*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirrahmanirrahim,
salawat ke atas nabi .. . .

Ya Allah Ya Tuhanku, Dengan namaMu yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Kau lihatlah betapa angkuh dan bongkaknya kerajaan BN ini yang telah Kau 
pertanggungjawabkaan untuk memelihara kesejahteraan umat di Malaysia.

Ya Allah Ya Tuhanku, Keangkohan BN amat melampau sehingga sanggup 
memperbodohkan rakyat Terengganu yang telah memilih BA untuk memikul 
tanggungjawab yang Kau takdirkan.

Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Kau yang Maha Kuasa Maha Upaya melakukan sesuatu. 
Kau balaslah keangkohan BN ini dengan mentakdirkan kekalahan mereka pada 
tahun 2004 nanti. Ya Allah Ya Rahim. Sesungguhnya BN akan terus bersikap 
bongkak dan angkuh sehinggalah kau berikan satu kekalahan kepada mereka Ya 
Allah. Hanya kekalahan yang akan dapat melembutkan mereka menjadi hambuMu 
Yang abid Ya Allah. Sesungguhnya dengan KuasaMu, semuanya mungkin Ya Allah.

Amin. Ya Rabbal 'alamin.


>From: GrandPrix <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Pusat ambil alih uruskan royalti minyak Terengganu
>Date: Tue, 5 Sep 2000 20:48:38 -0700 (PDT)
>
>Pusat ambil alih uruskan royalti minyak Terengganu
>KUALA LUMPUR, 5 Sept, (Hrkh) - Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno
>menunjukkan belang kemarahannya kepada kerajan negeri Terengganu apabila
>bertindak menyekat pembayaran royalti 5 peratus kepada kerajaan negeri
>dengan cara menubuhkan satu tabung yang dinamakan "Program Pembiayaan Wang
>Ehsan" untuk mengendalikan wang royalti tersebut.
>Tabung tersebut dikawal sepenuhnya oleh pihak Pusat dan kerajaan negeri
>sendiri perlu membuat permohonan melalui tabung itu jika mahu melaksanakan
>sebarang projek di negerinya menggunakan wang dari tabung tersebut.
>Dengan serta merta, timbalan ketua UMNO Terengganu yang kalah teruk pada
>pilihanraya lepas, menyeru rakyat supaya "bersyukur" kepada kerajaan BN di
>atas keputusan tersebut.
>"Rakyat Terengganu patut berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana tidak
>mengabaikan mereka," kata Dato Idris Jusoh.
>Exco Kerajaan Terengganu, Wan Mutalib Embong dalam kenyataan awalnya kepada
>Harakah berkata, langkah ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di
>negara ini dan Umno telah jelas tidak menghormati mandat yang telah
>diberikan oleh rakyat Terengganu kepada kerajaan negeri yang ada.
>Adalah dipercayai keputusan mengenai perkara ini telah diputuskan oleh
>Mesyuarat Kabinet yang lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana
>Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri 
>Abdullah
>Ahmad Badawi.
>Menurut kenyataan dari Kementerian Kewangan sebagaimana yang dilaporkan 
>oleh
>Bernama, pada bulan Februari lalu kerajaan negeri telah menerima RM420 juta
>dari Petronas iaitu sebahagian dari RM810 juta yang sepatutnya diterima 
>oleh
>kerajaan negeri pada tahun ini.
>"Orang ramai serta kerajaan Pusat tidak tahu bagaimana cara wang itu
>dibelanjakan," kata kenyataan itu sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.
>Pertahankan hak - DAP
>Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Ronnie Liu dalam
>kenyataan awalnya kepada Harakah menjangka, dengan tindakan ini, BN sampai
>bila-bilapun tidak akan memenangi semula hati rakyat Terengganu.
>"Ini satu tindakan membuli rakyat Terengganu seolah-olah mereka tidak bijak
>dan memilih kerajaan yang tidak betul dalam pilihan raya lepas," katanya.
>Bagi beliau, kerajaan Pusat tidak berhak untuk menafikan mandat yang telah
>diberikan oleh rakyat Terengganu kepada PAS untuk memerintah negeri itu.
>"Wang royalti ini hendaklah diuruskan oleh pengurus yang mereka yakini 
>iaitu
>kerajaan negeri bukannya kerajaan Pusat yang dikuasai oleh parti yang telah
>ditolak oleh mereka dalam pilihan raya lalu," kata Ronnie.
>Bagi beliau juga, kerajaan Pusat membuat kesilapan apabila percaya tindakan
>ini akan menyusahkan PAS tetapi sebenarnya mereka mengecewakan rakyat
>Terengganu kerana wang ini untuk rakyat Terengganu bukannya PAS.
>"DAP menyeru kerajaan Terengganu mengambil segala tindakan yang perlu untuk
>mempertahankan hak mereka sepenuhnya dalam hal ini," seru beliau lagi.
>Comments ? E-mail Us
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke