*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tajuk hangat di h-net iaitu ‘One Ummah …’ dan di jihad
egroup iaitu pemisahan politik dgn islam saya rasakan
amat sinonim. Justeru itu izinkan saya memberikan
pendapat, dan terlebih dahulu saya memohon maaf jika
pendapat saya ini menyinggung mana-mana pihak.

1. Kebanyakkan org bila disebut politik, maka secara
otomatik akan mengaitkannya dgn parti-parti politik.
Bagi mereka, politik hanya berkisar kpd parti politik,
undi dan p/raya. Mereka yg tidak terlibat dgn parti
politik maka akan dikatakan tidak berpolitik.

Sebenarnya, kalau politik atau siasah itu dikaitkan
dgn satu kaedah / strategi pentadbiran dan pengurusan,
maka secara tak langsung kita semua sedang berpolitik.
Bagaimana kita mengurus jemaah, mengurus organisasi,
menyusun strategi pemasaran, mentadbir personel, hatta
pengurusan r/tangga juga semuanya itu dikatakan
berpolitik. Bukankah setiap individu menjadi pemimpin,
sekurang-kurangnya kpd keluarga atau diri sendiri?

2. Bila merujuk kpd politik demokrasi bagi merebut
kekuasaan dan pemerintahan negara, jarang kita
mempersoalkan apakah sistem demokrasi itu sendiri
berasal dari islam ataupun tidak. Adakah pernah
dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat ataupun
tidak? 

Seringkali bila membincangkan isu tareqat dan tasauf,
maka akan ada mulut-mulut gatal yg mengatakan tiada
contoh dari Rasulullah saw. Begitu juga bab maulid,
zikir dsbnya. Semuanya itu bid’ah. Bagaimana dgn
politik demokrasi? Mungkinkah ia juga bid’ah.

Pasti akan ada yg akan menempelak saya bahwa saya
tidak faham maksud bid’ah.  Satu hal ibadah dan satu
hal dunia. Benar! tetapi jika ada yg beranggapan
demikian, maka secara tak langsung mereka juga
berfahaman sekuler kerana memisahkan antara hal-hal
dunia dgn ibadah. Secara tak langsung juga
memisahkannya dari Islam. Jika demikian, maka
sia-sialah anda yg berparti politik kerana usaha anda
tidak dianggap sebagai ibadah.

3. Apabila dikatakan yg politik demokrasi itu bukan
dari Islam, maka apakah boleh umat Islam menubuhkan
parti politik dan menyertai p/raya? Jawabnya, ada yg
mengatakan boleh, dan ada yg mengatakan tidak boleh.
Masing-masing ada nas dan dalil. Wallah hua’lam.

Tapi apa yg lebih penting, adakah penyertaan parti
Islam itu telah benar-benar menurut hukum syara’ dan
kaedah Islam? Apakah matlamat, pendirian, strategi dan
perjalanan pentadbiran dalaman parti sudah benar-benar
Islam? Ini yang perlu ditekankan. Kalau diambil contoh
parti Islam dirantau ini, boleh dikatakan terlalu
banyak kelemahannya.

4. Ada yg mengatakan juga bahawa politik itu tidak
kotor. Tidak keji. Tetapi org-org politiklah yg
menjadikan ianya keji, kotor dan jijik. Jika itu
benar, maka kita harus berfikir sekali lagi, apakah yg
perlu diubah? Adakah sistem demokrasi itu sendiri,
kerusi tampuk pemerintahan negara atau negeri, atau
hati org-org politik itu sendiri? Selagi hati-hati org
politik itu masih kotor, apa juga tindakan atau
program yg mereka laksanakan pasti akan menjadi lebih
mirip kpd maksiat dan kehancuran.

5. Ada juga pihak yg beranggapan bahawa hanya dgn
berpolitik sahaja yg sesuai dan dibenarkan oleh
undang-undang pada masa ini. Jika kaedah berpolitik
ini diharamkan, mungkin kaedah lain terpaksa
dilaksanakan. Ie jihad bersenjata. Apakah itu satu
pandangan yg bijak? Adakah hanya itu sahaja kaedah
perjuangan Islam?

Sebenarnya anggapan sedemikian timbul secara tak
langsung apabila tertubuhnya parti Islam, ie PAS.
Sesetengah ahli dan pemimpin PAS mengatakan bahawa
menyertai PAS adalah wajib. ‘Hizbullah’ telah
dimaknakan dengan Parti Islam Se Malaysia. Jika
demikian benar, apakah jemaah Islam yg lain tidak
tergolong dlm golongan hizbullah? Dgn anggapan ini
jugalah maka umat Islam hanya didedahkan dgn ideologi
‘perjuangan Islam hanya melalui parti politik PAS’.
Terlindunglah jasa dan perjuangan jemaah lain.
Tertutuplah pintu perjuangan Islam melalui bidang
pendidikan, ekonomi, sastera, perubatan, sosial dll
termasuklah perjuangan Islam melalui DAKWAH.

Keduanya, mereka yg beranggapan spt diatas juga harus
menyoal ke dlm diri masing-masing, iaitu ‘sampai
bilakah aku harus berjuang melalui kaedah ini? sampai
bilakah aku akan beroleh kejayaan?’. Bukankah tanpa
disedari masa terus berjalan. Selama 43 tahun, betapa
sedikitnya kemajuan dan penerapan Islam yg dilakukan
oleh pemerintah umno dan BN, maka sedikit itu jugalah
kejayaan yg PAS perolehi. 

6. Malah lebih teruk lagi ada yg mengatakan bahawa PAS
itu Islam, dan Islam itu PAS. Mereka ini sudah tidak
dapat membezakan antara Islam, agama yg murni dan
satu-satunya agama yg diredhai Allah swt, dgn PAS,
satu parti politik dlm sistem demokrasi di Malaysia.
Mereka tidak takut dgn implikasi dimana segala
kelemahan PAS akan dikatakan kelemahan Islam. Pendapat
ini bukan lahir dari ahli bawahan, tetapi dari ahli yg
mendapat tarbiyah dari usrah-usrah PAS, serta
mempunyai kelulusan dari ILHAM.

7. Seperti yg dikatakan oleh beberapa sahabat, parti
politik Islam harus merenung balik kandungan Al Quran
yang mengisahkan ‘kemenangan golongan yg sedikit
mengalahkan golongan yg besar’. Adakah kisah tersebut
relevan dgn perjuangan melalui politik demokrasi yang
mengharapkan kemenangan undi majoriti? Adakah
perjuangan Islam hanya boleh dilakukan pada setiap 5
tahun sekali? 

8. Perlantikan pemimpin melalui parti politik juga
secara tak langsung telah menggugat keyakinan umat kpd
qada’ dan qadar Allah swt. Yang menang dilantik
menjadi pemimpin, menjadikan ia seorang wakil rakyat.
Bukan wakil Allah, bukan khalifah Allah. 

Yang kalah menuding jari kpd pihak lawan di atas
segala taktik kotor yg diamalkan. Rakyat dan umat
beranggapan bahawa sang pemimpin dilantik menjadi
pemimpin kerana menang dlm p/raya setelah diundi oleh
majoriti rakyat. Jadi, di mana peranan Allah? Bukankah
Allah yg melantik seseorg sbgi pemimpin, memberikan
seseorg kekuasaan, dan juga menjatuhkan seseorg dari
tampuk pemerintahan?

Sbgi contoh, bukankah Allah yg melantik MM sbgi PM
Malaysia ke-4? Mengapa MM? Adakah ia sebagai kurnia
Allah ke atas rasa hamba dan kesyukuran kita selama
ini, atau sbgi suatu bala’ dan ujian ke atas kelalaian
dan maksiat yg kita lakukan selama ini?

Kerana asyik menuding jari kpd pihak umno dan BN, maka
pemimpin PAS pun lupa utk menyeru seluruh ahli utk
muhasabah diri. Sbgi contoh, maka diadakanlah
program-program solat hajat beserta dgn qunut nazilah,
tapi alpa dgn solat sunat taubat dan tasbih. Memohon
kpd Allah akan menghancurkan musuh, tetapi enggan
merayu dan mengadu kpd Allah akan kelemahan dan
dosa-dosa sendiri. Lantas, bagaimana Allah ingin
memberikan kemenangan dan memperkenankan doa-doa kita
jika hati kotor dgn maksiat dan enggan bertaubat.

9. Seringkali juga mereka yg tersasar akan matlamat
perjuangan sebenar. Mereka menjadikan tampuk
pemerintahan sbgi matlamat akhir, bukan lagi sekar
sbgi alat. Justeru itu maka digemblenglah segala
kekuatan dan strategi utk mencapai matlamat ‘kuasa’
tadi. 

Kalau kita sedar bahawa politik Islam itu hanya
sekadar suatu kaedah perjuangan, sebaliknya matlamat
akhir kita ialah untuk mengajak umat / rakyat kepada
kehidupan islam, mengembalikan nilai kehambaan diri,
memburu cinta Allah, meninggikan syiar Allah, maka
kekuatan dan sumber-sumber parti akan diagihkan kpd
bbrp tujuan yg bukan setakat utk memancing undi
p/raya. 

Contohnya, saya ambil PAS, cuba kerahkan satu unit
dakwah yg bertujuan utk membuat kerja-kerja dakwah di
pedalaman Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Dekati
org-org asli. Juga kpd pelumba-pelumba haram, kaki
video game, golongan artis. Seru mereka kpd Islam.
Ajar mereka solat. TAK UNDI PAS PUN TAK APA, yg
penting mereka dpt amalkan Islam, kembali kpd cara
hidup Islam, menjadi insan yg soleh. Bukankah
perubahan diri seseorg drp tak baik kpd baik, drp tak
solat kpd solat itu lebih bererti drp sekadar lompat
parti atau memberikan satu undi.

Cuba kaji sirah Nabi saw hijrah ke Thoif, balingan
batu penduduk Thoif sekadar di balas dgn doa
kerahmatan dan kasih sayang kpd anak keturunan bumi
Thoif. 

Secara peribadi, saya tetap menyokong perjuangan Islam
melalui politik pilihanraya. Ia sbgi suatu kaedah
perjuangan. Namun saya amat mengharapkan agar
pendokong-pendokong politik ini berubah sikap.
Pendirian perlu konsisten. Kenal siapa musuh, siapa
kawan. Jangan asyik menuding jari kpd pihak lawan,
tetapi harus perbaiki kelemahan ahli dan pentadbiran
dalaman. Banyakkan program kebajikan. Perbanyakkan
usaha dakwah bagi mengajak masyarakat kpd Islam, bukan
sekadar merayu undi semata-mata. Insyaallah, Islam
akan bangkit ditangan tuan-tuan.

Yang baik dari Allah, sebaliknya yg buruk, yg salah
itu dari kelemahan saya sendiri, dari nafsu saya
sendiri. Hanya keampunan para sahabat dan keampunan
Ilahi yang saya harapkan. 

Wassalam.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke