Pelajar Cambridge tubuh jawatankuasa khas halang Mahathir
London, 30 Ogos (Hrkh) - Beberapa ahli Persatuan Pelajar Malaysia Universiti
Cambridge (CUMAS) yang kecewa dengan sikap pro-Mahathir persatuan itu telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berusaha untuk terus
memencilkan perdana menteri Mahathir Mohamad daripada forum-forum
antarabangsa.
"Kami bertekad untuk menghalang Dr Mahathir daripada diterima oleh mana-mana
badan dunia selagi Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara," kata jurucakap
Persekutuan Cambridge Untuk Malaysia Merdeka (Cambridge Coalition for a Free
Malaysia, CCFM) yang ditubuhkan baru-baru ini.
CUMAS sebelum ini telah dikritik kerana menjemput Mahathir merasmikan sebuah
seminar anjurannya, "Malaysia in the New Millenium", Oktober ini. Sumber
yang boleh dipercayai memberitahu HarakahDaily bahawa kehadiran Mahathir
telah mencetuskan kemarahan beberapa pihak, termasuk beberapa ahli akademik
Cambridge y! ang telah memutuskan untuk memboikot seminar tersebut.
Seminar tersebut dipercayai akan hanya dihadiri penceramah dari Malaysia,
walaupun jemputan telah diberikan untuk beberapa kenamaan dari luar
Malaysia. Satu laporan dari malaysiakini.com baru-baru ini memetik seorang
profesor ekonomi terkenal, Amartya Sen, yang juga pemenang Anugerah Nobel
pada tahun 1998, sebagai berkata bahawa beliau "tidak dapat menerima"
jemputan daripada CUMAS disebabkan sibuk.
Beliau bagaimanapun tidak mahu komen bila ditanya samada kehadiran Mahathir
telah mempengaruhi keputusan beliau untuk tidak hadir. Kenyataan beliau juga
bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh penganjurnya, CUMAS, yang
mendakwa persatuan itu sememangnya tidak pernah menjemput orang luar.
Sementara itu, jurucakap CCFM berkata Mahathir yang terus menindas rakyat
Malaysia tidak layak untuk menghadiri mana-mana badan dunia.
"Dr Mahathir tidak layak sama-sekali untuk mendatangi mana-ma! na badan dunia
yang terkemuka seperti Universiti Cambridge selagi dia terus menindas rakyat
Malaysia dan menghalang hak-hak mereka untuk bersuara, berkumpul dan
bergerak dengan bebas dalam negara mereka sendiri," tambahnya.
Ia juga telah menyediakan sebuah laman web di
bagi memberi peluang kepada sesiapa
sahaja untuk menyertai bantahan. Antara lain, laman web tersebut memaparkan
kempen tandatangan bagi mendesak Canselor Universiti Cambridge, Putera
Philip dan Pengerusi Amanah Komanwel Cambridge, Putera Charles supaya
menghalang kehadiran Mahathir. Usaha juga sedang dibuat untuk melucutkan
keahlian Mahathir di dalam Amanah Komanwel Cambridge.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke