*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum wr wb,

Saya sendiri sudah mendapat penerangan dari pihak KWSP dan Takaful dan 
membaca leaflet yang di beri oleh KWSP.

Rumusan yang dapat saya beri ialah, dana/wang kita di KWSP itu boleh
di keluarkan kesemuanya untuk membeli Skim Anuiti ini ( Dari di lahap
oleh musang-musang yang berkeliaran tu utk pelbagai projek mereka...
kalau nak cerita banyak pulak... nanti kata fitnah )

Pengeluaran itu boleh dikeluarkan dari akaun 1 sahaja, atau keseluruhan 
akaun 1,2 dan 3 sekaligus dan bergantung berapa unit yang
kita layak beli.

Kita orang Islam digalakkan membeli melalui dua skim Islam iaitu
melalui Skim Takaful Malaysia dan skim Takaful Nasional.

Skim Takaful Malaysia ialah dari anak syarikat Bank Islam dan ianya
tidak mempunyai ejen individu tetapi kita kena pergi ke meja/pejabat
mereka dan dijamin oleh kerajaan. Dari prestasi jika mengikut
insuran kenderaan mereka memberi lebih kurang 30-35 peratus keuntungan
setahun yang di pulangkan, jadi prestasi mereka dirasakan lebih
memberangsangkan.

Manakala Takaful Nasional menggunakan ejen, mereka mendapat komisen
dari setiap transaksi mereka.. jadi mungkin kurang sikit
(kurang banyak) pulangan yang kita dapati. Kerana dari leaflet KWSP,
kerajaan hanya menjamin pulangan minimum 4% sahaja.

Kadar primium skim Anuiti ini berbeza kadarnya di antara umur, antara
jantina juga dan antara skim takaful dan konvensional. Itu kena lihat
list yg terdapat dalam leaflet KWSP.  Lagi berumur lagi mahal lah
premium nya itu standard.

Satu lot premium membolehkan kita mendapat RM 100 bila kita masuk umur 
pencen /lepas 55 tahun. Jika kita membeli 10 lot premium kita akan
mendapat RM1000.00 sebagai wang pencen atau kita disahkan tidak upaya
utk bekerja sebelum umur 55 tahun.

Jika kita meninggal sebelum umur pencen maka waris kita akan mendapat
pulangan sebanyak 10 tahun bayaran bulanan ia itu RM1000 x 12bulan
selama 10 tahun. Jika kita sudah berumur 60tahun kita meninggal
maka waris akan dapat baki 5tahun lagi saraan bulanan tersebut.
Tetapi jika umur kita bertahan nongkat langit... kita masih terus
menerima saraan tersebut.

Lain-lain yg kita perlu tahu di antaranya:
-Kita boleh cancell jika tak puas hati, dlm apa bentuk sekalipun.
-Kita boleh tambah, tak ada sekatan.
-Pelepasan cukai pendapatan RM1000.00.
Dan banyak lagi yang perlu kita tahu.

Saranan saya beli skim anuiti dari apa yang boleh dari akaun 1 anda.
Dari akaun 2, kalau boleh biarkan untuk pengeluaran membeli rumah
atau untuk pengeluaran waktu umur kita 50tahun dan akaun 3
biarlah untuk kesihatan dan lain-lain.

Pokoknya, duit anda di KWSP tu bukan hak mutlak anda, mereka boleh 'pinjam' 
buat berniaga atas angin dan meng'kaya'kan sedara mara mereka, jadi fikir 
dengan waras, minta penerangan berbagai pihak
sebelum membuat keputusan.

Lagi satu yg pihak MTUC kata mahal tu ialah dari skim Anuiti Konvensional 
(Haram lah tu) Jika kita lihat skim Takaful harga
premium nya kurang antara 30% atau lebih.

## Saya bukan ejen mana mana syarikat Insuran, insyallah saya nak
sain utk beli 7 lot utk pencen nanti, insyallah.

Jika sesiapa yang ingin penerangan sikit-sikit boleh saya bantu,kalau
tak dapat jawab nanti tanya sahabat kita yg kerja kat KWSP.

Salam.

************************************************


>From: "Mazlan Mat" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Hizbinet \(E-mail\)" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* EPF & Takaful
>Date: Tue, 5 Sep 2000 16:02:26 +0800
>
>Assalamualaikum,
>
>Dekat office saya ada wakil Takaful Nasional datang dan
>dia orang buat briefing pasal Equity Takaful. Saya dengar
>ni dari kawan sepejabat.
>
>EPF bolehkan kita melabur dalam skim Equity Takaful
>bergantung kepada jumlah yang kita ada dalam akaun EPF
>kita (samada akaun I shj ataupun semua).
>Equity Takaful boleh dilabur mengikut jumlah unit yang mampu dan harga
>seunit bergantung kepada umur kita (RM4917 untuk umur 33).
>Keuntungan untuk seunit adalah RM100 sebulan (yang ni saya tak berapa 
>sure).
>Kita boleh keluarkan semua pelaburan kita bila mencapai umur 55 tahun 
>nanti.
>
>Tujuan email saya ini adalah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih
>terperinci
>mengenai apa yang diterangkan di atas disamping memberi tahu
>kpd seluruh warga hizbi mengenai kita boleh melabur dgn duit EPF kita.
>
>Adakah diantara warga hizbi yang tahu lebih terperinci mengenai EPF &
>Takaful Equity? Saya berharap mendapat penjelasan untuk kepetingan
>kita bersama
>
>Membangun Bersama Islam
>
>
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "maya 60" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke