*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-----Original Message-----
From: nobody [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Thursday, August 10, 2000 10:19 AM
To: r4mc
Subject: [r4mc] Kempen "Anwar 15"


Kempen "Anwar 15"

Dengan terjatuhnya hukuman penjara 9 tahun ke atas Anwar Ibrahim maka beliau
akan menjalani hidup dalam penjara selama 15 tahun. Semasa di perkarangan
mahkamah tinggi pada tarikh hiba 8-8-00 terdengar seorang pemberita yang
sedang menggunakan telefon bimbit mengucapkan kata-kata ini, "It's
unbelievable!" Sememangnya hukuman, pengendalian kes tuduhan rasuah dan
liwat serta, dan cara Anwar Ibrahim disingkirkan dari jawatan kedua
tertinggi di negara ini sungguh luar biasa.

Sebagai memprotes kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim di sini
dicadangkan beberapa tindakan simbolik jangka pendek yang boleh diambil oleh
pendokong keadilan dan kebenaran :-

1.  Mengisytiharkan bulan September 2000 sebagai bulan berkabung di mana
semua penyokong reformasi diseru memakai "arm band" berwarna hitam sepanjang
tempoh ini.

2.   Mengadakan upacara meletakkan ribuan kuntum bunga di hadapan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur sebagai tanda meratapi kematian sistem keadilan negara
ini. Upacara seumpama ini boleh juga diadakan di negeri-negeri yang lain.

3.  Menjual t-shirt, bendera, kain rentang, tuala muka, topi, lencana,
pelekat kenderaan dan arm band pelbagai warna dengan teks "Anwar 15" disusun
seperti lazim pada jersi bola.

4.  Menyeru semua penyokong reformasi supaya tidak mengibarkan bendera
kebangsaan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Kepada yang hendak atau
terpaksa mengibarkan Jalur Gemilang, pastikan ianya dikibarkan pada separuh
tiang (half mast).

5.   Menyeru semua penyokong reformasi supaya memboikot segala aktiviti Hari
Kebangsaan. Kepada yang tepaksa mengambil bahagian atau menghadiri upacara
tertentu, pakailah arm band sebagai tanda protes.

6.   Mengadakan rapat raksaksa Hari Kebangsaan yang menghimpunkan kesemua
parti komponen BA pada 31 Ogos ini sebagai perayaan Ulangtahun Kemerdekaan
alternatif bagi rakyat Malaysia.

7.   Meneruskan aktiviti-aktiviti bulan Reformasi yang telah dirancang.

Jadikan tema HIDUP TANPA BN sebagai tekad perjuangan di alaf baru ini.

Salam hormat,
Steffan Khinge
9-8-2000


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to