*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Mail Administrator wrote: > This Message was undeliverable due to the following reason: > > Each of the following recipients was rejected by a remote mail server. > The reasons given by the server are included to help you determine why > each recipient was rejected. > > Recipient: <[EMAIL PROTECTED]> > Reason: Requested action not taken:user account inactive > > Please reply to [EMAIL PROTECTED] > if you feel this message to be in error. > > ------------------------------------------------------------------------ > > Subject: Nur Muhammad > Date: Fri, 25 Aug 2000 07:44:40 +0800 > From: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]> > To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] > > Assalamualaikum warah matullah hi wabarokaatuh. > > Nur Muhammad. > Saya terlebih dahulu memohon ampun kehadrat Ilahi sekiranya penulisan > ini tiada berkebajikan serentak mengeruhkan lagi > suasana perbincangan berkaitan tajuk di atas. Semua maklumat yang saya > perolehi adalah dengan menceduk daripada > penulisan mereka yang alim berkaitan Nur Muhammad, maka saya pohon restu > daripada setiap pengarang dan dzimmah > mereka yang mana bibit2 daripada usaha pengarangan mereka kedapatan di > dalam tulisan ini. > > Tujuan saya menulis semata-mata mendapat keridhoan Ilahi disamping > menjelaskan kepada sahabat netters yang semuanya > mahu kembali kepada Allah dan Rasulullah dengan keadaan aman dan tenang. > Bermakna sesuatu yang bukan dari sumber Al > Quran dan Hadis, ijma' dan qias adalah tertolak. > Mengikut faham saya ada sahabat netters menganggap membicarakan > berkaitan Nur Muhammad tiada di dalam nas dan hadis.Malah mereka yang > membicarakannya seolah-olah dianggap semata-mata sia-sia. > > Sepatutnya kita menyalahkan diri sendiri dan bukannya menganggap remeh > di atas setiap perbicaraan yang kita tidak berselera dengannya. > Sekali-sekala patut juga kita nikmati selera orang lain, semuanya itu > adalah menunjukkan Kebesaran Ilahi dan > kesempurnaan tarbiah para Rasul terhadap ummah. > > Skop berbincangan saya adalah mengenai Nas, Hadis dan Ulama Muktabar > serta kitab-kitab yang mengakui kewujudan Nur > Muhammad. > > Nas Al Qur'an > > Ayat 15 Surah Al Maidah. > "Sesungguhnya telah datang kepada kamu, daripada Allah iaitu Nur dan > kitab yang terang (al Qur'an)". > Diantara sekalian ulama mentafsirkan ayat ini yang mengertikan "Nur" di > sini ialah Nabi Muhammad S.A.W, tersebut di dalam > tafsir at-thabari, demikian juga Tafsir Ibnul Jauzi, lihat jilid 2 > halaman 317. Ibnu Hatim, al-Qurtubi dan Qatadah semuanya > mengatakan seperti demikian itu. Lihat Pembahasan Tuntas Perihal > Khilafiah, H.M.H. Al-Hamid Al Husaini, cetakan pertama, > Yayasan Al Hamidiy, Muharram1417H/Jun 1996, hlm. 86. Lihat Tafsir > Jalalain, juzuk pertama halaman 97. Begitu juga dengan tafsir al > Baidhawi baik yang berbahasa arab mahupun berbahasa Melayu yang di > tulis" Sanya telah datang kepada kamu agama daripada Allah Taala, cahaya > iaitu Nabi Shallalahu 'alaihi wa Sallam dan Quran yang amat nyata > ditunjuki (oleh) Allah Taala kitab itu orang yang mengikut keridhoan-Nya > kepada segala jalan yang selamat", Al-Baidhowi , jilid pertama, cetakan > Rukhshah Nazhzrah al-Jalilah, Istanbul, Turki, 21 Jumadil Ula 1302 H, > Hlm. 150. > > Pengertian hadis daripada ibnu Abbas R.A, Syeikh Nawawi al Bantani > mentarjemahkan: > > "Tiadalah yang dimaksudkan dengan Nur di sini yang dapat menerima > kegelapan, tetapi yang dimaksudkan dengannya (NUR) adalah yang sebenar > Allah Taala yang menjadikan Nur itu. Dan dinamakan dengan "Nur", tiada > diketahui kejadiannya kecuali hanya Allah saja. Dan ada pendapat > menyebut bahawa keadaan bentuknya atas rupa Nabi Muhammad s.a.w yang di > alam nyata (seperti rupanya sebagai manusia). Dan yang lebih selamat > berdiam diri dari memperkatakan yang demikian itu". Lihat Fath as Shamad > al A'lim, Matba'ah Dar al Kutub al 'Arabiah al Kubra, Mesir, 1328 H, hlm > 10. > > Hadis dengan lafaz yang sama adalah diriwayatkan, dari Ali bin al Husein > dari 'Ali bin Abi Thalib dari Nabi s.a.w dalam Al Anwar al Muhammadiyah > karya Syeikh Yusof an Nabhani. Hadis ini tidak ditolak oleh Al Hafiz > Abul Hasan 'Ali bin > Muhammad bin Qaththan di dalam Ahkam, yang mana beliau adalah seorang > tokoh ahli hadis yang sangat teliti. > > Lain-lain Hadis termaktub dalam Bahrul Lahut Karya Syeikh 'Abdullah > 'Arif yang semuanya kedapatan dalam Madarij as Shu'ud ila Iktisa' al > Burud karya Syeikh Nawawi Bantani dan Anwar al Muhammadiyah. Perawi > hadis ini ialah Abdurrazaq bin Hammam bin Nafi' as Shan'ani seorang > muhaddits berasal dari Yaman yang hidup antara tahun 126 H - 211 H. Imam > Bukhari (194-256 H) sendiri pernah mengakui hadis-hadis yang > diriwayatkan oleh Abdur Razzaq adalah terlebih shahih. > Sebagai contoh Imam Bukhari menyebut "Haddatsana Ishaq bin Manshur, > qala, Qala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...." Lihat Shahih > Bukhari, jilid 1, Matba'ah Al Amiriyah, Mesir, hlm 13. Beberapa maklumat > mengenai 'Abdur Razzaq > dapat disemak dalam Tahzibul Kamal Fi Asmair Rijal oleh al Hafiz > Jamaluddin Abi al Hajjaj Yusuf tahqiq Basya 'Iwad Ma'ruf, jilid 18, > cetakan pertama, Muassasah ar Risalah, Beirut, 1413H/1992M, hlm 52-56. > Yang jelas ulama muktabar mengatakan bahawa hadis (tak dapat di copy - > tiada scanner) adalah sahih tentang Nur Muhammad terlebih dahulu > dijadikan daripada sekalian makhluk. > > Senarai Ulama' yang membicarakan tentang Nur Muhammad beserta karangan2 > mereka. > > 1.Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jilani (470 -561 H) - Sirrul Asrar wa > Mazharul Anwar. > 2.Al Imam Sayuthi (849-911 H) - Ad Durarul Hisan Fil Ba'tsi wa Na'imil > Jinan. > 3. Syeikh Abdullah 'Arif - Bahr al Lahut. > 4.Al Imam al A'lamah asy-syeikh Ahmad Syihabuddin al Qasthalani - Al > Mawahibul Ladunniyah bil Minahil Muhammadiyah dan lebih daripada 20 > ulama' muktabar yang membicarakanya dan lebih daripada 20 negara yang > umat islam menadah dengan cara mengajar, belajar dan mendengar serta > beramal dengan kitab-kitab mereka yang telah sampai kepada darjah aulia. > Mereka juga telah tercatit dalam sejarah sebagai aulia allah dan > menyumbangkan seluruh diri dan harta benda terhadap Allah dan > Rasulullah. Dan sekirannya dihimpun sekalian ulama yang ada pada masa > ini dan ulama yang menentang perbicaraan Nur Muhammad tidak seorangpun > layak menjadi guru mereka. > > Bermakna Perkara berkaitan dengan Nur Muhammad bukan sahaja perlu kita > ketahui malah perlu kita selami demi mendapat keridhoan Allah didunia > dan akhirat. > Kepada mereka yang menganggap ia sesuatu yang remeh, eloklah mengkaji > balik agar tidak jahat adab/sangka dengan perkara yang benar di datangi > oleh Allah dan Rasulnya. Apatah lagi kita banyak mengambil pedoman dan > rujukan daripada kitab-kitab peninggalan ulama2 yang dimaksudkan tadi > > Wallah Hu Ta'ala A'lam ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>