*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petikan Berita dari Utusan 9/8/2000

"Sebanyak 29 anggota kumpulan Al-Ma'unah hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen
di sini atas tuduhan berperang atau cuba berperang atau menyubahati perang
melawan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri."

---kisah kami

Setelah kami selesai membincangkan satu projek pembinaan bangunan "ber"belas
tingkat di KL, kami singgah makan tengahari di sebuah hotel terkemuka di KL.
Kami sempat membaca petikan berita di atas. Sambil makan tengahari, seorang
jurutera di kalangan kami, berita ini sungguh pelik. Katanya "Mengapa kumpulan
Al-Ma'unah dituduh cuba berperang dengan Agong? Bukankah kerajaan BN kata
mereka patut dituduh atas kesalahan merompak dan membunuh?"

"Ya tak ya juga" kata juruperunding profesional sebelahnya. "Kalau didakwa
atas tuduhan nak lawan Agong, apa kena mengena dengan pembunuhan dua orang
polis tu?" 

"Ala...ini semua pembohong! Kerajaan cuba nak cari helah saja. Ini sandiwara
UMNO" kata bekas tentera, yang kini menjadi seorang ahli perniagaan yang agak
stabil sekarang ini. Beliau juga terlibat dalam projek pembinaan bangunan
tersebut.

Lantas, bekas tentera tadi menyambung, "Kau orang tahu tak...tak ada seorang
tentera yang siuman, kecuali tentera gila, yang percaya pada cerita Sauk ni.
Aku pernah dalam tentera, aku tahulah. Mana logik 15 orang dalam 3 pajero
bersama pelbagai senjata. Itu semua rekaan. Dah tu UMNO sekarang nak pergi
round buat road-show nak cerita tentang Sauk pada rakyat. Apa UMNO tahu pasal
berat senapang, berat peluru, apa UMNO tahu pasal pergerakan dalam hutan,
bukit...., kenapa tidak polis aja atau askar aja buat taklimat, kenapa mesti
UMNO....buat cerita lawak lah dia orang tu...." katanya dengan penuh sinis.

Saya menyampuk, "...tapi rakyat umum tak faham ni semua. Kalau kerajaan dakwa
dia orang bawah Seksyen 121 nak lawan Agong...maknanya, siapa pembunuh polis
sebenar tidak di ketahui, siapa pembunuh kumpulan Al-Ma'unah juga tidak
diketahui. Ini satu penganiyaan ke atas orang yang kena bunuh....manalah
tahukan mungkin teori yang kata pembunuh ke atas ketiga-tiga orang itu ialah
Siput Babi yang menyamar dalam kumpulan Al-Maunah...sampai hari ini report
post-mortem mayat masih belum diketahui lagi....jadi dengan dakwaan lawan
Agong ni, kerajaan cuba menutup satu komplot pembunuhan misteri ini..."

"Aku pun rasa macam tu jugalah...cuba engkau bayangkan, bila kerajaan dakwa
atas lawan Agong, sebenarnya UMNO nak heret rakyat Melayu khususnya supaya
akur dan terima aja dakwaan ini kerana orang Melayu memang tunduk dan hormat
pada raja-raja...jadi orang yang kena bunuh akan dilupakan...sebab kalau
didapati bersalah, maka orang Ma'unah akan dihukum mati...dan tutup kes..."
kata arkitek muda di sebelah saya.

"Aku rasa kes Ma'unah ini kes konspirasi macam kes Anwar juga....lepas tu
lak...si Agustine Paul gula hacks tu, Musa Hasan, dan Ghani Patail pulak jadi
team yang menguruskan kes ini...sape nak bet...keputusan hakim tua tu nanti
ialah kumpulan Ma'unah di dapati bersalah...Amin dijatuhkan hukum bunuh, yang
lain dipenjara seumur hidup...tapi yang pentingnya, kalau ikut skrip Mahathir,
...kumpulan Ma'unah di dapati bersalah biar pun terdapat banyak keraguan dalam
kes ini...tengoklah kalau tak percaya..." kata jurutera tadi.

"Kau orang ni kan...pandailah...aku ni lawyer company aja...sistem
undang-undang dan kehakiman sekarang ni sebenarnyanya dah tak boleh
pakai...aku lawyer aku tahulah...semua keputusan ada pada Mahathir...kes Anwar
tu, dah ada skrip keputusannya...aku rasa kes Ma'unah ini pun sama aja,
Mahathir dah siapkan keputusannya....rakyat terima ajalah...aku tak tahulah
apa nak jadi dengan sistem kehakiman kita...memang tak boleh percaya, tak ada
credibility lagi dah..."...mencelah peguam syarikat kami.

"Apa pelik pulak...negara kita sekarang ni diperintah oleh diktator tua...
semua keputusan kat dia..punya banyak keraguan dalam kes Anwar tu pun, hakim
boleh kata Anwar salah....kalau dah dalam kes Anwar punya dahysat mereka
hentam habis-habisan...dalam kes Ma'unah ni lagi kacang. Lagi pulak, kalau
Anwar, bekas TPM dan Timb Presiden UMNO tak selamat, tak payah cerita lah
kumpulan Ma'unah...lagilah tak selamat...semua rakyat dah tahu dah hukuman
yang akan dijatuhkan oleh hakim gula2 hacks tu....dai tolong bacan skrip
Mahathir aja...macam si Jaka tu lah, dia baca skrip Mahathir, Anwar
bersalah..." kata bekas tentera itu.


Begitulah antara isi perbualan kami di sebuah hotel terkemuka di KL. Kami
orang profesional dan ada pula bekas tentera. Malangnya, orang kampung dan
orang tidak mudah dapat maklumat sudah tentu tak tahu apa yang BN-UMNO sedang
buat. Malang, malang negara yang punyai pemimpin seperti orang-orang UMNO yang
hanya tahu jaga periuk nasi dan kaki angguk saja...






____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to