*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sehari dua ni Samy dan Mahadey ada komen T'ganung nak buat lebuhraya sendiri 
ini.

Kedua-duanya komen bertaraf budak-budak hingusan. Ada ka lojik- kalau T'ganu 
buat l/raya sendiri, tak boleh join dengan l/raya kerjaan persekutuan. 
Malunya aku selaku rakyat Malaysia mempunyai dua orang menteri yang kurang 
pintar begini. Malunya . . .

Dari komen depa dua orang yang dari zaman dinosor ni (Mahadirosorus dan 
Samivelotarous) , ada beberapa kesimpulan:

1. Memang depa ni nampak sangat sengaja tak nak buat l/raya di T'ganu. 
Macam2 alasan di berikan. Mula2 isu tol, kemudian isu pemgambilan 
tanah-last-last, bila T'ganu nak buat sendiri, keluar pula isu kena dapat 
kelulusan kabinet dan isu tak boleh join dengan l/raya persekutuan!! Kurang 
akal punya alasan- tapi rakyat boleh nampak semua ini. Rasanya dengan komen 
bodoh depa berdua ni, rakyat lagi nampak sapa yang ikhlas sapa yang tidak( 
Terutama orang UMNO T;ganu- mudah-mudahan depa akan nampak BN ni memang 
zalim lagi bahalol). Dari peristiwa ini, saya orang DUSP (Dulu UMNO Sekarang 
PAS) lagi pekat kehijaun PAS saya. Dengar ni wahai Maha+Samy!!

2. Pemikiran mereka ni kelas pemikiran budak Tadika Kemas sahaja- bukti: 
komen yang sebegitu rendah mutunya (Samy: "Tak boleh join dengan l/raya 
persekutuan'). Komen ni sepatutnya tak dimuatkan dalam 'paper'. Buat malu 
Malaysia sahaja bila orang asing terbaca komen dari seorang menteri macam 
ni.

Bukti kedua: Dari kes ni nampak sangat nak balas dendam- juga satu perangai 
budak-budak Tadika kemas (bukan Tadika Pasti!!). Suka berdendam dengan orang 
yang dia tak suka. Tak gentlemen.

3. Menampakkan kerisauan BN (terutama Mahadey dan Samy) jika T'ganu 
betul-betul berjaya buat l/raya sendiri. Agaknya mengapa BN risau sangat? 
Mungkin takut pecah tembelang kos sebenar buat l/raya hanya separuh dari kos 
yang kontraktor dulu buat? Munkin juga. Bayangkann jika betul2 T'ganu buat 
sendiri menggunakan kontraktor2 yang amanah, dan kosnya separuh dari kos 
l/raya di Pahang? Tak ke pecah tembelang busuk BN? Dan bayangkan jika 
terjadi demikian, tol di T'ganu nanti separuh dari tol di Payang? Tak ke 
terang-benderang kelemahan BN nanti?


>From: RUNNER <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Lebuhraya: Terengganu beri tempoh tertentu kepada Pusat
>Date: Tue, 29 Aug 2000 21:38:29 -0700 (PDT)
>
>
>Lebuhraya: Terengganu beri tempoh tertentu kepada Pusat
>KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan
>tempoh tertentu kepada Kerajaan Pusat untuk menentukan samada mereka masih
>berminat atau tidak dengan pembinaan lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui
>negeri Terengganu.
>Jika Pusat masih lagi berlengah-lengah dalam membuat keputusan selepas
>tempoh tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa membuat keputusan 
>untuk
>menguruskan sendiri pembinaan lebuh raya tersebut di dalam negeri
>Terengganu.
>Demikian kata Yahya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,
>Infrastruktor dan Komunikasi negeri kepada Harakah ketika mengulas 
>kenyataan
>Menteri Kerja Raya, Samy Vellu yang memberikan kebebasan untuk Terengganu
>membina sendiri lebuhraya itu di Terengganu.
>Sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan
>negeri akan membina sendiri lebuhraya itu di negeri Terengganu jika
>pembinaannya terus dilengah-lengahkan oleh Kerajaan Pusat.
>Menurut Yahya, keperluan kepada lebuhraya tersebut amat mendesak di
>Terengganu sekarang ini berikutan kesesakan yang berlaku kepada jalan yang
>ada di samping mahu menambahkan pusat pertumbuhan di negeri ini.
>Katanya, jika lebuhraya ini diuruskan oleh kerajaan negeri sendiri, ia akan
>dipastikan kosnya lebih rendah dan kadar tolnya akan jauh lebih rendah dari
>yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat.
>Kerajaan negeri juga, katanya, tidak akan terikat dengan laluan yang telah
>dibuat oleh Kerajaan Pusat dan pihaknya juga telah mengenalpasti
>laluan-laluan yang sesuai untuk dipilih.
>"Ia juga akan dibuat sehingga Besut tidak sebagaimana yang diputuskan oleh
>Kerajaan Pusat sekarang," katanya. Beliau memberitahu, sehingga kini telah
>ada tiga syarikat yang berpengalaman dalam membina lebuhraya di negara ini
>telah memberikan cadangan mereka kepada kerajaan negeri Terengganu.
>"Jika kerajaan Pusat mempercepatkan proses pembinaannya, kita akan terima
>projek Kerajaan Pusat itu," beritahu beliau.
>Beliau juga menegaskan kemungkinan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri
>Kelantan yang juga terletak di bawah pentadbiran Barisan Alternatif (BA).
>"Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa pembangunan bersama bagi
>membangunkan kedua-dua negeri," jelas Yahya lagi.
>Berhubung dengan kenyataan Samy bahawa lebuh raya kerajaan negeri nanti
>tidak akan bermanafaat sepenuhnya kepada penduduk negeri Terengganu, Yahya
>berkata, "Dia boleh kata apa sahaja, tetapi realitinya kita tunggulah
>nanti."


>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke