*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya satu perlantikan yang dianggap "luar tabii" UMNO telah berlaku. 
Anak Pak Toyo telah dipilih menggantikan Pak Abu Hassan Tan..
Yang menggelikan hati banyak jugak orang ialah lantikan tersebut sama sekali 
tidak dijangka dan disangka oleh sesiapa, hatta anak Pak Toyo sendiri. Bukan 
sahaja TMB dan EXCO's yang berangan nak jadi MB yang terkejut, malah Mike 
Tyson pun dengar khabarnya terkejut beruk dengan lantikan tersebut sebab 
beliau masih berhasrat untuk kembali merajai WBC. Tapi macam kebiasaannya 
selepas pengumuman dibuat,  semua pihak menyatakan mereka akur dan akan 
memberikan kerjasama. Cuma bentuk kerjasama yang macamana yang akan 
diberikan, itu sama-samalah kita perhatikan!Sebabnya sejarah di Selangor 
telah banyak memaparkan sepak terajang dikalangan mereka.

MB baru ni adalah dari latarbelakang keluarga orang kampong yang bukan 
sahaja memahami keperitan hidup golongan marhain malah beliau sendiri lahir 
dan membesar dalam kehidupan yang penuh kedhaifan. Kita berharap beliau 
tidak akan menjadi si Tanggang moden apabila sudah bertakhta di Bukit 
Megawati tu nanti. Manusia ni kadang-kadang akan lupa asal usul dan lupa 
diri bila telah "dipinjamkan" kuasa, diberikan kemewahan dan lebih-lebih 
lagi bila "diagungkan".

Selain dari itu, beliau juga seorang doktor! Kata orang lama-lama, doktor ni 
lain pesen sikit kerenah mereka bila berpolitik. Approach doktor biasanya 
lebih kepada practicality kalau dibanding dengan golongan lain. Kerana 
itulah kita dah lihat sendiri " Maha Doktor" yang memotong kaki, tangan dan 
macam-macam anggota lain, bila di dapati berpenyakit! Dia jarang nak cuba 
rawat secara konvensional atau tradisional. Jangan pulak doktor ini 
mengamalkan cara kerja lama beliau sebagai Doktor Gigi bila dah jadi MB. 
Kalau orang sakit gigi jumpa Doktor Gigi, lain tak ada... tampal, cabut atau 
dibaginya gigi palsu! Kalau dah jadi MB, jangan pulak nak buat hal yang 
sama!
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke