*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum……kengkawan.

Dua minggu dah mencelah tak borak-borak……bukannya apa, sebok sikit. Kalau 
sebut soal sebok ni…….bukan nak tunggu berjawatan tinggi baru nak sebok, 
koli-kolipun sebok jugak. Tapi tak kisah le tu……nak cari rezki. Bila sebut 
pulak tentang rezki……..kebanyakkan orang akan imaginkan makan minum yang 
pertama sekali. Sebabnya dalam kehidupan seharian kita ni…kita memang 
cerewet tentang rezki makanan. Bayangkanlah…..bila kita berbelanja begitu 
mahal….sedang makanan yang kita ambil tak mencapai dengan selera kita (orang 
kelate kata…tak kecor lior).Tetapi bukan bermakna kita tak 
bersyukurrrrr……….sikit-sikit tu merungut jugak.Soal merungut ni tak kira 
la……pak aji ke…pak lebai ke…… tambah-tambah pulak dengan yang punya taste 
tinggi.

Dalam seminggu dua ni…….baik di radio, baik di tv…..orang dok melalak 
‘Merdeka…..merdeka……merdeka’ Bila sebut tentang merdeka ni……..mencelah 
teringat kelmarin dulu khutbah di masjid negara…..ustaz Pirdaus kata 
‘merdeka’ pun satu daripada rezki….yang kita perlu bersyukur, kalau tidak 
…bermakna kita kufur nikmat ‘kemerdekaan’. Tapi, nak syukur akan kemerdekaan 
ni…….sampai ke tahap mana?! 25%….50%…75%…..100%. Sebab tu mencelah kata 
….syukur nikmat makan minum yang paling mudah nak di ukur!

Bagi pendapat mencelah bila kita kata ‘Syukur Kemerdekaan’…..sebenarnya kita 
ada dua tahap kesyukuran.Pertama kita bersyukur dengan ‘rezki kemerdekaan’ 
dan keduanya bersyukur ‘nikmat kemerdekaan’. ‘Rezki’ ni…..bermakna sesuatu 
yang telah kita perolehi dari apa yang di hajati, manakala ‘Nikmat’ adalah 
manfaat ataupun faedah…yang kita perolehi daripada ‘rezki’ tersebut. Jadi , 
apabila kita mengecapi ‘rezki kemerdekaan’…..bermakna kita mengecapi ‘nikmat 
kemerdekaan’! Bagi kita orang melayu beragama islam……..yang menjadi tanda 
tanya kita sekarang sejauh manakah hak  kita di pertahankan dan di lindungi 
melalui perlembagaan yang di cipta untuk kemerdekaan. Dari hari ke 
hari….satu persatu di hakis……..bagaimana pula generasi setelah kita 
nanti!!??…….kau orang jawab seniri lah. Brahim katak kata ‘hidup umno……islam 
maju’!

Rezki Makan………
Minggu lepas mencelah gi makan di tingkat atas The Mall…..jadi mari si Mek 
jual tu tanya,  ‘abang nak makan apa?….nasi goreng melayu…ada, nasi goreng 
cina ada….’ Itu ada…..inipun ada……semuanya ada, kalau kita tengok dia punya 
menu saja …penuh sebelah dinding. Tapi, bila makan……nyesal , kalau tak makan 
lagi….sedap! Bukan mencelah nak kata….tapi benar, kalau kita nak makan dekat 
mana-mana warung….kalau tengok tukang masak dia lelaki……seratus peratus 
yakin memang sedap punya, kalau orang pompuan…..separuh yakin aje. Sebabnya 
kalau di rumah memang soal masak orang pompuan juara……sebab masak dalam 
kuantiti sikit, tapi kalau di restoran……masak dalam kuantiti banyak , jadi 
dia orang tak pandai nak agak sukatan perencah….jadi QC selalu out! 
Tapi…….bersyukur.

Rezki Sambal tumis………
Bila mencelah sebut tentang masak……teringat pada zaman dulu-dulu, masa zaman 
tok nek kita. Bila nak gi mekah……naik kapal laut, jadi kena bawak bekal 
macam-macam…….semua yang kering-kering, cabai kering….udang 
kering……belacan……sampai ke lesung batu pun dia orang bawak. Lagipun masa 
generasi tersebut, kebanyakan orang-orang tua ni…kerja sendiri. Jadi, dia 
orang dah besa makan berat-berat……sebelum turun sawah gi menajak. 
Walaubagaimana pengambilan makan heavy di pagi hari kini terikut-ikut di 
zaman kita…..yang bezanya kita tak turun sawah pegang tajak, tapi masuk 
pejabat pegang pen.

Soal bekal-bekal…sekarang ni nampak mudah sikit kalau nak banding dengan 
dulu. Sebab sekarang ibu bapa kalau anak ke luar negara…….bekalkan dengan 
‘Brahim’ aje……macam-macam ade. Tapi kalau kau orang nak jimat belanja untuk 
buat lauk untuk bekal senang aje….yang pentingnya makanan tersebut boleh 
tahan sekurang-kurang sebulan. Jadi mencelah cadangkan kau orang buat sambal 
tumis ikan bilis.

Caranya mudah aje……..kau orang punya sambal tumis boleh tahan sampai satu 
bulan! Pertamanya masa menumis……bawang , gunakan bawang yang di 
mayang-mayang sahaja……..’jangan’ gunakan bawang yang di kisar. Sebab, 
apabila bawang di kisarkan maka airnya akan keluar…..jadi air bawang lah 
yang menyebabkan sambal tumis tak tahan lama! Kedua…..ikan bilis hendaklah 
di goreng berasing dengan bawang tumisan, sebab, bila ikan bilis di goreng 
sekali dengan bawang……ikan tersebut akan menjadi lembek. Jadi goreng ikan 
bilis sahaja….untuk mendapatkan rasa yang keras(rangup).Ada orang semasa 
mengoreng ikan bilis…..di titisnya dua tiga titis cuka makan…..untuk membuat 
ikan lebih keras(rangup) Tapi, kalau kau orang guna cuka getah…..boleh juga, 
dengan ikan ….dengan kau orangpun keras.

Rasanya dah panjang mencelah borak…..permisi dulu.

[EMAIL PROTECTED]
(Hak Cipta Terpelihara)

p/s: [EMAIL PROTECTED]……….masa 30’an orang pompuan tak ambil kesah 
sangat tentang usia, kerana di rasakan diri ini masih muda. Yang terasa 
sangat tu  bila…..dah masuk 40’an.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke