Aug 9, 2000
Tian dibelasah di pejabat polis


12:15pm, RABU: Naib Presiden Parti KeADILan Nasional, Tian Chua, yang
ditahan dalam satu perhimpunan reformasi dibelasah di sebuah bilik di
Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada tengah hari semalam.
Tian baru sahaja melaporkan kejadian itu di Balai Polis Jalan Stadium.
Menurutnya, beliau "dibelasah teruk" oleh sekumpulan polis, termasuk seorang
yang bertopeng, sehingga meninggalkan "bekas tapak kasut" di belakangnya.
Menurut aktivis reformasi itu, beliau memohon polis membenarkan beliau
mendapatkan rawatan tetapi permohonan itu tidak dilayan. Beliau yang
menghidapi penyakit lelah kemudiannya tertidur di dalam lokap bahagian
jenayah berat sehingga dikejutkan pada jam 5 petang untuk diambil
keterangan, katanya.
Tian dan seorang lagi aktivis Abd Malek Hussin dibebaskan tanpa syarat
sekitar jam 9 pagi tadi.
Mereka berdua ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah untuk
"mengelakkan kejadian yang tidak diingini! berlaku" beberapa minit sebelum
mahkamah menjatuhkan keputusan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[Laporan lanjut selepas ini]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke