*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tip ringkas membeli komputer peribadi 

Di ambil dari laman web berikut :
URL : http://hammer.prohosting.com/~infolink/

salesman/salesgirl - tugas utamanya ialah menjual komputer yg dia dapat banyak komisen 
atau menjual model tertentu yg tokeh suruh mesti habiskan.

tokey kedai - jual komputer yg dia dapat banyak untung. ini lagi lates lagi bagus lagi 
laju lagi banyak wa dapat wang ...

Perhatikan bahawa salesperson cuma tahu jual komputer tapi tak tahu apa-apa tentang 
komputer. Jangan percaya dengan wakil penjual yang yang mencadangkan paket komputer 
istimewa mereka.

Anda tak perlu pergi ke kelas komputer atau mengikuti kursus teknologi maklumat (yang 
sebenarnya hanya mengajar microsoft windows dengan microsoft office) untuk belajar 
komputer. Pelajarilah semua ini dari majalah komputer dan suratkhabar yang ada sisipan 
khas komputer.

Sebuah komputer yang paling murah berharga dalam rm1600 ke atas. Inilah harga yang 
saya perhatikan sejak tahun 1996 hingga sekarang. rm3500 sudah lebih dari cukup untuk 
membeli komputer.

beli komputer ni lebih kurang macam beli kereta juga bezanya komputer ni 
benda-bendanya (part) boleh tukar ganti ikut selera/budget.

ada jenis yg murah (low end) kegunaan biasa masuk internet, memproses kata, tengok vcd 
yg dibeli di pasar malam, dengar mp3. tak perlu semuanya yang terkini. cari sajalah 
komputer paling murah yg ada dijual. Ibaratkan macam kereta kancil boleh pergi pasar, 
pergi balik kerja ...

ada jenis sederhana kegunaan serupalah dgn yg jenis murah tu bezanya bukan jenis 
built-in, monitor besar, memory (ram) besar, hdd besar ... katalah macam kereta iswara 
..

ada jenis mahal kegunaan tujuan utama ialah untuk main GAMES. Ini untuk hard core 
punya. cpu paling pantas, kad gambar paling bagus, kad bunyi paling best, pembesar 
suara keliling hi-fi, hdd besar dan pantas, ram besar ..... ibaratkan macam kereta 
mewah atau pacuan 4 roda

Perkara paling penting ialah tahu tujuan utama mengapa beli komputer dan kegunaan 
utama komputer yg akan dibeli nanti.

Satu lagi ialah carilah kedai komputer yg bagus. maksud bagus ialah tokeynya ramah, 
harga berpatutan, dekat dengan rumah, dah lama wujud, komputer yg dijual tak ada seal 
"waranty void if broken". jangan beli dari superstor macam courth/carefour ... agen 
jualan langsung, beli dari orang yg tidak dikenali, beli secara pos atau beli dari 
pejabat pos.

Cuba fikir sejenak - mengapa pejabat pos boleh jual komputer tapi tak jual motor 
modenas keris di pejabat pos ?

nak tahu bagus atau tak kedai tu datanglah empat lima kali ke kedai tu tengok 
macamana. aku pernah jumpa tokey kedai siap hisap rokok sambil kaki naik atas meja. 
ada pulak tokey kedai terkejut bila aku tanya ada ka tak jual keyboard harga rm20.00  
ada ka dia kata keyboard rm20.00 keyboard mainan. apa punya kedai tah tak ikut 
perkembangan zaman.

Sebelum beli komputer kena tahu juga serba sedikit tentang komputer supaya tak kena 
tipu dengan pekedai misalnya jual celeron dengan soket 7.

klon ialah komputer yg dipasang sendiri menggunakan komponen yg standard. harganya 
murah, senang di upgrade dan kalau rosak senang betulkan.

branded ialah komputer keluaran syarikat besar macam dell, gateway2000, acer, sapura, 
mimos, compaq ... komponennya tak boleh ditukar ganti dengan komponen syarikat lain. 
support memang bagus tapi syarikat branded ni lebih pentingkan pengguna komesial dari 
pengguna persendirian. bila tempoh jaminan tamat, bayaran after sales servisnya mahal. 
apa-apa hal kena bawa balik agen/wakil penjual sebab kedai lain tak boleh@tak reti 
betulkan.

Branded tak mesti lebih bagus. Tak caya sila lawat laman  http://compaqsucks.com/ 
Tentang jenama acer pula sila tanya kawan-kawan dari infomatics ...

Ada orang kata pasang komputer sendiri lebih murah ... sebetulnya beli yg sudah siap 
lebih murah dari pasang sendiri. malah kebanyakkan kedai komputer bagi peluang kita 
mahu ini tukar itu tak mahu ini  Technician (juruteknik) dikedai mempunyai spare part 
untuk ditukar ganti kalau komputer yang dipasang tersebut menimbulkan sebarang 
masalah. sebaliknya kalau beli part dan pasang sendiri di rumah akan menimbulkan 
risiko besar jika anda tersalah pasang atau memang ada part yang memang rosak 
(defective)

Cuba bayangkan kalau motherboard berharga rm300 dan cpu berharga rm400 anda keluar 
asap biru sebaik saja anda tekan suis on.

cpu yg laju tak mesti internet jadi laju atau prestasi komputer laju. cpu ni ibaratkan 
macam injin kereta. kelajuan injin diukur dengan rpm manakala kelajuan kereta diukur 
dengan kmj/mph. Injin saja laju belum tentu jalan laju. Banyak faktor lain yang 
mempengaruhi seperti gear, tayar, minyak, rangka, rekabentuk jalan dan sebagainya.

Untuk mendapatkan prestasi komputer yg bagus (utk kegunaan biasalah) carilah : 
= cpu yg murah sekali (yg paling rendah dalam kelasnya yg masih dijual) 
+ motherboard yg bagus (no built-in), ada printed manual dan ada laman web sendiri 
+ memori bermutu tinggi (branded high grade) 
+ hdd laju (7200 rpm) 
+ cd-rom 40x (genius/aopen/LG/asus) pastikan bukan jenis bising masuk cd terus pusing 
+ligat selama ada cd dalam tray cd-rom.
+ kad gambar 8mb sudah cukup (eg s3 savage4) 
+ sound card murah rm40.00 (sound blaster compatible) 
+ speaker mini hi-fi beli sekon hand 
+ keyboard yg sedap tangan memegang (microsoft natural keyboard) 
+ mouse yg tak ada bebola (guna laser) 
+ monitor 17" (kalau nak murah jenis targa + jaminan 3 tahun) 
+ ups 1200va (mana tau ada blackout) 
+ external modem 56k/v.90 dual mode auto swith dgn Chipset "rockwell/conexant" 
+(thundercom/m2000/creative ...). Kalau mampu beli jenama USR
+ casing at/atx bergantung kepada motherboard. Cari minitower atau tower. 

Untuk printer ink jet pula : 
epson - gambar bagus tapi mesti beli ink asli. Kos penjagaan mahal. 
canon - printer kelas ekonomi, boleh guna dakwat isian semula 

Pastikan anda mendapat printed manual, driver dan software untuk motherboard, sound 
card, modem, vga, printer, monitor .....

utk internet langganlah dengan jaring. tmnet tak sesuai utk orang baru sebab nanti 
pening kepala.

untuk mendapatkan harga komputer terkini belilah the star setiap hari selasa dalamnya 
ada sisipan in-tech.

Home >> Panduan membeli komputer peribadi 
URL : http://hammer.prohosting.com/~infolink/


Link bagus : 

"What a Lot of Computer Makers Don't Want You to Know ? 
(Apakah rahsia yang pembuat komputer tidak mahu anda tahu ?)
http://www.overclockers.com/articles107/

Alami e-hidup bersama compaq !
http://compaqsucks.com/










 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke