*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh; …….sambungan……. Kemudian ustaz Ahmad Jailani membaca sedikit petikan daripada bahagian muqqadimah dalam kitab ‘Kanun Jinayah Syariah’ dan sistem kehakiman dalam perundangan Islam berdasarkan al-Quran/hadis yang dikarang oleh Hj Said Hj Ibrahim.Pengarang kitab ini memulakan dengan kata-kata, “Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Perenggan 1 Segala puji-pujian bagi ALLAH yang bersifat dengan EsaNya.Yang berkata dalam kitabNya al-Quranul Karim, “Kenapa tidak ada beberapa orang daripada setiap firkah (kumpulan) yang kerjanya ialah memahami agama, yakni yang mempelajari ilmu.” [ Apabila ada panggilan untuk pergi berperang, jangan kesemuanya pergi berperang.Tetapi mesti ada sebahagian daripada orang Islam yang tinggal di kampung halaman yang kerjanya ialah memperdalamkan ilmu agama ALLAH SWT. ] Selawat dan salam ke atas seorang yang tidak ada nabi selepas daripadanya, iaitulah selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w..Yang berkata, “Sesiapa yang dikehendaki oleh ALLAH TA`ALA dengannya kebaikan, maka diberikan kefahaman tentang agama.” Dan selawat dan salam juga keatas ahli keluarganya, para sahabatnya dan para tabiin sehingga pada hari qiamat. [ Pengarang memulakan muqqadimah dengan satu ayat daripada al-Quran dan satu hadis daripada Nabi s.a.w. tentang pentingnya ilmu.Sebab itu, kita sebagai orang Islam, mesti mau ada ilmu.Kalau kita tidak ada ilmu atau tidak ada kefahaman, maka kita akan menjadi manusia yang mudah diseleweng oleh syaitan; samada syaitan manusia ataupun syaitan jin.Contohnya; ustaz Ahnad Jailani bawa satu cerita yang berlaku beberapa bulan yang lalu, yang pada ketika itu hangat diperkatakan.Iaitu masalah penarikan tuduhan rasuah keatas seorang menteri wanita dalam negara kita dengan alasan bahwa tiada bukti yang kukuh.Lalu ustaz Ahmad Jailani yang juga seorang peguam, memberitahu kita dari segi aspek perundangan yang sebenarnya dalam kes sebegini.Dalam kes ini, penuduh yakni saudara Ezam ada menyimpan satu dokumen rasmi kerajaan.Setelah dokumen itu disiasat, maka didapati ada kes ‘primafacie’ terhadap menteri wanita berkenaan.Yang dikatakan ‘primafacie’ kes ni, ialah ada bukti untuk mengheret seseorang itu ke mahkamah.Tetapi tiba-tiba pula, ada seorang menteri yang lain mengatakan bahwa kes berkenaan tidak dibawa ke mahkamah kerana tidak ada bukti untuk mendakwa menteri wanita berkenaan. Ok, disini kita ada 2 statement yang bercanggah.Yang pertama tu ialah statement yang disebut sebagai dokumentari, yang mana menyebut ada primafacie kes.Manakala yang keduanya pula, adalah press statement yang dikeluarkan oleh seorang lagi menteri yang mengatakan bahwa kes itu tidak dibawa ke mahkamah kerana tiada bukti. Jadi, kita sebagai seorang yang mengaji agama, isu-isu semasa disekeliling kita juga perlu diambil kira.Sepatutnyalah kita dah boleh buat clarification sendiri dalam kes seumpama ini.Lalu ustaz Ahmad Jailani memberitahu bahwa dalam undang-undang negara kita, ‘burden of proof’ ataupun beban pembuktian dalam undang-undang sekular yang diguna-pakai dalam negara kita hari ini; dia ada 2 : i) Primafacie - Ia adalah datang daripada bahasa Latin.Manakala, orang putih bermaksud ‘clear’.Maknanya dalam bahasa kita pula ialah jelas ada bukti. ii) Beyond reasonable doubt – bahasa kita ialah melampaui keraguan yang munasabah. Bilakah kita guna ‘primafacie’?…Kita gunakannya bila kita nak dakwa seseorang.Seperti kita siasat seseorang; betul ka dia bunuh orang, betul ka dia ni mencuri, betul ka dia ni makan rasuah; kemudian bukti yang kita cari itu pula cukup sekadar ‘primafacie’.Lalu bolehlah kita bawa dia ke mahkamah.Tapi nak kata dia bersalah ataupun tidak bersalah, tak cukup dengan ‘primafacie’, maka disinilah perlunya ‘beyond reasonable doubt’. ( Saya kalih sikit tengok sahabat-sahabat sekuliyyah ketika itu, nampak lagu ada yang pening nampaknya.Mau tak pening; ayat Quran pun ustaz bagi, hadis Nabi pun ustaz bagi, kemudian yang sekular pun ustaz bagu juga.) Contohnya; katakanlah nak dakwa sipolan itu mencuri kerana kita jumpa barang curi dalam rumah dia.Maka bila kita jumpa barang curi dalam rumah dia, inilah dia yang dikatakan ‘primafacie’ kes.Maknanya, kita ada bukti untuk bawa dia ke mahkamah.Tapi nak kata sipolan itu benar-benar yang mencuri, belum tentu lagi betul.Kemudian , perbicaraan pun dijalankan dengan memanggil pegawai penyiasatnya dan juga saksi-saksinya untuk memberi keterangan.Tetapi dengan kebijaksanaan peguam-bela yang menyoal saksi-saksi, sehingga menerbitkan ragu-ragu pada saksi-saksi itu, maka akhirnya kes terpaksa ditutup kerana ada keraguan yang munasabah.Jadi, maknanya kes ini ada ‘reasonable doubt’, kerana tak tau siapa sebenar yang ambil barang bukti itu, kemudian pi bubuh kat rumah tertuduh.Jadi, dalam kes ini, walaupun kita ada primafacie, tetapi diakhir perbicaraan ada keraguan, maka tertuduh akan dilepaskan.Inilah dia proceeding yang berlaku di mahkamah sekular dalam negara kita hari ini. Berbalik kita kepada kes Menteri wanita tadi.Dan apa yang kita sudah faham dengan contoh yang diberi di atas, maka kalau kita ikut proceeding mahkamah sekular sekalipun, sepatutnyalah si menteri wanita ni sudah boleh dihadapkan ke mahkamah.Kita tak tuduh dia makan rasuah lagi, tapi bukti menunjukkan bahwa ada ‘primafacie’.Buktinya sepertimana yang ada dalam dokumen itu, iaitu seperti diberi beberapa allocation kepada menantunya dan sebagainya.Maka ini adalah suatu pergerakan yang mana boleh menyebabkan wujudnya ‘primafacie’.Jadi, sepatutnya si menteri wanita ni, boleh diheret ke mahkamah; tapi sebab apa ada seorang menteri lain tiba-tiba kata dalam suratkhabar, yang kes ini tidak ada bukti? Apa maksudnya yang dia kata ‘tidak ada bukti’?…Sedangkan dokumen kerajaan itu dengan jelas mengatakan ada bukti ‘primafacie’. Jadi, tujuan ustaz Ahmad Jailani bawa mai cerita sebegini sebab dia nak bagitau bahwa kalau kita tidak belajar ,maka kita akan mudah percaya kepada statement yang dibuat oleh sesiapa sahaja.Tetapi kalau kita belajar, apabila ada isu-isu semasa sebegini, kita akan dapati bagaimana ada manusia yang sanggup memperdayakan manusia yang lain.Sebab itu, kita perlukan kepada ilmu, sebagaimana yang ditekankan oleh Hj Said Hj Ibrahim dalam muqqadimah kitabnya ‘Kanun Jinayah Syariah’. ] Perenggan 2. Pengarang menyatakan bahwa bagi orang-orang yang beriman yang menghayati hukuman ALLAH/RasulNya,yakni yang berteraskan al-Quran/hadis; adalah suatu keyakinan yang lahir dari keimanan mereka.Berkeyakinan bahwa syariat Islam adalah mengandungi bermacam-macam jenis hukum syara`.Yang didapati hukum-hukum tersebut di dalam kitab-kitab fekah mazhab Hanafi/Maliki/Syafii/Hambali. [ Dalam perenggan kedua ini, pengarang nak bagitau bahwa bila kita sudah beriman, maka akan terbitlah dalam diri kita suatu kepercayaan/keyakinan kepada hukum ALLAH SWT. Oleh kerana hukum-hukum ALLAH boleh didapati dalam kitab-kitab fekah daripada 4 buah mazhab yang disebut tadi, maka ini bermakna fikiran kita mesti terbuka/mengetahui adab-adab berselisih pendapat.Yakni kita mesti raikan juga pendapat-pendapat kawan-kawan kita daripada mazhab yang lain.Jangan cepat nak bergaduh dalam perkara-perkara furu`iyah.Sebagai contoh; satu pihak nak baca talkin.Tak jadi masalah apa-apa, silakan baca.Kemudian yang satu pihak lagi, tak mau baca talkin pulak.Pun tak memudaratkan apa-apa.Tapi kalau masing-masing nak bermuzakarah pasai bab talkin, maka berbincang lah elok-elok dalam suasana ilmiah.Bawalah hujah masing-masing, tapi pada penghujung perbincangan itu, jangan pulak bawa kepada ber‘masam muka’.Begitu jugalah, jangan dok masam muka tak tentu pasal dalam bab baca qunut atau bab baca Yaasiin malam Jumaat, kerana semua ini adalah perkara kecil sahaja, yang tak sepatutnya kita bergaduh pasai benda-benda kecik lagu ni.Jadi, kalau masing-masing ada pendapat, maka masing-masing peganglah pada keyakinan masing-masing. Lalu ustaz Ahmad Jailani pun bercerita supaya kita tidak jadi seperti apa yang berlaku di sebuah kampung di Temerloh, tak lama dulu.Puncanya terjadi kekecohan ialah hanya kerana tok imam tak baca doa kedua (penutup) selepas solat/wirid.Maka salah seorang daripada makmum pun marah.Lalu si makmum yang marah ni pun pi tunggu dan sekat tok imam di luar masjid.Tuan-tuan tau apa yang dia buat kat tok imam tu?…Dia bagi penampar kat muka tok imam tu, tuan-tuan.Yang ni lah yang dikatakan bergaduh tak kena tempat kerana tok imam tu tak buat benda sunat saja.Memang betul , ada masa-masa tertentu yang perlu dibenarkan oleh hukum syara` untuk membenarkan kita bergaduh.Misalannya; apabila kita tengok anak muda heret anak dara orang naik motor.Kita boleh pi sekat depa, suruh depa turun pasai depa tak kahwin lagi.Yang macam ni lah, kita mau bergaduh pasai clear depa buat maksiat.Tapi awat kita tak berani nak sekat/balun mat motor yang bawa anak dara orang tu? Pasai apa kita berani sangat kat tok imam yang sudah tua? Sebab itu, kita perlulah tahu membezakan akan keadaan macamana yang membolehkan kita bergaduh dan keadaan macamana yang tak perlu kita bergaduh.Dan juga kita perlu tahu juga keadaan macamana perlu kepada kaedah ‘syaddid’ (tegas) dan keadaan macamana yang perlukan kelembutan. ] Di dalam perenggan ke 2 ini juga, pengarang menekankan bahwa sebahagian daripada sumber hukum hendaklah kita ambil daripada kitab-kitab fekah yang ditulis oleh imam-imam mazhab.Oleh itu, kita janganlah mudah mengambil sikap gelojoh dalam masalah hukum fekah kerana banyak lagi sumber-sumber rujukan yang perlu diteliti sebelum membuat sesuatu keputusan tentang hukum fekah. [ Sebagai contohnya, ustaz Ahmad Jailani membawa kita mengimbau kembali ingatan kita kepada kes Halimatun Saadiah yang berlaku beberapa tahun yang lalu.Yakni kes Halimatun Saadiah dibuang kerja kerana pakai purdah.Dalam kes ini, peguam yang mewakili pihak majikan yang didakwa telah memanggil seorang mufti dalam negara kita ini supaya memberi keterangan sebagai ‘expert evidence’ di mahkamah.(Oleh kerana kes ini berhubung dengan hal ehwal agama Islam, maka mereka pun panggil seorang yang pakar dalam bab agama sebagai ‘ expert evidence’, yaknilah seorang mufti dalam negara kita). Maka soalan pertama yang diajukan oleh peguam yang mewakili majikan kepada mufti itu ialah,“Ada atau tidak, ayat dalam al-Quran yang mewajibkan wanita Islam pakai purdah?”…Lalu mufti berkenaan jawab,“Tidak ada.”…Ini bermakna tak ada hukum dalam Quran yang menyuruh wanita pakai purdah.Oleh kerana keterangan itu dinyatakan oleh seorang pakar dalam bab agama, manakala peguam yang mewakili Halimatun Saadiah pula bukan seorang Islam (yakni Sikh), maka peguam Halimatun ini tidak tahu akan hukum agama, lalu tidaklah dapat ia melakukan ‘cross examine’ balik terhadap saksi (mufti) itu. Kemudian kata ustaz Ahmad Jailani bahwa kalau lah peguam yang mewakili Halimatun ketika itu adalah dari kalangan peguam syariah, yang punyai ilmu dalam undang-undang syariah, maka tahulah mereka macamana nak ajar balik si mufti itu supaya bercakap benar dalam mahkamah.Jangan dok cakap separuh jalan.Seorang mufti sepatutnya ikhlas, terutamanya kepada seorang wanita Islam yang cuba untuk menghayati salah satu hukum dalam ajaran Islam, iaitu memakai purdah.Ustaz Ahmad Jailani kata kalau dialah yang jadi peguam Halimatun Saadiah ketika itu, maka dia akan ‘cross examine’ balik mufti tu dengan soalan,“Sumber hukum syariah ada berapa dalam ajaran Islam?”…Mufti tu mesti jawab,“Ada 3.Yang pertamanya adalah kitabullah (al-Quran).Yang keduanya ialah as-Sunnah (hadis Nabi).Dan yang ketiganya ialah daripada qaul fuqaha` (pendapat-pendapat ahli-ahli fekah), yang membawa makna dengan ijmaknya, qiasnya, dan sebagainya.”…Jadi, ini bermakna kalau tidak ada dalam Quran, pi lah cari dalam hadis Nabi.Kemudian kalau dalam hadis Nabi pun tidak ada, maka tengoklah pula pendapat-pendapat para ulama seperti ijmak dikalangan ulama dan qias yang dibuat oleh ulama-ulama Islam dan sebagainya.Jadi, dalam masalah pakai purdah ini, kalau tak dak dalam Quran, pi tengok pula dalam hadis Nabi.Mungkin dalam hadis Nabi ada percanggahan pendapat ,tak pa, kita rujuk pula kepada sumber yang ketiga.Yakni qaul fuqaha` iaitu pendapat-pendapat ahli fekah.Ok la ni, kita mazhab apa di M`sia ni?…Semua orang nanti jawab,“Mazhab Imam as-Syafii.”…Jadi, la ni cuba kita tengok qaul yang masyhur dalam mazhab Imam Syafii kata apa tentang pakai purdah bagi wanita?…Jawapannya ialah wajib, tuan-tuan woi!…Memang lah dalam mazhab Imam Syafii sendiri, terdapat banyak pendapat dalam hal ini.Seperti ada juga yang kata tak wajib, ada juga yang kata muka wanita adalah aurat, kemudian ada pula yang kata muka wanita bukan aurat tapi wajib tutup, dan sebagainya.Tetapi yang kita nak sebut ialah qaul atau pendapat yang paling masyhur dalam mazhab Imam Syafii dalam masalah muka wanita ni ialah wajah wanita bukan aurat tetapi wajib ditutup kerana takut fitnah.Maksudnya begini; katakanlah bila seorang wanita berjalan ,tiba-tiba ada orang lelaki dok perati dan kenyit mata kat wanita itu.Ataupun rakan kerja lelaki sepejabat dengan wanita itu asyik mengelamun panjang tengok ke muka wanita itu, jadi bila sampai ke tahap begini, maka wajiblah wanita itu pakai purdah kerana mukanya membawa fitnah.Tapi kalau tuan-tuan nak pegang dengan pendapat daripada mazhab-mazhab lain, tak jadi masalah, silakan.Tapi cumanya yang kita nak sebut bahwa di dalam mazhab Imam Syafii sendiri, qaul yang paling masyhur kata wajib pakai purdah. Sekarang kita berbalik kepada mufti itu tadi.Sebagai seorang mufti, sepatutnya dia faham dengan apa kita perbincangkan tadi.Tapi masalahnya, pasai apa mufti yang dalam kes Halimatun Saadiah itu, tidak mahu mendedahkan kepada mahkamah bahwa dalam mazhab Imam Syafii sendiri ,pakai purdah itu wajib?…Yang ni yang dikatakan ,ada juga mufti dalam negara kita yang tak berapa ikhlas ,yakni bercakap hanya sekerat mengenai hukum agama.Mereka tak mahu ‘disclosed’ hukum-hukum agama ,yang menyebabkan adanya diantara wanita-wanita Islam kita yang teraniaya.Sebab itu, kita merasa tidak pelik ,kenapa di dalam negara kita hari ini; orang pakai purdah boleh dibuang kerja, tapi orang yang pakai miniskirt pula tidak dibuang kerja.Malah dialu-alukan pula.Ini adalah kerana orang yang pakai purdah ,dia tak boleh layan nafsu seks boss dia.Tapi orang yang pakai miniskirt ataupun yang tak pakai apa langsung inilah yang boleh melayan nafsu syahwat boss mereka.Kalau ada ramai wanita-wanita yang bertelanjang begini di pejabat, maka boss akan rajin datang awal ke pejabat.Datang awal bukan rajin nak buat kerja tapi datang awal kerana suka tengok peha yang gebu-gebu.Inilah contoh yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Sebab itu, muslimin/muslimat sekelian , dalam hal hukum hakam agama, kita perlu ‘strict’/tegas dan kita juga berharap kepada ahli-ahli agama dalam negara kita pada masa yang akan datang, mereka lebih ikhlas dalam menyatakan tentang hukum agama, supaya tidak ada lagi umat-umat Islam yang teraniaya kerana kenyataan-kenyataan pakar-pakar agama sendiri yang tidak jujur dalam bercakap tentang soal agama. ] …….bersambung……. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>