*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

         Sedikit komen dari saya tentang system skybiz ni. Sekiranya 
saudari satu artikel daripada in.tech ( sisipan didalam The Star setiap 
selasa ) keluaran dalam bulan May, ada menyentuh pasal skynary ni dan jelas 
menunjukkan bahawa sistem ini sebenarnya MLM walaupun ahlinya mendapat 
ruangan webpage sebagai barang yg dijual dan dibeli. Penjualan ini 
sebenarnya sekadar untuk mengaburkan mata bahawa sistem ini bukan MLM

         Jikalau kita melihat tentang barang yg dijual yakni web space 
sebayak 5 Mbyte adalah terlalu mahal dengan harga USD125 setahun dengan 
kemudahan web yg disediakan, hanya 5 Mbyte, tak ada pop email account, tak 
ada kemudahan FTP , surport untuk cgi-bin dan lain kemudahan commercial web 
page. Webhosting lain dengan kemudahan web lebih banyak dengan ruangan web 
sebesar 5 Mbyte boleh didapati dengan harga USD 7.90 per month bersama 
dengan USD 94.80 setahun. Selain daripada itu ada banyak tempat untuk kita 
mendapat web space secara percuma seperti geocities.com, tripod.com, 
xoom.com, virtualave.com dan sebagainya dengan kemudahan web dan webspace 
yg jauh lebih besar sama ada 10Mbyte 15Mbyte dan ada yg sampai 500 Mbyte

         Dari segi lain kalau kita lihat, berapa ramai dikalangan mereka yg 
masuk skybiz ni yg menggunakan web space mereka untuk buat website atau 
homepage? Daripada apa yg saya lihat kebanyakkan mereka yg masuk skim ini 
hanyalah untuk mengejar keuntungan sahaja bukan untuk memahirkan diri 
dengan dunia IT ini.

         Jumlah yg dibayar jugak agak banyak berbanding dengan jumpa yg 
bakal dapat. Memang betul untuk hanya perlu cari 2 orang downline, tapi 
untuk melenkapkan satu pusingan downline anda perlu ada 50 orang dan 
symmetrical kedua-dua belah.. kalau tak akan dikira yg lebih sedikit. Jadi 
untuk anda mendapatkan pulangan USD500 (ini maksimum rasanya biasa dalam 
USD400 something je) anda dan downline anda perlu mengeluarkan sehingga 
USD6375 bersama RM24225!!!. Siapa yg untung di sini?
anda yg mendapat maximum of USD 500 atau skybiz yg mendpat USD6375? Ini 
untuk mendapatkan USD 500 sahaja, sekiranya untuk mendapat sehingga 
berpuluh ribu seperti yg war-warkan maka lebih banyak circle yg perlu 
dilengkapkan dengan ahli setiap cycle adalah 50 orang. Sekadar membuka mata 
kira sebab selalu yg menyertai skim ini hanya memikirkan apa yg mereka 
dapat sahaja dan tidak apa yg skybiz untung di atas angin
         Anda dapat                      skybiz dapat
         USD 500                 USD 6375
         USD 1000                        USD 12750
         USD 5000 = RM19000              USD 63750 = RM242250 !!!

Bukankah jumlah ini agak banyak sekiranya disumbangkan untuk aktiviti lain 
yg lebih bermanfaat atau didermakan untuk anak yatim dan sebagainya?

         Sekadar komen dari saya, bukan untuk merendahkan anda yg telah 
masuk skim ini  hanya sekadar membuka mata kita semua.



At 01:19 AM 8/27/00 +0800, you wrote:
>Assalaamu'alaikum untuk semua..
>Saya telah pun menjadi ahli skybiz 2000 mulai julai 2000 .. memang benar 
>apa yang dikatakan oleh kawan kita itu.. skybiz 2000 memang boleh di 
>yakini ... sebab dia beri kita komisyen setiap websitenya terjual melalui 
>web skynary kita...... skybiz bukan seperti MLM lain yang perlukan modal 
>yang banyak setiap bulan tetapi skybiz hanya USD 125 bersamaan lebih 
>kurang RM.480.75 setahun .. dan  dibaharui setiap tahun sebanyak USD
>100 sahaja.. Kita diberi web skynary dan satu lagi web kosong yang kita 
>boleh edit sendiri melalui panduan dari web skynary kita .. sebagai kursus 
>online untuk kita buat web sendiri dan pendidikan komputer ... jadi selain 
>dapat pendidikan, ramai kenalan dan pendapatan lumayan .. kita tak akan 
>rugi apa apa ... cubalah lihat web skynary dan skyboom saya di bawah ini 
>untuk lebih memahaminya.. jika ingin join , hubungi saya .. saya akan 
>bantu untuk sama sama kita boleh berjaya .. insyaAllah .. Saya telah 
>sertai sebanyak 3 nama iaitu saya telah beli sebanyak 3 website  .. untuk 
>saya dan dua orang anak saya ... dan anda boleh sertai melalui salah satu 
>web skynary saya dan anak saya di bawah ini ... panduan mendaftar ada saya 
>sertakan diweb skyboom saya .. silalah anda lawati web di bawah ini :
><http://www.skynary.com/noorymy/>http://www.skynary.com/noorymy/
>http://www.skyboom.com/noorymy/
><http://www.skynary.com/mradhie/>http://www.skynary.com/mradhie/
>http://www.skyboom.com/mradhie/
><http://www.skynary.com/dyana>http://www.skynary.com/dyana
>Jangan lepaskan peluang baik ini.. ramai telah berjaya mendapat pendapatan 
>dari ratus ribu, belas ribu ringgit malaysia hingga ratus ribu ringgit 
>malaysia ... upline saya di kl.. En. Mustafa, En. Kamisan, En. Amir telah 
>berjaya mendapat belasan ribu ringgit seminggu dan 2 orang cina Mr. Phang 
>dan Mr. Charlie di kl.. telah menjadi jutawan ... mereka mendapat antara 
>200 ribu dan 300 ribu sebulan dan sentiasa bertambah pendapatan mereka 
>yang diperolehi setiap minggu ... jadi marilah bersama mengambil peluang 
>ini ...  orang lain boleh berjaya, kita pun boleh... insyaAllah..
>terima kasih ... wasalam ...
>ikhlas dari saya :  noorymy/mradhie/dyana ..
>
>

*******************************************************************
#                    Islam Din'ul Fitrah                        #
*******************************************************************
#               Mohd Effandi Mohd Noor                  #
#       Webmaster Laman Koleksi Nasyid Islam            #
#               http://www.iio.org/nasyid                       #
*******************************************************************


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Effandi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke