*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ala hai
Umno punya dasar pemerintahan memang ler gitu.
tak kan lah dah 43 thn merdeka tak tau lagi kot perangai umno.






"jack joe" <[EMAIL PROTECTED]> on 08/31/2000 12:30:37 PM

To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:   [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] (bcc:
      KHALILI/MEM/MSMM)
Subject:  Re: H-Net* Catatan Malam Kemerdekaan




Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.




 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Cuma satu yang pasti.

Orang-orang Muslim (tak kira sapalah, PAS ke UMNO ke, DAP ke
Keadilan ke,
muda mudi, menteri, atau sapa-apa pun) yang dok berjoget,
berkonsert,
bernyanyi, melalak melaung di malam Merdeka tu, rugi benarlah.

Sebab? Perbuatan2 maksiat sebegitu akan menempa KETIDAKMERDEKAAN
di akhirat
nanti.

Buat apa dok meneriak MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Tiba-tiba di
akhirat tak
MERDEKA pun dari neraka jahannam- nauzubillah.

Menteri yang dok buat temasya-temasya ni (Kadir Syeikh Fadir),
harap-harap
beringatlah sikit. Awak tu orang Islam tau. Ini tidak. Pantang
ada hari
penting.Mulalah buat joget kat KL. Sakit betul mata umat Islam
menengoknya.
Lainlah kalau awak tu sanggup jawab dengan Allah nanti di
akhirat.

Sepatutnya, malam Medeka, umat Islam buatlah kenduri kesyukuran
ke, tahlil
ke, kalau nak buat konsert pun, buatlah yang berbentuk Islamik
seperti
Raihan ke, baharulah boleh bermakna Merdeka tu- Merdeka yang
sebenar.
Merdeka Dunia dan Merdeka Akhirat. Ini yang kita nak.

Wassalam.




>From: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Catatan Malam Kemerdekaan
>Date: Wed, 30 Aug 2000 11:34:18 0100
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Malam ini malam kemerdekaan kali ke-43.
>
>Kalau orang tanya aku erti merdeka; secara ikhlas aku akan kata
yang
>aku memang jahil dan tak berapa pandai pasal merdeka.
>
>Yang aku tahu, kampung aku, tempat aku dilahirkan masih dok
macam tu.
>Yang itu aku tahu, cukup tahu.
>
>Sungai yg masa aku kecik-kecik dulu jadi tempat mandi; pagi-pagi
sebelum
>ke sekolah, lepas mengelamun seketika di tebing
sungai...zasss...terus
>aku terjun ke lubuk sedalam dada di tepi pokok duri tu....hari
ini, sungai
>itu
>masih ada, walau pun sedikit cetek kerana perubahan masa, tapi
sungai itu
>masih
>ada, dan masih digunakan oleh orang-orang kampung, tak kira tua
tak kira
>muda.
>
>Ketika itu, sungai itu bukan saja jadi tempat mandi, tapi juga
jadi tempat
>mendapatkan air minum melalui telaga-telaga kecil yg dikorek di
atas pantai
>berpasirnya. Bukan itu saja, sungai itu juga digunakan untuk
kada hajat tak
>kira
>hajat besar atau pun hajat kecil.
>
>Tak berapa lama dulu, aku bersama anak-anak kembali lagi ke
kampung halaman
>ku
>itu; dan aku lihat suasana tak banyak berubah; sungai itu masih
ada di
>situ;
>telaga-telaga kecil di pantai berpasir masih sebegitu; dan
sekali itu
>ketika aku
>bermain air di sungai bersama anak-anak aku, cuba mengajar
mereka tentang
>sejarah hidup ayahanda mereka ini, tiba-tiba aku lihat seketul
najis
>berwarna
>kuning meluncur laju di atas permukaan air itu. Nasib baik
mereka tidak
>perasan,
>kalau tidak, sudah pasti mereka yg biasa bermain air di
kolam-kolam renang
>ini,
>tentunya akan menjerit sakan!
>
>Sambil bermain air di sungai itu, aku bercerita kpd mereka,
bagaimana
>ketika
>kecil dulu, aku cuma menggunakan batu sungai menggantikan sabun,
>menggunakan
>daun buluh sebagai berus gigi, dan pasir-pasir sungai sebagai
ubatnya.
>Anak2 aku
>nampak bersemangat dengan cerita aku itu; maklumlah mereka kini
yg tinggal
>di
>banglo mewah di bandar tentunya tak pernah terfikir akan semua
ini; aku
>hanya
>tersenyum apabila melihat salah seorang anak aku itu
mencuba-cuba
>menggunakan
>batu sungai untuk menggosokkan lengan dan kakinya. Tapi, bila
aku bercerita
>mengenai daun buluh dan pasir sungai, tak ada pula yg berani
mencubanya.
>
>Setelah puas bermain di sungai, kami ke rumah saudara mara di
situ; aku
>lihat
>rumah mereka tak banyak berubah berbanding dahulu, kalau ada pun
cumalah
>lapisan
>bawah yang dibubuh simen dan lampu kalimantan menggantikan lampu
>'gasoline'.
>
>KALAULAH ITU BOLEH DINAMAKAN KEMAJUAN, MAKA ITULAH KEMAJUAN!!
>
>Ada pun aku, kerana mungkin sudah takdir, tanpa makanan
bervitamin, tanpa
>kelas
>tuisyen, tanpa kelas motivasi, tanpa buku-buku rujukan, tanpa
lampu
>kalimantan,
>cuma berbekal lampu minyak tanah untuk membuat kerja-kerja
rumah; aku
>ditakdirkan lulus cemerlang, mendapat 5A dalam Peperiksaan
Penilaian Darjah
>5;
>menjadi budak pertama di sekolah itu yang mendapat 5A;
seterusnya
>melayakkan aku
>memasuki sekolah berasrama penuh.
>
>Kata mereka, aku terpilih kerana aku dari golongan miskin. Hmm,
cakap pasal
>miskin, keluarga aku memang keluarga miskin; Dalam samar-samar
aku masih
>ingat
>bagaimana ketika kecik-kecik dulu, ketika hari tidak bersekolah,
aku
>menemankan
>ayah aku menoreh dan mengutip getah sekerap di gelap-gelap
subuh. Hasil
>terehan
>yg tak seberapa itulah yg membesarkan kami adik beradik.
>
>Ketika mula-mula masuk asrama; aku jadi terkedu, sebab aku
ingatkan semua
>yg
>masuk asrama itu adalah anak-anak orang kampung yg miskin macam
aku; lama
>selepas itu, apabila aku sudah kenal semua mereka, baru aku
perasan bahawa
>dari
>setiap 10 orang di sekolah elit itu, hanya 2 atau tiga orang
saja yg
>semacam
>aku; yg lain-lain itu, kalau bukan anak diplomat, kalau bukan
anak menteri,
>sekurang-kurangnya adalah anak-anak 'pegawai'.
>
>BILA AKU BESAR, BARU AKU MENGERTI APABILA ADA ORANG KATA BAHAWA
DASAR
>EKONOMI
>BARU (DEB) MEMANG MERAPATKAN JURANG PERBEZAAN ANTARA KAUM, TAPI
DALAM MASA
>YANG
>SAMA BERTANGGUNGJAWAB MENJARAKKAN PERBEZAAN ANTARA GOLONGAN
BERADA DAN
>GOLONGAN
>TIDAK BERADA DALAM MASYARAKAT MELAYU!
>
>Aku hanyalah sebagai bahan tontonan, sebagai bukti kononnya DEB
benar2
>diwujudkan untuk membantu golongan bumiputera miskin seperti
aku.
>
>Pun begitu, aku bersyukur dengan segala rezeki yg dikurniai
Illahi ini;
>cuma aku
>jadi sedikit terkilan kerana rata-rata kawan2 sedarjah aku di
kampung dulu
>tidak mampu hidup 'senang' seperti aku; Aku masih ingat ada 4
orang antara
>kami
>yg selalu bergilir2 menjadi pelajar terbaik di sekolah
berkenaan; dua
>pompuan
>dan dua lelaki. Salah seorang pompuan itu dengar katanya sudah
berhenti
>kerja
>kilang menjadi surirumah sepenuh masa, yg seorang lagi memang
jadi
>surirumah'
>sepenuh masa semenjak hari pertama perkahwinannya; seorang lagi
yang lelaki
>itu
>pula, kali terakhir aku pulang, aku sempat singgah di kedai
runcit
>ala-kampungnya; kami bersembang tentang kisah silam, dan
sesekali beliau
>cuba
>memberi clue bertanyakan kot-kot ada peluang business yg boleh
dikongsikan.
>Aku pun cuma makan gaji, pasal business kalau tak dak kroni,
payah jugak
>nak
>tumpang sekaki!
>
>Ringkas ceritanya, kawan-kawan dan saudara mara aku di kampung
sana
>seakan-akan
>terperangkap dengan kehidupan di kampung sana, mereka tidak
berkesempatan
>untuk menikmati kehidupan seperti mana yg aku nikmati sekarang;
cuma
>mungkin
>kini mereka menaruh harapan, mungkin anak-anak mereka bakal
membuat
>perubahan
>di masa depan.
>
>Aku tak tahu kenapa aku garapkan semua ini; cuma apabila aku
renung jauh ke
>dalam diri; aku rasa macam tak puas hati dengan semua
ini...kerana nikmat
>dari
>DEB (yg dihentikan itu) tidak dapat dicapai oleh semua orang yg
benar-benar
>memerlukannya. Ramai yang berjaya dari DEB ini rata-ratanya
adalah
>anak-anak
>kroni seperti Mukhriz dan Mokhzani....dua-dua orang ini aku
cukup pasti!!
>
>TAMBAH MEMBARA LAGI, APABILA DALAM KEADAAN BUMIPUTERA YG TAK
SAMPAI PUN 20%
>MENGUASAI EKONOMI NEGARA INI, TIBA-TIBA PULA BIASISWA DEPA
HAPUSKAN!!
>
>Awat, depa ingat kawan-kawan aku kat kampung itu ada duit ka nak
sara
>anak-anak depa?????
>
>Maka itu, sempena malam kemerdekaan yang ke-43 ini; kalau
sapa-sapa yang
>berkenaan ada baca curahan hati saya ini; dengan penuh takzim
dan penuh
>ikhlas saya nak minta tolong; tolonglah habag kat
pemimpin-pemimpin Melayu
>kat
>atas sana, bahawasanya dan sesungguhnya masih ramai lagi
orang-orang Melayu
>yang
>masih ketinggalan di kampung-kampung sana; dan jika boleh,
tolonglah
>kembalikan
>semula bantuan biasiswa kepada mereka.
>
>Tolonglah mereka, kerana sesungguhnya merekalah anak-anak
Malaysia yang
>sejati......"the real Malay Malaysian" tolong dan bantulah
mereka....
>
>Jika tidak, slogan Keranamu Malaysia tidak ada ertinya buat
mereka!
>
>
>Hidup Melayu!
>
>Mari kita keriau:
>
>MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
>
>
>-Temingat Dari Belantara-
>
>
>
>__________________________________________________________
>This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
)
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
)
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
)
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
>
>Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________
________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile
at
http://profiles.msn.com.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan
)
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
)
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "KHALILI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke