*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Berakhirnya penantian pemilihan pengganti mantan MB S'gor bermula pula
spekulasi berapa lama anak keturunan dari Jawa Tengah, Dr Md Khir Toyo ini
mampu bertahan. Sedia maklum beliau hanya memegang Ketua Pemuda Bahagian di
samping ketua biro agama pemuda umno. Hubungan beliau dengan ADUN lain
umpama freshie dengan pelajar tahun akhir di universiti. Masih terlalu
junior. Beliau akan teramat berhati-hati dalam tindakannya dan memerlukan
sokongan dari yang senior. Pastinya dari mantan MB iaitu TS Muhammad bin
Muhammad Taib. Sebab itu yang tersenyum lebar ialah TS Muhammad bin
Muhammad Taib. Bukan sahaja dinaikkan kepada ketua perhubungan negeri tapi
MB yang baru juga perlu berada di bawah naungannya, khususnya bagi
menjinakkan ADUN senior lain.
Sebenarnya PM tidak memilih dari ke-11san calun awal kerana sebahagian besar
mereka juga adalah calun yang dikemukakan sebelum Dato' Abu Hasan dipilih
menjadi calun dahulu. Waktu itu alasan tersiratnya ialah tiada calun yang
benar-benar bersih, kini nyata termasuk yang beliau anggap bersih. Bila
calun itu juga dikemukakan untuk kali kedua ini terpaksalah ditolak. Kalau
tidak malu besarlah. Calun baru seperti Dato Zainal Sukom tidak sesuai
kerana terlalu rapat dengan TS mantan MB. Dia juga tak ada ijazah. Malu
besar anak selangor kalau dipimpin oleh MB yang tak berijazah. Macamn mana
yang membalas hujah Dr Hasan Ali yang ada PhD. Sebab itu ada calun senior
yang berjiran dengan putra jaya yang mengadakan sembahyang hajat di masjid
khariahnya yang dalam keadaan biasa hanya dilihat dari jauh sahaja untuk
termakbul doa supaya terbuka hati PM memilihnya jadi BM baru, akhirnya
terpaksa menggigit jari. Beliau paling tinggi hanya berkelulusan MCE.
Ampun berjuta ampun, bukan maksud saya memperkecilkan tokoh yang tidak
berkesempatan memasuki U, tapi dalam kes negeri S'gor saya berpendapat ini
amat penting. Sebab itu juga mengapa mantan MB memasukkan (Dr) pada awal
namanya. Beliau tahu (Dr) itu hanya ijazah kemormat. Bukan PhD, bukan
doktor perubatan (MBBS, haiwan, gigi, homeopati dll). Sebabnya supaya lebih
ghah. Tambah lagi bila timbalannya memang ada Dr.
Rezeki dah milik anak kampung Sg Burung. Beliau pasti tak cepat lupa bahawa
utara S'gor (Tg Karang, Sg Besar & Sbk Bernam) adalah kawasan yang paling
mundur dan paling miskin di S'gor walaupun di itulah nasi yang dimakan oleh
rakyat S'gor dihasilkan. Kawasan Sg Panjang yang diwakili oleh Dr Khir
adalah kawasan yang tidak ada 'pekan'. Yang ada hanya pekan Pasir Panjang,
Spg Lima, Sg Hj Durani. Pekan lain terlalu daif untuk disebut, seperti Sg
Nibung. Pekan pertama dan kedua pekan 150% Melayu, manakala yang ketiga
Cina. Semuanya ada persamaan, kebanyakan kedainya diperbuat dari kayu.
Siapa wakil rakyat ADUN dan Parlimen ?. Kini diwakili oleh orang kuat. MP
Tg Karang, Setiausaha Parlimen JPM. MP Sbk Bernam/Sg Air Tawar Timbalan
Menteri dan kini Adun Sg Panjang seorang MB. Tak pernah berlaku dalam
sejarah kawasan ini sejak berlaku penghijrahan penduduk dari Jawa, Kampar,
Kedah dan Banjarmasin ke kawasan subur ini. Dulu pernah diwakili silih
berganti oleh pemimpin senior S'gor, Dato Kamruzzaman MP/ADUN, Dato Taiban
dan Dato (TS?) Mustaffa Jabar. Tapi pembangunan yang dikecapi terlalu
minimum.
Semuga daerah termundur akan lebih maju. Tapi dengan syarat utama TIDAK
tergadai seperti di daerah lain.
Terima kasih.
----Original Message Follows----
From: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* MB Baru, Selangor.
Date: Mon, 21 Aug 2000 08:51:15 GMT
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya satu perlantikan yang dianggap "luar tabii" UMNO telah berlaku.
Anak Pak Toyo telah dipilih menggantikan Pak Abu Hassan Tan..
Yang menggelikan hati banyak jugak orang ialah lantikan tersebut sama sekali
tidak dijangka dan disangka oleh sesiapa, hatta anak Pak Toyo sendiri. Bukan
sahaja TMB dan EXCO's yang berangan nak jadi MB yang terkejut, malah Mike
Tyson pun dengar khabarnya terkejut beruk dengan lantikan tersebut sebab
beliau masih berhasrat untuk kembali merajai WBC. Tapi macam kebiasaannya
selepas pengumuman dibuat, semua pihak menyatakan mereka akur dan akan
memberikan kerjasama. Cuma bentuk kerjasama yang macamana yang akan
diberikan, itu sama-samalah kita perhatikan!Sebabnya sejarah di Selangor
telah banyak memaparkan sepak terajang dikalangan mereka.
MB baru ni adalah dari latarbelakang keluarga orang kampong yang bukan
sahaja memahami keperitan hidup golongan marhain malah beliau sendiri lahir
dan membesar dalam kehidupan yang penuh kedhaifan. Kita berharap beliau
tidak akan menjadi si Tanggang moden apabila sudah bertakhta di Bukit
Megawati tu nanti. Manusia ni kadang-kadang akan lupa asal usul dan lupa
diri bila telah "dipinjamkan" kuasa, diberikan kemewahan dan lebih-lebih
lagi bila "diagungkan".
Selain dari itu, beliau juga seorang doktor! Kata orang lama-lama, doktor ni
lain pesen sikit kerenah mereka bila berpolitik. Approach doktor biasanya
lebih kepada practicality kalau dibanding dengan golongan lain. Kerana
itulah kita dah lihat sendiri " Maha Doktor" yang memotong kaki, tangan dan
macam-macam anggota lain, bila di dapati berpenyakit! Dia jarang nak cuba
rawat secara konvensional atau tradisional. Jangan pulak doktor ini
mengamalkan cara kerja lama beliau sebagai Doktor Gigi bila dah jadi MB.
Kalau orang sakit gigi jumpa Doktor Gigi, lain tak ada... tampal, cabut atau
dibaginya gigi palsu! Kalau dah jadi MB, jangan pulak nak buat hal yang
sama!
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>