPERANGKAP. Kemungkinan mereka akan ditembak mati sebaik
sahaja dilihat pihak polis kerana telah tahu perangkap polis SB. Sebab
itu Amin mahu berunding dahulu dengan Jen Zahidi untuk memberikan
gambaran sebenar dan menjamin keselamatan mereka.
13. Mereka terpaksa bersedia dengan senjata api setelah dikepong, kerana
sekiranya polis yang mara mereka yakin polis akan menamatkan riwayat
mereka, sebab itu bila Jen Zaini masuk bersama komandonya kumpulan
Al-Maunah bersetuju menyerahkan senjata mereka melainkan parang
perguruan mereka sebelum Amin dan Zaini duduk
bersila berdialog.
14. Kalau mereka mahu dengan izin Allah tanpa senjata mereka, ilmu dalam
boleh menewaskan Jen Zaini dan komandonya apatah lagi dengan senjata api
ditangan tetapi mereka tidak berniat jahat dan tidak mahu melakukan 2
kali kesilapan sebab itu mereka hanya mahu menyerah diri secara selamat.

15. Kalau merekalah yang merompak senjata2 tsb sudah tentu mereka akan
terus menggunakan senjata tersebut dan sesudah terkepong dan tahu mereka
bersalah tentu mereka lebih sanggup berdepan dengan pihak berkuasa dan
kalau mati pun tak kisah sebab "mati syahid"
16. Kalau mereka merompak senjata tsb mengapa disimpan ditempat markaz
mereka Bukit Jenalek yang telah diketahui umum sejak berbulan2 lepas,
orang kampung pun sering melihat mereka sebelum peristiwa tsb.  Kita
harap Jen Zaini berkatalah yang benar dan menunaikan janji yang dibuat
dengan Amin. Janganlah takut dengan manusia sebaliknya takutlah kpd
Allah sahaja. Janganlah menganiayai puluhan orang Islam dan jutaan yang
lain dengan tidak menjelaskan kisah yang sebenarnya. Saya kenal Amin dan
sahabat2 yang lain. Sekian. Maafkan sekiranya berlaku kesilapan.

Rakyat Malaysia Yang Cintakan Kedamaian (RMYCK)
13 Julai 2000



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: kliner <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke