*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat Malaysia mengamalkan
undang-undang Islam suatu hari nanti saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Tuan Yang Arif Ariffin Jaka kerana telah menjatuhkan
hukuman yang paling bodoh terhadap Sdr Anwar Ibrahim.

Hukuman tersebut sedikit sebanyak memberikan markah bonus kepada
Barisan Alternatif bukan saja PAS atau apa saja namanya kelak jika
dibuang Islam dari PAS.

Dalam pada semuanya terang pulak bersuluh lagi, tiba-tiba Hakim Ariffin
menjatuhkan hukuman yang paling kelakar.  Satu dunia boleh ketawa, tapi
seluruh rakyat Malaysia menangis kerana terserlah kebodohan seorang
yang bergelar Yang Arif.  Jika Yang Arif tu bodoh dan diperbodohkan,
maka satu dunia ketawakan Malaysia kerna mempunyai rakyat yang
bodoh-bodoh dan boleh diperbodohkan.

Kita tak ingin orang memandang kita sebagai satu kumpulan manusia yang
bodoh.  Maka orang-orang yang tak ingin bergelar bodoh akan
menumbangkan satu kerjaan yang suka memperbodohkan orang seperti BN,
InsyaAllah.  TAKBIR!!!

Maka saya sebagai seorang ahli PAS ingin berterima kasih banyak-banyak
kepada Ariffin Jaka (sorry le aku nak panggil nko Yang Arif, Yang
Bangang boleh le) kerana membantu menaikkan saham PAS di mata rakyat
dan menambahkan keyakinan rakyat bhw pada 2004 tiada lain yang akan
dipangkah melainkan PAS atau apa saja namanya ketika itu.

Kepada Sdr Anwar Ibrahim, telah banyak yang kami usahakan untuk
membantu saudara, telah ramai orang yang sanggup mengorbankan diri
menjadi OKT kerana saudara seperti Tian Chua yang walaupun kurus tak
berisi sanggup kena pukul, kena tumbuk dan disepak terajang. 
Peguam-peguam saudara telah menjalankan tanggungjawab dengan cukup
professional dan bagus sekali.  Namun apakan daya, Allah merancang
sesuatu yang terbaik untuk kita semua rakyat Malaysia.  Mungkin saudara
dan keluarga saudara kecewa dengan hukuman ini, tapi jika saudara redha
kami amat berterima kasih kerana pengorbanan saudara di sana akan
menerbitkan semangat baru kepada seluruh rakyat Malaysia dan
InsyaAllah, suatu hari nanti impian kita semua akan menjadi kenyataan;
UMNO akan tumbang!  BN akan tumbang!  Pengkhianatan terhadap saudara
menjadi lambang kezaliman Mahathir dan menjadi sumber inspirasi rakyat
untuk menjatuhkan dia dan semua orang bahlol yang ikut bontot dia.

Kita bencikan UMNO bukan sebab nama dia UMNO.  Kita benci UMNO sebab
sudah berkarat perasaan cinta dunia benci akhirat dalam dada setiap
pemimpin UMNO.  Kita tentang UMNO bukan sebab dia nak lawan kita, kita
tentang UMNO sebab dia nak lawan hukum Allah.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke