*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sejahtera,

Semoga ya akhi yoshinobu berada dalam keadaan sejahtera.
Merujuk kepada persoalan yang di ajukan oleh yaakhi , dibawah adalah jawapan 
  yang dapat ana berikan dari segi hukum.

1.JUMHUR ULAMA(SECARA KESELURUHAN ULAMA BERSEPAKAT) menyatakan adalah haram 
seorang lelaki cuba samada secara lansung atau pun tidak lansung menyerupai 
wanita dan begitu juga sebaliknya berdasarkan kepada nas al quran dan 
hadis/sunnah s.a.w. dan diantaranya ciri-ciri lelaki menyerupai wanita ialah 
memakai gelang dan rantai.

2.Berkaitan dengan cincin emas putih putih pula, ana tidak pasti adakah 
panggilan emas putih hanya berdasarkan pada namanya sahaja tetapi dari segi 
campuran ia tidak mengandungi kandungan emas.Jika yang demikian ia boleh di 
pakai oleh lelaki.Tetapi sekiranya ia mengandungi campuran emas dengan bahan 
lain , hukumnya adalah:

a/Ada ulama mengatakan ianya boleh di pakai oleh kaum lelaki sekiranya 
campuran bukan emas adalah lebih besar nisbahnya berbanding kandungan emas 
seperti mana cincin suasa.

b/JUMHUR ULAMA BERSEPAKAT menyatakan hukumnya tetap haram kerana berdasarkan 
nas al quran dan hadis/sunnah nabi s.a.w. tidak ada dinyatakan perihal 
samada bandingan nisbah emas dengan bahan lain selain emas di ambil kira 
dalam perkara ini dan yang terang serta  nyata di dalam al quran dan hadis 
ialah emas itu adalah haram bagi lelaki tanpa di nyatakan sama ada nisbahnya 
banyak atau pun sedikit.

3.Kesimpulannya ana memberikan saranan kepada  yaakhi secara khusus dan umat 
islam secara am  bahawa demi keselamatan dunia dan lebih-lebih lagi akhirat 
, dalam melakukan sesuatu perkara adalah yang terbaik sekiranya kita 
meletakkan agama di tempat yang teratas dengan merujuk kepada al quran dan 
hadis/sunnah s.a.w. semoga kita akan mendapat rahmat allah s.w.t. serta 
mengizinkan syafaat nabi s.a.w. kapada kita umatnya.

4.Alternatif yang ada selain dari cincin suasa dan emas putih adalah 
perak.Jadi bolehlah kita memakai cincin perak dengan niat 
menyayangi/menyintai sunnah s.a.w. kerana nabi s.a.w. juga memakai cincin 
semasa hayatnya.

Sekian,Wasallam.

BoRnOnMeI69aThOmEiNkGbArU.
Kebenaran pasti datang.Hancur sekular.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jihad fisabilillah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke