Lebuhraya: Terengganu beri tempoh tertentu kepada Pusat
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan
tempoh tertentu kepada Kerajaan Pusat untuk menentukan samada mereka masih
berminat atau tidak dengan pembinaan lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui
negeri Terengganu.
Jika Pusat masih lagi berlengah-lengah dalam membuat keputusan selepas
tempoh tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa membuat keputusan untuk
menguruskan sendiri pembinaan lebuh raya tersebut di dalam negeri
Terengganu.
Demikian kata Yahya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,
Infrastruktor dan Komunikasi negeri kepada Harakah ketika mengulas kenyataan
Menteri Kerja Raya, Samy Vellu yang memberikan kebebasan untuk Terengganu
membina sendiri lebuhraya itu di Terengganu.
Sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan
negeri akan membina sendiri lebuhraya itu di negeri Terengganu jika
pembinaannya ter! us dilengah-lengahkan oleh Kerajaan Pusat.
Menurut Yahya, keperluan kepada lebuhraya tersebut amat mendesak di
Terengganu sekarang ini berikutan kesesakan yang berlaku kepada jalan yang
ada di samping mahu menambahkan pusat pertumbuhan di negeri ini.
Katanya, jika lebuhraya ini diuruskan oleh kerajaan negeri sendiri, ia akan
dipastikan kosnya lebih rendah dan kadar tolnya akan jauh lebih rendah dari
yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat.
Kerajaan negeri juga, katanya, tidak akan terikat dengan laluan yang telah
dibuat oleh Kerajaan Pusat dan pihaknya juga telah mengenalpasti
laluan-laluan yang sesuai untuk dipilih.
"Ia juga akan dibuat sehingga Besut tidak sebagaimana yang diputuskan oleh
Kerajaan Pusat sekarang," katanya. Beliau memberitahu, sehingga kini telah
ada tiga syarikat yang berpengalaman dalam membina lebuhraya di negara ini
telah memberikan cadangan mereka kepada kerajaan negeri Terengganu.
"Jika kerajaan Pusat mempercepa! tkan proses pembinaannya, kita akan terima
projek Kerajaan Pusat itu," beritahu beliau.
Beliau juga menegaskan kemungkinan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri
Kelantan yang juga terletak di bawah pentadbiran Barisan Alternatif (BA).
"Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa pembangunan bersama bagi
membangunkan kedua-dua negeri," jelas Yahya lagi.
Berhubung dengan kenyataan Samy bahawa lebuh raya kerajaan negeri nanti
tidak akan bermanafaat sepenuhnya kepada penduduk negeri Terengganu, Yahya
berkata, "Dia boleh kata apa sahaja, tetapi realitinya kita tunggulah
nanti."



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke