Aug 9, 2000
Gerakan protes bermula Jumaat ini
Ariani Rustam


2:30pm, RABU: Penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan meneruskan perhimpunan protes proreformasi bermula Jumaat ini
walaupun beliau dihukum penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat oleh
Mahkamah Tinggi semalam.
Sebuah laman web proreformasi, Laman Reformasi, hari ini mengumumkan tiga
acara, termasuk dua perhimpunan aman selepas sembahyang Jumaat di Masjid
Negara.
Satu lagi perhimpunan akan diadakan di Penjara Sungai Buloh, tempat Anwar
dipenjarakan, bagi menyambut ulang tahun hari lahir ke 53 pemimpin yang
mempelopori Gerakan Reformasi itu sejak dipecat dari kerajaan dan Umno pada
September 1998.
Mereka juga bercadang mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (Suhakam) pada pagi Sabtu ini.
Orang ramai diseru menyertai acara-acara tersebut.
Ketua Pemuda Parti KeADILan Nasional, Mohamad Ezam Mohd Nor memberitahu
malaysiakini hari ini, beberapa kumpulan penyokong reformasi telahmengundang beliau untuk hadir di Masjid Negara pada hari itu.
"(Acara) ini membuktikan bahawa keputusan yang zalim terhadap Anwar tidak
mematahkan semangat penyokong reformasi, malah rakyat semakin beriltizam
untuk melakukan perubahan," kata Ezam.
"Hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar membuktikan betapa kezaliman pihak
berkuasa telah sampai di kemuncaknya. Ini merupakan satu peristiwa yang
malang bagi negara," tambah beliau lagi.
Ezam menambah, Pergerakan Pemuda KeADILan akan meneruskan usaha menerangkan
kepada rakyat tentang "kezaliman" pemerintah sekarang supaya rakyat dapat
mengambil iktibar dan menamatkannya.
Menurut Ezam lagi, beberapa wakil badan bukan kerajaan bersama Pemuda
KeADILan akan berkumpul di perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka pada jam 9
pagi sebelum bergerak ke pejabat Suhakam di Wisma Putra, beberapa meter dari
tempat berkumpul itu.
Suhakam telah pun bersetuju untuk bertemu dengan mereka dan menerima
memor! andum yang akan disampaikan nanti, katanya lagi.
Ezam berkata, beliau berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Pengerusi
Suhakam, Tan Sri Musa Hitam.
Dalam satu perkembangan berkaitan, Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM)
yang masih menunggu pendaftaran memohon permit polis hari ini untuk
mengadakan acara menyalakan lilin di hadapan Mahkamah Persekutuan Kuala
Lumpur selama sembilan malam berturut-turut bagi menunjukkan sokongan kepada
Anwar.
Sembilan malam dipilih bagi mewakili tempoh Anwar dijatuhkan hukuman penjara
selama sembilan tahun atas tuduhan tersebut.
Setiausaha Agung parti itu, P Uthayakumar bagaimanapun berkata dia belum
menerima sebarang jawapan dari polis berhubung permohonan itu.
Menurutnya, walaupun beberapa anggota parti itu tidak bersefahaman dengan
KeADILan, "namun keputusan ke atas Anwar itu telah menaikkan kemarahan
kami."



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do! You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke