Pusat ambil alih uruskan royalti minyak Terengganu
KUALA LUMPUR, 5 Sept, (Hrkh) - Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno
menunjukkan belang kemarahannya kepada kerajan negeri Terengganu apabila
bertindak menyekat pembayaran royalti 5 peratus kepada kerajaan negeri
dengan cara menubuhkan satu tabung yang dinamakan "Program Pembiayaan Wang
Ehsan" untuk mengendalikan wang royalti tersebut.
Tabung tersebut dikawal sepenuhnya oleh pihak Pusat dan kerajaan negeri
sendiri perlu membuat permohonan melalui tabung itu jika mahu melaksanakan
sebarang projek di negerinya menggunakan wang dari tabung tersebut.
Dengan serta merta, timbalan ketua UMNO Terengganu yang kalah teruk pada
pilihanraya lepas, menyeru rakyat supaya "bersyukur" kepada kerajaan BN di
atas keputusan tersebut.
"Rakyat Terengganu patut berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana tidak
mengabai! kan mereka," kata Dato Idris Jusoh.
Exco Kerajaan Terengganu, Wan Mutalib Embong dalam kenyataan awalnya kepada
Harakah berkata, langkah ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di
negara ini dan Umno telah jelas tidak menghormati mandat yang telah
diberikan oleh rakyat Terengganu kepada kerajaan negeri yang ada.
Adalah dipercayai keputusan mengenai perkara ini telah diputuskan oleh
Mesyuarat Kabinet yang lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana
Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi.
Menurut kenyataan dari Kementerian Kewangan sebagaimana yang dilaporkan oleh
Bernama, pada bulan Februari lalu kerajaan negeri telah menerima RM420 juta
dari Petronas iaitu sebahagian dari RM810 juta yang sepatutnya diterima oleh
kerajaan negeri pada tahun ini.
"Orang ramai serta kerajaan Pusat tidak tahu bagaimana cara wang itu
dibelanjakan," kata kenyataan itu sebagaimana yang dilaporkan ! oleh Bernama.
Pertahankan hak - DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Ronnie Liu dalam
kenyataan awalnya kepada Harakah menjangka, dengan tindakan ini, BN sampai
bila-bilapun tidak akan memenangi semula hati rakyat Terengganu.
"Ini satu tindakan membuli rakyat Terengganu seolah-olah mereka tidak bijak
dan memilih kerajaan yang tidak betul dalam pilihan raya lepas," katanya.
Bagi beliau, kerajaan Pusat tidak berhak untuk menafikan mandat yang telah
diberikan oleh rakyat Terengganu kepada PAS untuk memerintah negeri itu.
"Wang royalti ini hendaklah diuruskan oleh pengurus yang mereka yakini iaitu
kerajaan negeri bukannya kerajaan Pusat yang dikuasai oleh parti yang telah
ditolak oleh mereka dalam pilihan raya lalu," kata Ronnie.
Bagi beliau juga, kerajaan Pusat membuat kesilapan apabila percaya tindakan
ini akan menyusahkan PAS tetapi sebenarnya mereka mengecewakan rakyat
Terengganu kerana wang ini untuk rakyat Tere! ngganu bukannya PAS.
"DAP menyeru kerajaan Terengganu mengambil segala tindakan yang perlu untuk
mempertahankan hak mereka sepenuhnya dalam hal ini," seru beliau lagi.
Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke