*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangan bimbang terhadap apa yang kita tulis. Sampaikan mesej
ini sepanjang masa. Kerana kita tidak ada suratkhabar and TV, 
teruskan perjuangan melalui alam siber internet ini. Kalau undang-
undang tidak boleh membela nasib Anwar Ibrahim, maka kitalah
orang-orang yang menggunakan ruang ini untuk mempertahankan
Anwar. Saya percaya lama-kelamaan kemenangan akan memihak kepada
kita.

"..dan mereka mengatur tipu daya, Allah juga akan mengatur
tipu daya. Dan Allah adalah sebaik-baik yang mengatur tipu
daya." (Surah Ali 'Imran 3:54)


==================

Abdul Hamid wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> -----Original Message-----
> From: nobody [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, August 10, 2000 10:19 AM
> To: r4mc
> Subject: [r4mc] Kempen "Anwar 15"
> 
> Kempen "Anwar 15"
> 
> Dengan terjatuhnya hukuman penjara 9 tahun ke atas Anwar Ibrahim maka beliau
> akan menjalani hidup dalam penjara selama 15 tahun. Semasa di perkarangan
> mahkamah tinggi pada tarikh hiba 8-8-00 terdengar seorang pemberita yang
> sedang menggunakan telefon bimbit mengucapkan kata-kata ini, "It's
> unbelievable!" Sememangnya hukuman, pengendalian kes tuduhan rasuah dan
> liwat serta, dan cara Anwar Ibrahim disingkirkan dari jawatan kedua
> tertinggi di negara ini sungguh luar biasa.
> 
> Sebagai memprotes kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim di sini
> dicadangkan beberapa tindakan simbolik jangka pendek yang boleh diambil oleh
> pendokong keadilan dan kebenaran :-
> 
> 1.  Mengisytiharkan bulan September 2000 sebagai bulan berkabung di mana
> semua penyokong reformasi diseru memakai "arm band" berwarna hitam sepanjang
> tempoh ini.
> 
> 2.   Mengadakan upacara meletakkan ribuan kuntum bunga di hadapan Mahkamah
> Tinggi Kuala Lumpur sebagai tanda meratapi kematian sistem keadilan negara
> ini. Upacara seumpama ini boleh juga diadakan di negeri-negeri yang lain.
> 
> 3.  Menjual t-shirt, bendera, kain rentang, tuala muka, topi, lencana,
> pelekat kenderaan dan arm band pelbagai warna dengan teks "Anwar 15" disusun
> seperti lazim pada jersi bola.
> 
> 4.  Menyeru semua penyokong reformasi supaya tidak mengibarkan bendera
> kebangsaan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Kepada yang hendak atau
> terpaksa mengibarkan Jalur Gemilang, pastikan ianya dikibarkan pada separuh
> tiang (half mast).
> 
> 5.   Menyeru semua penyokong reformasi supaya memboikot segala aktiviti Hari
> Kebangsaan. Kepada yang tepaksa mengambil bahagian atau menghadiri upacara
> tertentu, pakailah arm band sebagai tanda protes.
> 
> 6.   Mengadakan rapat raksaksa Hari Kebangsaan yang menghimpunkan kesemua
> parti komponen BA pada 31 Ogos ini sebagai perayaan Ulangtahun Kemerdekaan
> alternatif bagi rakyat Malaysia.
> 
> 7.   Meneruskan aktiviti-aktiviti bulan Reformasi yang telah dirancang.
> 
> Jadikan tema HIDUP TANPA BN sebagai tekad perjuangan di alaf baru ini.
> 
> Salam hormat,
> Steffan Khinge
> 9-8-2000
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Abdul Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to