*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...hai...apa nak jadi dengan Johor ni, tak cukup air...tanah pun depa 
hantaq. Patut la.....Singapura rancak dok tambak keliling pulau!


Tanah diangkut ke Singapura -- Kastam sahkan berlori-lori dibawa dari Johor 
setiap hari

JOHOR BAHRU 22 Ogos - Kegiatan mengeksport tanah, batu dan pasir dari negeri 
ini ke Singapura menimbulkan tanda tanya apabila Pejabat Tanah dan Galian 
(PTG) Johor mengesahkan pejabat itu tidak pernah mengeluarkan permit eksport 
untuk bahan itu.

Malah PTG juga telah melaksanakan dasar tidak membenarkan eksport pasir dari 
Johor sejak awal tahun ini walaupun menerima banyak permohonan.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Kastam Eksais Diraja Johor, Abdul Rahman 
Abdul Hamid, berlori-lori tanah, batu dan pasir termasuk dari negeri ini 
masuk ke Singapura setiap hari melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua.

''Anda sendiri boleh lihat, jika anda ke bahagian eksport, mana-mana lori 
yang kebanyakannya muatan bertudung adalah lori tanah atau pasir,'' katanya 
kepada Utusan semasa dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah PTG Johor, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor 
mengesahkan bahawa dasar tidak mengeluarkan permit tanah dan pasir untuk 
dieksport ke negara jiran telah lama dilaksanakan.

''Setahu saya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan permit tanah dan 
pasir kepada mana-mana pihak di negeri ini untuk eksport,'' katanya.

Utusan menghubungi pihak-pihak berkuasa setelah menerima surat pembaca, 
Hamzah Abdul Rahman yang mendakwa tanah dan batu negeri ini dieksport ke 
Singapura yang digunakan untuk menebus guna tanah di republik itu.

Dalam suratnya itu, Hamzah dari Johor Bahru mendakwa tanah dan batu itu 
dieksport ke Singapura sejak bertahun lamanya dan tidak diendahkan oleh 
kerajaan negeri.

Mohd. Rashidi berkata, setiap tanah dari negeri ini yang ingin dieksport 
perlu terlebih dahulu mendapat permit PTG.

Menurutnya, tidak ada unsur penyeludupan tanah berlaku di negeri ini kerana 
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Tambak Johor akan memeriksa setiap lori 
yang membawa tanah untuk eksport.

Beliau berkata, kastam akan menghubungi PTG jika mendapati permit itu datang 
dari negeri ini kerana larangan mengeksport tanah memang menjadi dasar 
kerajaan negeri.

''Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengeksport tanah jika 
tidak memperoleh permit daripada PTG,'' katanya.

Beliau menegaskan PTG boleh merampas tanah dan lori jika terbukti pihak 
terbabit tidak mempunyai permit berdasarkan peruntukan di bawah Akta Tanah 
Negara.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pengeksportan tanah, batu atau pasir ke 
Singapura adalah satu perkara yang biasa dikendalikan oleh kastam.

Menurutnya, ia bukanlah barangan terlarang untuk dieksport.

Kata beliau, boleh dikatakan hampir setiap hari kastam membuat pemeriksaan 
ke atas lori-lori tanah, batu dan pasir ke Singapura melalui Tambak Johor 
atau Laluan Kedua.

''Ia tiada kena mengena dengan Jabatan Kastam. Permit membenarkan tanah, 
batu atau pasir ini dibawa ke Singapura adalah melalui PTG negeri,'' katanya 
ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, di bahagian eksport di pusat pemeriksaan kastam bagi 
kedua-dua laluan, terdapat pegawai PTG yang mengendalikan proses-proses 
pengeksportan.

Beliau memberitahu, pengeksportan bahan-bahan tersebut bukan sahaja dari 
Johor tetapi juga negeri lain.

''Kita juga tidak mengenakan sebarang cukai bagi pengeksportan tanah, batu 
atau pasir,'' katanya.

Abdul Rahman menjelaskan, kerja-kerja mengawal pengeluaran bahan-bahan 
tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.

''Kita cuma memeriksa permit dan memastikan tiada bahan-bahan larangan 
kastam yang diseludup keluar dengan menyorokkannya di bawah timbunan tanah 
atau batu itu.

''Boleh atau tidak boleh eksport, anda kena tanya sendiri Pejabat Tanah dan 
Galian,'' katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Mohamad Kasbi pula berkata, 
beliau menyedari ada berlaku kecurian pasir laut di negeri ini terutama di 
pesisir pantai Pontian dan Gelang Patah untuk 'dijual' ke Singapura.

''Kita telah maklumkan kepada PTG, tanyalah mereka,'' katanya sambil 
menambah kerajaan negeri menyedari aktiviti itu berikutan rungutan daripada 
nelayan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Jimmy Low 
mengesahkan Johor hanya mengeksport batu dan pasir ke Singapura.

''Kita ada eksport batu dan pasir, tapi bukannya tanah ke Singapura dan 
semuanya perlu ada permit PTG,'' katanya.

Beliau menjelaskan batu yang dijual ke Singapura itu pula mestilah mengikut 
saiz yang ditetapkan.

Oleh: FAUZIAH AROF dan MIR AZRI SHAHARUDIN



--------------------------------------------------------------------------------
© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke