>
>
>Note: forwarded message attached.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


BA BERTEMBUNG DI UPM ???

Pilihanraya MPPUPM akan diadakan pada 30 Ogos 2000 ini. Sehari dua ini banyaklah 
risalah dn sticker yang diedarkan oleh pihak-pihak yang bertanding.

Sebagaimana yang diketahui , kampus-kampus IPTA selama ini dikuasai oleh mahasiswa BA 
yang pro PAS . Cuma baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan BA di UiTM selepas 
UUM jatuh pada tahun lepas.

Apa yang agak merunsingkan saya adalah pertembungan golongan mahasiswa BA di UPM . 
Satu daripada golongan pro PAS (PMI) dan pro KeADILan (GEMA). Perkara ini tidak 
sepatutnya berlaku dan golongan pimpinan di luar sepatutnya peka dengan keadaan anak 
buah masing-masing.

Seingat saya , golongan PMI telah lama bertapak sejak zaman Saifudin Nasution 
hinggalah mereka tewas pada 1993. Namun golongan PMI mulai mendapat sokongan mahasiswa 
mulai sesi 1998 hinggalah kini.

Setahu saya , GEMA adalah dipimpin oleh Yahya Jusoh , seorang yang sememangnya 
mempunyai 'dendam peribadi' terhadap PMI disebabkan pandangan dan idealisme nya tidak 
diterima oleh PMI . Bagi saya , perkara peribadi biarlah diselesaikan secara peribadi.

Pada tahun lepas , GEMA dikhabarkan meminta bantuan KeAdilan Serdang untuk memasuki 
pilihanraya MPPUPM tetapi tidak disokong kerana ia akan menyebabkan pertembungan 
dengan golongan Pro PAS.

Tetapi pada hari ini ,saya diberitahu bahawa GEMA dibantu oleh KeADILan Shah Alam. 
Saya ingin Sdr. Ezam mengambil tindakan segera bagi mengelakkan petembungan lebih 
parah , hanya disebabkan dendam seorang insan yang bernama Yahya Jusoh.

Walaupun Yahya banyak terlibat dan bekerjasama di luar kampus , namun tindakan beliau 
di dalam kampus amat tidak menyenangkan semua pihak , bukan sekadar sesama pelajar , 
malah staff seperti saya .

Kepada pihak pimpinan BA di luar sana , 'jenguk-jenguklah' anak buah masing-masing di 
dalam kampus . Jangan sampai tindakan tidak matang mereka membawa masalah kepada 
kerjasama BA pada masa akan datang.

_____________________________________________________________
Get free email for your site ---> http://mail.freeanwar.com
Please visit http://www.freeanwar.com


Kirim email ke