*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dikhuatiri jika semua bank dan institusi perkhidmatan di negara kita 
bertindak sebegini, hanya yang kaya rayalah yang akan menikmati segala 
kemudahan selesa manakala yang golongan tengah dan bawah menikmati sisa-sia.

Terkilan khidmat Priority Banking wujudkan kasta

Saudara Pengarang,

SEBAGAI seorang pelanggan, saya merasa terkilan dengan perkhidmatan Priority 
Banking yang ditawarkan oleh Maybank. 
Pada saya perkhidmatan ini mewujudkan kasta dalam sistem perbankan. 
Perkhidmatan tersebut membolehkan orang kaya berurusan dengan lebih selesa 
kalau dibandingkan dengan pengguna bank yang lain. 
Ini menyebabkan banyak aspek negatif timbul di kalangan masyarakat negara 
kita. 
Bayangkanlah keadaannya kalau suatu hari nanti di sekolah atau di pejabat 
kerajaan, golongan kaya beratur dalam satu barisan manakala golongan miskin 
diheret ke satu barisan lain. 
Tetapi inilah situasi yang terjadi pada masa sekarang. Pada masa dahulu, 
urusan perbankan boleh dibuat di tingkat bawah. 
Bagaimanapun selepas Priority Banking diadakan, hanya golongan atasan boleh 
berurusan di tingkat bawah. 
Golongan sederhana, miskin dan tua terpaksa menaiki tangga ke tingkat satu 
yang selalu penuh sesak dengan manusia berbanding di bawah. 
Pepatah berbunyi 'Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah'. Tetapi masyarakat 
Malaysia dibahagi pada dua kasta, yang miskin tetap dihina. 
Tidak dapat dinafikan Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia tetapi 
mereka tidak sepatutnya menetapkan undang-undang sendiri. 
Memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna memang tidak salah 
tetapi bukanlah kepada segelintir masyarakat sahaja. 
Bayangkan kalau setiap bank di negara ini mengikut langkah Maybank, saya 
berasa malu menjadi warganegara Malaysia yang berwibawa tetapi miskin. 
Golongan tengah dan miskin merupakan nisbah yang lebih besar dari segi 
penggerak ekonomi negara kita. 
Oleh itu saya berharap Bank Negara dapat mengambil tindakan sewajarnya, 
sekurang-kurangnya membolehkan Maybank Priority menubuhkan sebuah bank Siber 
yang tersendiri. - YEOH SENG HUAT, Kelana Jaya Selangor.



-----------------------------------------------------
Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke