*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelmarin hari ahad...jadi hari ni tak ada cerita baru yang masuk, tapi, 
sementara nak tunggu cerita2 dari kawan-kawan biar mencelah borak-borak 
terlebih dulu.

Bila melangok sorang-sorang…..mencelah teringat Tok Guru Nik Aziz kata dulu, 
orang pompuan kalau dah suami mampu menyara kehidupan…tak kerjapun tak 
apa.Sebab kelmarin ada kawan mencelah(orang pompuan) …dia ni kerja dekat 
Amaco , jadi dia cerita habis la dia punya pengalaman daripada keluar ITM 
sampai dapat kerja (dia satu batch dengan pabiyen). Pada hari mula kerja 
berat dia 47kg….bila cukup bulan turun jadi 40kg. Bila mencelah fikir 
sorang-sorang (sebab otak asing-asing) macam tu la kita….hidup di atas bumi 
ni di ibaratkan sebagai satu perjuangan juga, nak cari sesuap nasi.

Bila cakap tentang sesuap nasi ni….mencelah teringat akan satu kesah seorang 
hamba Allah. Selepas habis spm…..dia cari kerja ke sana dan kesini. 
Akhir-akhirnya dapat la….jawatan yang setimpal dengan dia punya kelulusan, 
iaitu opis boy. Masa temuduga , dia lah yang paling layak kerana ada lesen 
motosikal.  Kerja dia hari-hari macam ‘Mat dispatch’….hantar surat dari 
jabatan  ke jabatan….bukan nya dekat, nun….jauh-jauh. Gaji dia sebulan rm300 
aje……tapi tak lama dia kerja. Satu hari dalam KL sendiri…..tiba-tiba dekat 
selekoh, kona punya kona…..masuk bawah perut lori. Tapi nasib dia baik….. 
tak kena gilis….panjang umur le tu. Jadi elok aje dia di bawah  lori tu. 
Jadi, bila pulang kerumah….dia menung sorang-sorang, ‘Ini kah harga diri’ 
dia kata begitu kerana kerana mengenangkan untuk mendapat wang sebanyak 
rm300 sebulan….dia terpaksa bertaruhkan nyawa! Bagaimana sekalipun….itulah 
yang di mana asam garam kehidupan….nak hidup macam tu lah.

Berbalik kepada kawan mencelah tadi si-pompuan ni…..dia kata lagi, kalau 
dapat kerja macam mencelah seronok sikit. Sebab, pergi pagi….balik petang, 
tak ada shift. Kalau kerja ada shift macam dia ni….balik pagi , kena himpun 
tahi mata sampai zohor. Kena pulak suami kerja normal shift….kan, malam 
kesian si-suami ni tidur sorang-sorang (masa ni perlu four-li-gami).

Pompaun sekarang ni..…bukan macam dulu. Biasa le kan, dah mengaji 
tinggi…sampai dah dapat first class degree(kan Ain ..kan) , takkan nak dok 
di rumah kan! Bila di tanya buat apa kau kerja ‘nak balas jasa mak pak’ 
walaupun pada hakikat sebenarnya….memang tak terbalas. Tapi yang sebenarnya 
orang pompuan ni nak kerja bukan kerana apa, kerana bila dia orang kerja….. 
baru le kaki dia orang panjang sikit! Bila kaki panjang…..baru melangkah pun 
luas. Maksud mencelah di sini, bukan la…dia orang ni cacat, tetapi 
bermaksud….dia dah ada kuasa untuk membuat perbelanjaan sendiri tanpa 
mengharapkan gaji si suami untuk memenuhi dia orang punya citarasa. Sebab, 
si suami ni walaupun gaji besar macam mana sekalipun….kalau nak berbelanja 
untuk si isteri…..dia kena catu-catu sama, nanti over budget…pulak.

Pompuan ni bila kerja….satunya adalah kerana nak ‘Kerja’ dan satu lagi 
adalah untuk ‘kerjaya’. Kalau yang ‘kerja’….dia orang ni lebih bermatlamat 
untuk membantu meringankan beban suami. Kalau yang kerja untuk ‘kerjaya’ ini 
lebih kepada profesion! Kalau mengikut dewan bahasa..dia kata ‘Kerja’ 
bermaksud; kegiatan atau urusan yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu. 
(nafkah). Manakala ‘Kerjaya’ bermaksud;  Penglibatan yang  berterusan serta 
perkembangan dan kemajuan seseorang di dalam sesuatu lapangan. (profesion).

Bila cakap tentang ‘kerja dan kerjaya’ …….zaman sekarang orang bukan kira 
‘kerjaya’ lagi……asalkan boleh ‘kerja’…jalan! Itu sebabnya kita tengok 
lahirnya ramai guru-guru yang kurang kualiti. Sebab, apabila dah keluar uni. 
Nak dapat kerja susah…..jadi jalan pintas yang paling mudah ialah dengan 
cara pi celup lanjutan ijazah ke….lanjutan diploma ke……lepas tu boleh jadi 
cekgu. Dari sini le lahirnya guru yang ‘kerja’ dengan guru ‘kerjaya’! kalau 
guru ‘kerjaya’ ok…lah, budak-budak pun boleh maju. Kena guru yang hanya 
untuk ‘kerja’ dapat gaji…….dia ambil jalan mudah semasa mengajar. Kalau 
tugas dia…..di bahagi serah sama pada anak murid supaya senang. Contohnya, 
habis bagi exam……. ‘ ok..semua pelajar tukar buku dengan kawan-kawan, bila 
cekgu bagi jawapan….kamu tanda betul ataupun salah’….. sekarang ni lagi 
bagus….ada guru suruh pelajar bawak pen merah, bila pelajar mark paper 
cantik sikit. Nanti suatu masa…report cardpun suruh budak-budak isi. Ada 
guru yang ‘kerja’ dia nak mudah mengajar……disuruhnya buat kerja rumah dengan 
makpak kemudian, nanti pi sekolah mudah dia orang punya kerja. Ini mencelah 
cakap tentang guru yang ‘kerja’ tapi bagi guru yang ‘kerjaya’…..ok.

Bila cakap tentang guru ni……minggu lepas mencelah melangok depan tv, 
mengikuti rancangan ‘bincang petang’ jemputan nya seorang dr…apanama 
tah..dah lupa. Dia kata sekolah kena tukar trend sikit. Selama ini di 
letaknya pengawas sekolah di pintu-pintu pagar….untuk mengawasi kedatangan 
pelajar. Mengapa tidak guru yang menyambut kedatang ibubapa yang mengantar 
anak-anak ke sekolah?! Dari situ akan lahir kemesraan diantara pehak sekolah 
dan ibubapa. Kalau difikirkan memang baik cadangan tu…..tapi, masalahnya 
gurupun ada yang selalu mari lewat dari ibubapa.

Rasanya mencelah nak berhenti dulu……esok borak lagi.
[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke