Assalamualaikum warga Hizbi
 
Saya ada menerima satu respon berikutan email saya pasal ''Tahniah buat PAS'' beberapa hari lalu..
Let's just call its pengirim En BJ.  
 
Antara yang ditulis:
''aku nie bukan aper, cuma nak beritahu kat hang, kalu nak buat yang baik atau yang jahat terpulang ler
pada seseorang tu'' dan ''kalu kerajaan/pemerintah nak buka dangdut ker, kelab malam ker, itu dia yang kena jawab diakhirat
kelak dan bukannya kiter nie''.
 
Hmm...mula2 ingat tak nak balas, sebab rasanya isu2 sebegini dah banyak dibincang dan diterangkan oleh warga hizbi.
Dan teramatlah hairannya kenapa masih ada yang tak mengerti lagi? Tak boleh lah nak salahkan En BJ semata-mata..
Mungkin kita warga Hizbi ni sendiri tak berhemah bila berhujah kot..(termasuk la saya, mintak maaf ye)..Tu orang baca sekali, terus delete..Apatah lagi nak baca dua tiga kali...
 
Buat En BJ, apa yang En tulis ni dah masuk bab hal aku, hal aku, dan hal kau, hal kau....Takkan la kalau seseorang tu buat jahat, kita buat tak tau aja...Tegur2le dia...Takkan nak tegur anak-beranak cuma...Takkan kalau ada orang nak mencuri, En BJ nak kata...''Terpulang laa''...Macam tak ada perpaduan ummah pulak..
 
Dan pasal isu kerajaan tu, kalau gitu kisahnya, buat apala ulamak-ulamak negara beria-ia pakat sertai PAS, hendakkan kuasa memerintah Malaysia? Dan berbekalkan kuasa itu untuk menegakkan hukum Allah di bumi kita? Buat apa susah2 berjuang, last2 masuk syurga gak, kan kerajaan aja yang kena tanya...
 
Ada satu kawan BOSNIA yang begitu sedih bila melihat kami rakyat Malaysia masih tahu bersolat, dan dia tidak. Bukan dianya malas...
Tapi memang dia tak tahu caranya..Menurut ceritanya, ada satu tahap di Bosnia,di mana sesiapa yang melakukan perbuatan yang ada ciri2 Islam, di diskriminasi sepenuhnya...Nak kerja susah, nak cari makan pun susah...Semuanya susah..Akhirnya terpaksa gadai agama sebab nak hidup..
Akhirnya ramai generasi muda yang tak tahu Fatihah tu apa...Emmm...Sebab itulah kita kat Malaysia jangan beri muka bila ada yang perleceh agama..Mula2 diperleceh, bila takda yang melawan, naik syekh le jawabnya...Jangan nanti anak cucu kita terpaksa tukar agama hanya kerana segenggam nasi sahaja....Na'uzubillah...Kita ni kalau berjuang janganlah untuk kita seorang, cuba fikir keturunan yang mendatang......

Mintak maaflah, saya ni berhujjah tanpa sebarang nas atau hadith dsb...Baru aja nak melangkah ke alam Islam sebenarnya..Ilmu belum lagi 0.000000000001%...Kalau sesiapa nak bagi ayat Quran ke, boleh gak..Kongsi2 le ilmu tu...
 
OKla..setakat ni dulu..Ada lagi saya nak kongsi dari email En BJ ni..Tapi nak layan suami tercinta ngan anak tersayang pulak...
 
Ok...I love you guys, my brothers and sisters in Islam....
 
Wassalam...
 
Ummu Raihan @ Fatimah
 
 

Kirim email ke