Assalamualaikum
 
Bab politik memang saya belum matang..Tapi izinkan saya memberi pandangan....
 
Memang kita wajib hormat pada ibu bapa kita sebab dah susah payah membesarkan
kita, cukup dengan segala kelengkapan yang diperlukan. Dan kita memang
masih wajib hormatkan mereka, walau sekalipun mereka berlainan pegangan(agama).
Tapi untuk mengikut adat, budaya dan tingkahlaku mereka yang mungkin boleh menggugat syahadah kita
itu sama sekali tidak boleh.
 
Dan kalau ibubapa kita itu Islam sekadar namanya sahaja...kita sebagai anak, kalau sayang dekat
mak bapak, mestilah bersungguh-sungguh ajak mereka agar kembali ke ajaran Islam yang
sebenarnya..Rasanya dalam hal pemerintah negara kita, dah ramai Ustaz-Ustaz yang sayang
kat pemimpin-pemimpin, dah disampaikan ilmu yang ada, sebab tak mahu mereka ni terjerumus ke dalam
neraka, tapi kerana ego dan maruah yang tak bertempat, bukan sekadar tak dengar,
diaibkan mereka ini, diperlakukan yang tidak sopan, ditampar, dikeji dan sebagainya...
 
Dan kalau dikaitkan dalam institusi keluarga, kalau anak cuba tegur dengan sopan, tapi ditamparnya kita,
dicemuh, dikatanya kita anak derhaka, pasti timbul rasa hiba sebab sedar, kalau mereka ''pergi'', bukan syurga tempatnya
Tapi kalaulah makbapak kita bukan setakat menghina kita, tapi tergolong dalam kumpulan yang memang
nak menyesatkan kita dan rakan2 seagama, rasanya kalau dah tiba di satu tahap dimana perbuatan mereka
dan geng-gengnya memijak-mijak agama dan mengganggu-gugat institusi masyarakat Islam serta
memang tidak dapat diajak bertaubat lagi, tentang tetap tentang walaupun hati tetap berdoa....
 
Tapi rakyat Melayu Malaysia selalu kata, kita tidak boleh tak berterima kasih kat Mahathir sebab dah beri kemudahan
pada kita, sama lah kita hormat kat mak pak kita sebab membesarkan kita. Kenapa?
Sebab mereka lupa bahawasanya lalai-lalai ibu bapa kita, mereka masih berdoa untuk kita jadi anak soleh dan solehah, dan bukan yang jenis bina night club, jenis yang menyumbang ke arah maksiat, tapi ramai dari jenis yang ke masjid bila hari tua dah menjelang..
Walaupun agak lambat, tapi masih sedar, diri ini milik siapa..
 
Masalahnya dalam hal kerajaan, kalau dah kerajaan tu yang jenis beri kelulusan nak bina casino,
bukak club malam, dia pun suka kalau anak dia tak pakai tudung, macamana? Patutnya bila dah dilaung-laung
negara kita ni negara Islam, pemimpin kita pun mestilah berwatak Islam..Tapi bukan sekadar keluarga kurang kain,
malah ditertawakan mereka yang menutup aurat,kolot kononnya...Pemimpin itu jadi contoh, jadi kita pun kenalah perbodohkan
orang yang pakai tudung dan ramai-ramai pakai ketat2??
 
Ramai juga yang kata, alah....kalau anak tu tak betul, apasal salahkan kerajaan? Mak bapak tu yang tak betul ajak anak?
Tak tahulah pandangan orang lain, tapi dari pengalaman, tak kira betapa hebat bekalan agama yang mak bapak bekalkan,
tapi bila berseorangan, faktor lain wajib diambil kira..Ambil contoh, budak baik kena belajar kat KL,let's say kat Sunway College..
Sekali keluar, nampak kedai main game kat depan kedai makan..Hari pertama, Isyyy..tak baik...Hari kedua, pergi makan ramai2,
balik sorang2, sebab kawan2 lain bertandang kedai game tu, maka setan pun berbisik2,''Apa yang bestnya dalam kedai game tu?
Curios aku''...Akhirnya baru tiga hari dia pun join sama...Lagi satu dugaan, acara tahunan dekat Sunway Lagoon tu...apa tah namanya,
saya pun pergi juga waktu zaman teramat jahil dulu, MASYAALLAH, kat tempat orang mandi2, anak2 Melayu (Islam I guess), dah lah pakai bikini, campur lelaki perempuan dalam satu kumpulan...Yang paling geli ceewaahh, ada muka2 yang kita kenal pun tiba2 hari tu lupa diri pula..
 
Kesimpulannya, tak kira hebat mana, kalau dah bahan maksiat tu depan mata, kita ni ibarat seekor kucing, walau masuk kelas kucing bistari kononnya pandai behave diri, bila ada ikan depan mata, akhirnya menerkam juga...Itulah besarnya sumbangan kerajaan dalam ''mendidik''  anak buahnya...
 
Saya ni masih menuntut, jarang2 balik Malaysia.Tapi setiap kali balik, saya rasa perubahan ketara anak2 muda di negara kita..
Sekali tu, bila balik, terkejut gila dah ramai orang perempuan kita pakai dress pendek, sleevless dan yang terbonjot dua kat depan tu macam nak terkeluar..Macam kat luar negeri you..Kalau omputih paham lah aku..Tak bermoral dan jarang berpanas...Ini lahir pun kat hospital tak da aircond...Yang peliknya baru2 ni aja, sebelum2 tu, tahan pulak panas...
Dekat sini dapat TV Turki...Dulu asyik la kerja ngutuk diorang ni, tapi percayalah, kita sedang bergerak menuju ke arah yang sama dipilih oleh orang Turki sendiri, kalau kta masih dibawah pimpinan yang sama...
 
Dan pasal PAS, kalau depa tak kotakan janji, next time pilih parti lain pulak, tapi yang ada teras Islam lah, Islam tulin tau, bukan separuh2...Tapi apa yang pasti, Allah tahu niat kita pilih PAS, dan  kita tahu kerajaan sekarang jauh dari mampu nak menegakkan hukum Allah di bumiNya, dan kita juga tak mahu bersubahat dengan mereka yang mencaci agama-Nya..
 
Sekian..Wassalam...
Ummu Raihan@ Fatimah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kirim email ke