*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad
Jailani di Masjid Sungai Gelugor,Pulau Pinang.

Pengenalan
1) Kanun Jinayah Syar`iyyah.
Dalam fekah Islam, yang diistilahkan oleh fuqaha`,
‘kanun’ atau ‘syariat’ itu ialah perundangan Islam
atau perundangan syara`.Yang termasuk dibawah
perundangan tersebut ialah undang-undang jinayah
syariah atau undang-undang kanun jinayah syariah.Dalam
erti kata lain ialah undang-undang syara` yang
bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan
oleh seseorang yang boleh didakwa dibawah kes jinayah
syariah.

[ Jadi pengajian kita ni sebenarnya menjurus kepada
‘Kanun jinayah syariah’.Dalam bahasa Inggerisnya ialah
Islamic Criminal Law.Tuan-tuan, kalau ada orang tanya
pada kita; apa itu Islam? Kita jangan jawab Islam itu
hudud,qisos dan sebagainya.Sebab ini akan menyebabkan
Islam dipandang terlalu sempit.Apa yang perlu kita
buat ialah kita mau buat satu ‘block diagram’, seperti
:
                  Syariat Islam
                                        
Aqidah/Kanun/Siasah/sosial/Ibadah/Muamalah/Pendidikan/
Dan lain-lain;
Kemudian dibawah 'Kanun' ada :
Kanun jinayah syariah/Undang-undang sivil Islam/
Undang-undang perlembagaan Islam /Dan lain-lain ;           
              
Kemudian dibawah 'Kanun jinayah syariah', dia ada
pula:
Hudud   /  Qisos   /    Diat   /     Takzir 

2(i) Jinayah menurut fuqaha`
Fuqaha` ialah jamak bagi perkataan ahli fekah atau
fakih.Yakni mufrad nya ialah fakih (seorang yang
faham) dan jamakya ialah fuqaha`.
Takrif/Definasi jinayah menurut ulama-ulama fekah
ialah perbuatan atau perilaku yang jahat ,yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau
mencabuli kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang
yang lain dengan sengaja.

[ Dalam undang-undang sekular negara kita hari ini;
mentakrifkan perbuatan jahat dengan sengaja ini
sebagai elemen ‘mens rea’.Sebagai contoh, katakanlah
kita nak tuduh seseorang itu membunuh mangsanya.Untuk
membuktikannya, kita kena bawa dua elemen ke mahkamah
untuk mensabitkan kesalahan kepada tertuduh.Elemen itu
ialah :
a) actusreas – yang bermaksud elemen fizikal.
    b) mens rea – yang bermaksud elemen mental, yakni
niat/pengetahuan.
Kedua-duanya adalah bahasa Latin dan menjadi contoh
yang mahkamah di M`sia juga menciplak daripada
undang-undang barat.Apakah contoh elemen fizikal
(actusreas) dalam kes pembunuhan?…Contohnya ialah cara
pembunuhan dilakukan.Yakni senjata apa yang
digunakan.Adakah senjata yang dijadikan bahan kes itu
tally atau sesuai dengan luka yang berlaku pada tubuh
mangsa.Misalannya, katakanlah barang kes itu adalah
sebilah pisau berukuran 3 inci yang dijumpai dalam
keadaan berlumuran darah.Kemudian bila mayat mangsa
pembunuhan itu dibawa ke hospital untuk buat ‘post
mortem’ (satu lagi perkataan Latin yang bermaksud
‘selepas kematian’) yakni satu procedure yang dibuat
untuk mengenal pasti punca kematian seseorang.Apabila
dilihat daripada laporan ‘post mortem’ itu, maka
didapati memang mangsa itu mati kerana disebabkan ada
luka  di badannya sedalam 4 inci.Jadi, daripada
laporan itu, kita boleh tengok; adakah sesuai saiz
pisau yang menjadi bahan kes itu dengan keadaan luka
si mangsa? Oleh kerana berlakunya keadaan yang tidak
tally itu, maka ini menunjukkan bahwa elemen fizikal
dalam kes berkenaan  tidak dapat dibuktikan.Apabila
tidak dapat dibuktikan, maka mahkamah hendaklah
membebaskan tertuduh daripada pertuduhan membunuh.
Bagi elemen mental (mens rea) pula; samada dia ada
niat untuk melakukan secara  sengaja (voluntarily)
atau secara tidak sengaja.Contohnya; bila pergi
memburu bersama kawan-kawan dalam hutan.Mula-mula
ingat babi hutan tapi bila ditembaknya ,kena pada
kawannya sendiri.Jadi dari segi ‘mens rea’ ,kita tak
dapat nak buktikan kata dia tembak kawannya dengan
sengaja, lebih-lebih lagi ada saksi yang juga
menyangkakan yang ditembak itu babi hutan.Sebab itu,
petua daripada kawan-kawan kita yang suka pi memburu
ialah kalau boleh jangan berpecah ketika dalam
hutan.Tapi kalau nak berpecah juga, hendaklah berpecah
kepada 2 kumpulan dalam arah yang bertentangan antara
satu sama lain, yakni 180 darjah.Kalau kumpulan A pi
ke utara ,maka kumpulan  B  mesti ke arah
selatan.Jangan A ke utara dan B pula ke timur, kerana
inilah yang akan menyebabkan percentage chances untuk
bertembung cukup besar.Inilah yang berlaku
pertembungan secara accident yang banyak diceritakan
dalam akhbar-akhbar, kerana kecuaian planning.
Jadi kesimpulannya, dalam undang-undang sekular dalam
negara kita hari ini, mesti ada 2 elemen untuk
dibuktikan, iaitu actusreas (elemen fizikal) dan mens
rea (elemen mental). ]

(ii) Jinayah mengikut pentakrifan fuqaha`.
Sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 2(i) ,adalah
khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan
perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan
anggota tubuh badan seseorang yang lain atau
mencederakan atau melukakannya; yang wajib dikenakan
hukuman qisos atau diat.

[ Istilah-istilah yang digunakan dalam kes bunuh dalam
undang-undang sekular ,dia ada banyak.Iaitu murder,
homicide, manslaughter dan sebagainya.Manakala dalam
undang-undang syariat Islam pula, kita ada ‘qotlul
amdi’ yakni membunuh dengan sengaja.Kemudian ada pula
‘qotlu syubhil amdi’ yakni membunuh separuh
sengaja.Dan Islam juga ada ‘qotlul qottok’ yakni
membunuh dengan tidak sengaja.Semua ini adalah
perbandingan secara ringkas tentang istilah-istilah
yang digunakan dalam undang-undang sekular dengan
undang-undang syariah dalam masalah kes pembunuhan.
Manakala dalam masalah serangan pula, seperti
mencederakan, menumbuk, memukul dan sebagainya;
istilah-istilah yang digunakan dalam undang-undang
sekular ialah assault & battery, yakni macam kita pi
boh penampaq kat orang ,salah tu tuan-tuan.Bukan kata
boh penampar, kita sama-sama kawan-kawan pun bila
bertemu ,kadang-kadang kita suka tepuk kat bahu kawan
kita tu kan.Tapi kalaulah tiba-tiba hari tu kawan kita
rasa tak berapa suka dengan perbuatan kita sentuh
badan dia, maka dia boleh buat saman di mahkamah di
bawah undang-undang ‘tort’.Lebih-lebih lagilah kalau
antara lelaki dengan perempuan.Yakni kalaulah si
lelaki tiba-tiba pi pegang tangan perempuan tanpa
izinnya, maka dari segi undang-undang ‘tort’, wanita
itu berhak mendapat ganti-rugi daripada si lelaki itu.
Berbalik kita kepada hukum syariah; iaitu bilamana ada
kesalahan membunuh dengan sengaja, maka ia dibawah
qisos.Tapi kalau ia tidak sengaja, maka dibawah
diat.Begitulah juga dalam kes mencederakan orang.Kalau
dengan sengaja, ia dibawah qisos.Tapi kalau pesalah
itu dimaafkan atau kesalahannya itu tanpa sengaja,
maka hendaklah pesalah itu membayar diat atau pampasan
kepada mangsa tersebut.Ini adalah ketetapan yang
dibuat oleh undang-undang syariat kepada kita. ]      
  

(iii) Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda
/ akal fikiran dan sebagainya, adalah termasuk dalam
jinayah yang umum yang tertakluk dibawahnya semua
kesalahan yang wajib dikenakan hukuman
hudud,qisos,diat dan takzir.

[ Disini pengarang nak bagitau bahwa mana-mana
kesalahan yang termasuk dibawah takrif jinayah, maka
ia akan terdedah kepada keempat-empat  hukuman yang
disebut di atas.Ini adalah ketetapan hukum syara`
dalam masalah membunuh,mencederakan atau apa saja yang
membabitkan dibawah takrif jinayah mengikut hukum
syara`.
Seperti kita sedia maklum, pembunuhan yang pertama
yang berlaku di atas dunia ini ialah pembunuhan Habil
yang dibuat oleh Qabil.Bilamana Qabil berniat untuk
membunuh Habil, tapi dia tak tau cara nak membunuh
kerana tiada contoh lagi masa tu ,sebab mereka adalah
generasi terawal sekali.Begitu jugalah dengan tingkah
laku anak-anak kita, yakni si abang ,dia tak akan reti
pukul adik dia kecuali dia tengok dulu macamana dia
kena pukul dengan bapak dia.Ataupun dia tengok kat
nursery ,kawan pukul kawan.Dengan contoh ini ,barulah
yang si abang ni tahu macamana nak pukul adik
dia.Serupalah dengan keadaan Qabil ketika itu,
sehinggalah sepertimana yang disebut oleh Ibn Kathir
dalam tafsir al-`Azim nya; bagaimana iblis
membisik/mengajar kepada Qabil cara untuk membinasakan
Habil dengan menghempaskan batu diatas kepala
Habil.Maknanya, Qabil melakukan pembunuhan yang
pertama diatas dunia ini dengan pentarbiyyahan
daripada iblis laknatullahi alaik.Bila Habil mati
,Quran telah menyebut kepada kita bagaimana Qabil
tidak tahu untuk menguruskan jenazah saudaranya
itu.Lalu ALLAH SWT mengutuskan seekor burung yang
menunjukkan kepada Qabil bagaimana burung tadi
menggali-gali dan mengais-ngais tanah, maka barulah
terfikir oleh Qabil bagaimana cara untuk mengebumikan
mayat saudaranya itu.Jadi dari peristiwa ini, kita
dapati cara yang pertama yang diajar oleh ALLAH SWT
kepada Qabil ialah melalui binatang, supaya dia
belajar menguruskan jenazah saudaranya.Oleh yang
demikian, berdasar kepada peristiwa tersebut,
para-para ulama dan para-para muffassirin membuat satu
pendapat bahwa harus hukumnya manusia belajar daripada
binatang, orang-orang kafir atau sesiapa sahaja
walaupun daripada orang jahat/musuh ALLAH sekali pun;
asalkan benda yang kita belajar itu adalah benda yang
memberi manafaat kepada kita.Contohnya; adakah harus
kita belajar bahasa Inggeris dengan guru bukan
Islam?…Jawapannya, harus sebab dalil dari al-Quran
tadi ,bagaimana Qabil belajar pengurusan mayat
daripada seekor burung.Jadi, kalau kita nak belajar
satu benda baik daripada binatang, maka harus
hukumnya.Tapi kalau ambik benda yang tak baik daripada
binatang, maka jadi haram pula hukumnya.Contohnya,
binatang tak pakai seluaq,lalu kita pun ikut tak mau
pakai seluaq, maka haram hukumnya.Atau kita tengok
kucing jantan pantang nampak kucing betina lalu depan
dia, kira nak ligan saja.Jadi kita pun ikut ligan
perempuan yang lalu depan rumah ,maka haram
hukumnya.Ini semua benda tak baik, tapi kalau benda
baik, ia diharuskan.Contohnya; bila kita tengok seekor
ular tedong bertempur dengan seekor kucing
,misalnya.Tiba-tiba kita tengok kucing itu cedera dan
dia lari untuk merawat dirinya dari bisa ular tedong
itu.Lalu kita pun follow dia dan tengok kucing tu pi
makan daun kayu apa/ pokok apa/ bunga apa/ buah apa;
untuk menjadi penawar kepada bisa si ular tedong.Maka
kita secara langsung boleh dapat  panduan mempelajari
ilmu perubatan daripada kucing.Ini adalah cara ALLAH
SWT ajar kepada kita bahwa ‘transfer of knowledge’
tidak semestinya kita belajar daripada tok guru
sahaja, malah daripada sesiapa saja pun boleh
,walaupun daripada orang kafir/ fasik/ musuh ALLAH/
jin/ iblis sekalipun, hatta daripada binatang
sekalipun; maka harus hukumnya.Malah digalakkan kepada
kita kalau ianya membawa kepada kemanafaatan
manusia.Inilah satu didikan daripada ALLAH SWT kepada
kita orang-orang yang beriman.Sebab itu, tidak rugi
kita baca al-Quran dan bertadabbur dengan al-Quran
serta merenungi peristiwa-peristiwa yang disebut oleh
ALLAH SWT di dalam al-Quran.
Yang salahnya orang kita ialah suka sangat pi buat
benda-benda yang bercanggah dengan hukum ALLAH
TA`ALA.Contohnya; orang kita kalau dengan tok bomoh,
kepercayaannya terlampau-lampau sangat.Lalu ustaz
Jailani menceritakan satu peristiwa yang berlaku
kepadanya semasa beliau mengendalikan satu kes di
mahkamah syariah B`worth.Dimana peguam sebelah suami
nak bincang dengan ustaz Jailani yang menjadi peguam
mewakili si isteri, untuk settle atau tak boleh settle
kes ini secara ‘luar mahkamah’ yakni tak payah dengan
cara perbicaraan.Lalu mereka berdua pun cari tempat
yang tak dak orang dan kebetulan pada ketika itu dewan
mahkamah kosong sebab tidak ada perbicaraan ketika
itu.Lalu mereka berdua pun berbincang, tiba-tiba
tengah-tengah perbincangan itu, ustaz perasan ada
sorang orang tua pakai kopiah duduk di satu sudut di
hujung dewan mahkamah.Yang mana ustaz tahu bahwa orang
itu bukannya client kepada peguam kawan ustaz tu, lalu
menjadi tanda tanya.Kemudian apabila habis berbincang,
ustaz pun keluar pi jumpa anak guamnya, lalu beliau
diberitahu oleh anak guamnya bahwa suami dia ni sejak
daripada hari pertama masuk mahkamah, suaminya itu
sudah bawa ‘tok bomoh’.Maknanya, orang tua misteri
yang duduk di hujung mahkamah itu tadi adalah seorang
‘tok bomoh’.Inilah perangai orang kita yang cukup suka
dengan tok bomoh.Tak salah kalau nak menang, dengan
kita berdoa kepada ALLAH.Dah lah main bola pun pakai
tok bomoh, ini masuk mahkamah pun nak pakai tok bomoh
jugak.Sebelum start game bola tu, depa nanti pi tabur
beras apa pun tak tau dekat tiang gol supaya tak gol,
tapi lawan score gol jugak.Inilah contoh yang
dikatakan kurafat-kurafat/tahyul-tahyul tu.Kalau
betul, awat geng lawan boleh score gol jugak?…Silap
kat mana?…Silap tabur beras ka?                       
                            Satu lagi cerita tentang
benda-benda kurafat yang banyak berlaku di
mahkamah-mahkamah kita hari ini ialah sepertimana yang
berlaku di mahkamah B.M.Dimana pada kebiasaannya,
perbicaraan di mahkamah sivil start pukoi 9 pagi.Pada
suatu pagi,semasa majistret berjalan menuju ke
pejabatnya, tiba-tiba dia ternampak sorang cina tengah
dok semayang-semayang, kemudian cina tu pi tabur apa
ka kat mahkamah.Kemudian apabila cina tu berada dalam
mahkamah dan dibicarakan ,didapati dialah diantara
yang paling teruk didenda.Jadi, perbuatan kurafatnya
itu tidak dapat menolongnya sama sekali, malah
menyusahkannya lagi ada la.Oleh sebab itu, buat apa
kita pi tiru perangai orang cina yang banyak dengan
benda-benda kurafat/tahyul itu, walaupun mereka lebih
maju/kaya daripada kita.
Kita sebagai orang Islam; apakah senjata utama
kita?…Berdoa kepada ALLAH la ,tuan-tuan.Apa salahnya
kalau kita berdoa kepada ALLAH supaya mendapat
kemenangan.Yang salahnya ialah kita pi cari tok bomoh,
kemudian buat secara kurafat supaya kita menang.Tapi
kalau kita pi cari tok bomoh yang baik/bertaqwa/buat
cara Islam, Alhamdulillah, itu digalakkan.Tapi
masalahnya la ni,kebanyakan daripada apa yang berlaku
depan mata kita ini adalah berkaitan dengan benda
kurafat/tahyul.Sebab itu, kita harap benda-benda lagu
ni, jangan diamalkan lagi dalam masyarakat kita.
Ada satu lagi perangai buruk ‘orang kita’ ialah
apabila masalah mereka terpaksa kena settle dalam
mahkamah, lalu mereka akan memusuhi lawan mereka itu
sampai ke tahap 100%.Sehinggakan mereka mau lawyer
yang mewakili mereka turut juga bergaduh dengan lawyer
yang mewakili lawan mereka itu.Depa punya la sakit
hati tak boleh tengok depa punya lawyer duduk sekali
minum sama-sama dengan lawyer lawan di kantin masa
rehat.Jadi, kata ustaz , sebab nak jaga hati client
,maka peguam sama-sama peguam hanya boleh lambai
tangan sahaja.Sehinggakan ada satu kes, kata ustaz
,bila dia tengok lawyer dia dengan lawyer lawan baguih
punya dok pekena teh sama-sama, kemudian bersembang
dengan melawak semua cukup; maka marahnya meluap-luap
sehingga dia cari tok bomoh supaya tengok lawyer dia
ni, betul ka tak betul ka.Lalu tok bomoh tu pun ambik
kesempatan kata bahwa lawyer hang dah makan komisyen
daripada lawyer yang satu lagi.(Pulak dah.Ada lagi
orang macam ni.Yang ni yang dikatakan kurafat ni.)
Lalu apabila dengaq saja tok bomoh kata lagu tu, maka
dia pun pi tarik balik perlantikan peguam itu daripada
mewakilinya.Apabila ditanya pasai apa ditarik
balik?…Dia kata pasai tok bomoh bagitau yang lawyernya
sudah makan komisyen daripada lawyer satu lagi.Maka
tercengang lah lawyer kawan ustaz tu, tak terkata
apa-apa…Inilah yang dikatakan punya la BANGANG orang
melayu Islam kita ni.Itulah, orang suruh pi mengaji,
hangpa pi lepak relax aje kat kedai kopi.Jadi la
ni,sampai nak bezakan antara yang kurafat dengan yang
betul pun dah tak reti. ]
3) Hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah.
Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di
dalam al-Quran/hadits dan yang dikuat-kuasakan dalam
Kanun undang-undang jinayah syariah, bahwa
penjenayah-penjenayah yang di dakwa di bawah kes
jinayah syariah ,apabila sabit kesalahannya di dalam
mahkamah ; maka wajib dikenakan hukuman
hudud,qisos,diat atau takzir.Hukuman-hukuman ini
adalah tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh
penjenayah-penjenayah itu.

[ Maknanya, kalau dia buat satu kesalahan ;hukuman dia
juga mestilah tertakluk kepada 4 bahagian yang disebut
tadi..Kita tak mau seperti apa yang ada dalam
masyarakat kita hari ini; dimana apabila kita kata
negara kita hari ini masih tidak mengamalkan
undang-undang qisos; lalu adalah suara yang kata awat
tak buat pulak.Tu yang hukum bunuh bagi kesalahan
membunuh tu apa? Yakni di tali gantung.Macamana kalau
kita tanya dia balik; apakah dia syarat-syarat
qisos?…Pasai apa, la ni, yang dok amalkan hanyalah 
sebahagian sahaja daripada qisos; manakala sebahagian
yang lain daripada qisos yang tidak menepati citarasa
pihak-pihak tertentu ,ditolak ketepi.Contohnya; bunuh
dibalas dengan bunuh.Itu prinsip umum dalam qisos.Tapi
dalam qisos juga dinyatakan bahwa jikalau mangsa atau
keluarga mangsa memaafkan penjenayah , maka wajib bagi
‘ulil amri’ membebaskan penjenayah yang terbabit.Yang
kita pertikaikan ialah dalam undang-undang negara kita
hari ini; adakah dia bagi kuasa kepada keluarga si
mangsa? Contohnya; seperti apa yang berlaku kepada
Allahyarham Datuk Taha yang dibunuh oleh Datuk Mokhtar
Hashim.Ok la ni, kita pula nak tanya; pembebasan Datuk
Mohktar Hashim ,siapa yang bagi? Adakah daripada
keluarga Allahyarham Datuk Taha ataupun daripada
jawatankuasa pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang
Dipertuan Agong?…Jawapannya ialah Datuk Mokhtar Hashim
bebas bukan diampun oleh keluarga Datuk Taha, tapi
beliau dibebaskan oleh lembaga pengampunan.Yang nilah
yang dikatakan bertentangan dengan undang-undang qisos
yang diajar oleh Islam kepada kita.Jadi, kepada
puak-puak karat ni, kita nak bagitau bahwa hangpa
jangan dok buat putar belit serupa lagumana kepala
taik hangpa jugak.Yakni bila dalam negara kita tidak
melaksanakan undang-undang qisos , maka hangpa jangan
cuba nak kata kita ni sedang melaksanakan qisos.Kalau
setakat bunuh dibalas dengan bunuh, ini tidak cukup
untuk kita kata itu adalah qisos yang diajar oleh
Islam kepada kita.Kalau hangpa nak tau, syarat-syarat
qisos ada banyak lagi.Diantaranya ,kena ada 2 saksi
lelaki yang adil.Adakah undang-undang negara kita la
ni perlu kepada 2 lelaki yang adil?…Inilah antara
banyak contoh-contoh yang menunjukkan bahwa qisos
sebenarnya tidak diamalkan walaupun kita dapati orang
yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuh balas dalam
negara kita. ]

…….bersambung…….                                      
                                                      
              
                                     





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke