*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,


Ahad, 30 Julai 2000: Pukulan Perit ke atas Angkatan Russia di Grozny 

Para Mujahideen telah melaksanakan satu serangan hebat dengan jayanya di
timur Grozny di bawah
pimpinan Komander Abu Dhar Ash-Sheeshani, seorang anggota Majlis Tertinggi
(Syura)Mujahideen. Serangan ini mengakibatkan dua buah lori URAL (kenderaan
kargo), tiga
kereta perisai BTR, satu jip UZAK, dan satu lori Kamaz-66 musnah

Secara keseluruhan, 40 orang askar Russia terbunuh dan lebih ramai lagi
yang tercedera. Dengan izin
Allah, Mujahideen telah beredar dengan selamat selepas itu. Sejurus selepas
itu, seperti orang hilang
akal, angkatan Russia mengamuk dan melancarkan operasi untuk mengesan para
Mujahideen.
Mereka menceroboh rumah awam dan mencari di dalam longkang-longkang.
Akhirnya mereka
hanya mampu mengetatkan kawalan untuk mengelak serangan sedemikian dari
berulang lagi. 

Di tengah Grozny, Mujahideen menyerang sekumpulan askar Russia yang sedang
bertugas sebagai
pengawal. Sebuah lori UZAK musnah dan enam askar Russia terbunuh.
Mujahideen semuanya
dapat pulang ke kubu dengan selamat.

Unit Pengintipan Mujahideen Melancarkan Serangan

Sekumpulan Mujahideen mengintip sebuah kubu Russia di Savedeno. Apabila
satu batalion Russia
sampai di kubu berkenaan, Mujahideen lantas melancarkan serangan dengan
melancarkan roket S5
dan tembakan mesingan. Sebuah BMP dimusnahkan dan sembilan askar Russia
terbunuh. Allah
S.W.T. menakdirkan bahawa seorang Mujahid tercedera ringan.

Periuk Api dan Letupan

Batalion yang dipimpin oleh Komander Ramadan, iaitu seorang ahli Majlis
Tertinggi (Syura)
Mujahideen, telah meletupkan periuk api apabila satu konvoi Russia telah
melaluinya di kawasan
antara Urus Martan dan Alkhan-Yurt. Akibat dari itu, satu kereta perisai
BMP, dua kenderaan
pengangkut berperisai BTR, dasn dua lori kargo URAL yang sedang mengangkut
tentera telah
dimusnahkan. 15 askar Russia terbunuh dan selainnya tercedera.

Pertembungan Maut untuk Russia

Di kampung Yalkhi Mokh di Neger-Yurt, Mujahideen bertempur dengan unit
risik Russia di mana
15 askar Russia terbunuh dan selebihnya tercedera,Seorang Mujahideen telah
terkorban dan empat
yang lain tercedera. Sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T. menerima
Mujahid yang
terkorban sebagai syahid dan menempatkannya di syurga yang tertinggi dan
semoga yang tercedera
akan dipulihkan oleh Allah S.W.T. dengan segera. Amin.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to