*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum yang dikasihi.......


                 DOKTRIN HAKIKAT MUHAMMAD (Bahagian 4 Final)


(g) Insan Kamil Sebagai Penyebab (Cause) Terjadinya Alam Ini


Ibnul Arabi menerangkan rahsia kejadian makhluk ini. Yang Esa itu suka Ia 
dikenali dan dizahirkan, maka Allah menzahirkan Dirinya dalam bentuk Alam 
Nyata ini. Orang-orang Sufi gemar menyebut satu Hadis yang bermaksud :

"Aku adalah Harta (Perbendaharaan) yang tersembunyi dan Aku gemar diketahui, 
maka dengan itu Aku ciptakan makhluk dan melaluinya mereka mengenal Aku."

Kecintaan Yang Esa itu untuk melihat keindahan dan kesempurnaan-Nya yang 
terzahir dalam bentuk-bentuk, terutama sekali untuk diketahui oleh Diri-Nya 
dalam dan melalui Diri-Nya sendiri, mendapati kesedaran itu dalam Insan 
Kamil. Hanya Insan Kamil itu saja yang mengenal Dia dan menzahirkan 
sifat-sifat-Nya dengan sempurna. Insan Kamil mengenalnya dengan tidak syak 
dan ragu lagi. Bahkan dilihatnya Dia itu dalam alam hatinya.

Perkaitan Insan Kamil itu dengan Allah adalah seperti anak mata (pupil) 
dengan mata. Melaluinya Allah melihat makhluk-Nya dan melimpahkan rahmat-Nya 
ke atas mereka (iaitu menjadikan mereka). Dalam pengertian inilah Insan 
Kamil itu adalah penyebab (cause) terjadinya makhluk. Ini kerana pada Insan 
Kamil itu saja tujuan kejadian makhluk itu diketahui. Jika tidaklah kerana 
Insan Kamil maka makhluk tidak ada gunanya kerana Allah tidak akan dikenali. 
Oleh itu, demi Insan Kamil itulah seluruh makhluk itu dijadikan, iaitu Allah 
menzahirkan Diri-Nya dalam alam dan dalam Insan Kamil.

Sesungguhnya Manusia itu tinggi darjatnya. Manusia itulah makhluk yang 
paling tinggi martabatnya dan paling mulia. Manusia itu mestilah dipelihara 
dan dimuliakan.

"Allah telah memuliakan insan hinggakan diletakkan di bawah kawalan manusia 
semua yang di langit dan di bumi dari yang paling tinggi hingga ke yang 
paling rendah."

Ini bererti semua dalam alam raya ini tersimpul dalam Insan Kamil.

Bukan saja Insan Kamil itu penyebab terjadinya makhluk dalam pengertian yang 
disebutkan tadi, tetapi juga adalah sebagai pemelihara selagi Insan Kamil 
berada di dalamnya. Bukankah anda lihat betapa jika Insan Kamil meninggal 
dari dunia yang sekarang ini, maka tidak ada lagi yang tinggal dalam dunia 
ini dan apa yang di dalamnya akan binasa dan seluruh urusan akan dipindahkan 
ke alam akhirat dan akan dimeterai untuk selama-lamanya.

Sekiranya penyebab itu hilang sirna, maka "kesan"-nya pun akan hilang juga. 
Jika Insan Kamil binasa, iaitu jika Allah tidak mahu Ia dikenali lagi, Allah 
akan berhenti menzahirkan Diri-Nya dalam apa jua bentuk pun, maka seluruh 
alam akan binasa dan lenyap. Apakah alam itu? Hanya semata-mata 
bentuk-bentuk Zat Yang Satu itu. Dengan lain perkataan, aspek Zahir Wujud 
ini akan lenyap selama-lamanya dan aspek Batin saja akan tinggal berdiri.


Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke