*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JKHK


k b wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Assalamu alaikum,
>
> Di bawah ini adalah biography ringkas tentang Imam Muhammad Ibnu Wahab.
>
> SYEIKH MUHAMMAD BIN `ABDUL WAHAB
> (1115 - 1206 H/1701 - 1793 M)
>
> Nama Lengkapnya
> BELIAU adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab bin
> Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin
> Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi.
> Tempat dan Tarikh Lahirnya
> Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M)
> di kampung `Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut kota
> Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang.
> Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia 92
> tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku
> jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi .
> Pendidikan dan Pengalamannya
> Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab berkembang dan dibesarkan dalam
> kalangan keluarga terpelajar. Ayahnya adalah ketua jabatan agama
> setempat. Sedangkan datuknya adalah seorang qadhi (mufti besar), tempat
> di mana masyarakat Najd menanyakan segala sesuatu masalah yang
> bersangkutan dengan agama. Oleh kerana itu, kita tidaklah hairan apabila
> kelak beliau juga menjadi seorang ulama besar seperti datuknya.
> Sebagaimana lazimnya keluarga ulama, maka Syeikh Muhammad bin `Abdul
> Wahab sejak masih kanak-kanak telah dididik dan ditempa jiwanya dengan
> pendidikan agama, yang  diajar sendiri oleh ayahnya, Tuan Syeikh `Abdul
> Wahab.
> Sejak kecil lagi Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab sudah kelihatan
> tanda-tanda kecerdasannya. Beliau tidak suka membuang masa dengan
> sia-sia seperti kebiasaan tingkahlaku kebanyakan kanak-kanak lain yang
> sebaya dengannya.
> Berkat bimbingan kedua ibu bapanya, ditambah dengan kecerdasan otak dan
> kerajinannya, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah berjaya menghafaz
> al-Qur an 30 juz sebelum berusia sepuluh tahun.
> Setelah beliau belajar pada ibu bapanya tentang beberapa bidang
> pengajian dasar yang meliputi bahasa dan agama, beliau diserahkan oleh
> ibu bapanya kepada para ulama setempat sebelum dikirim oleh ibu bapanya
> ke luar daerah.
> Tentang ketajaman fikirannya, saudaranya Sulaiman bin `Abdul Wahab
> pernah menceritakan begini:
> "Bahawa ayah mereka, Syeikh `Abdul Wahab merasa sangat kagum atas
> kecerdasan Muhammad, padahal ia masih di bawah umur. Beliau berkata:
> `Sungguh aku telah banyak mengambil manfaat dari ilmu pengetahuan anakku
> Muhammad, terutama di bidang ilmu Fiqh.  "
> Syeikh  Muhammad mempunyai daya kecerdasan dan ingatan yang kuat,
> sehingga apa saja yang dipelajarinya dapat difahaminya dengan cepat
> sekali, kemudian apa yang telah dihafalnya tidak mudah pula hilang dalam
> ingatannya.
> Demikianlah keadaannya, sehingga kawan-kawan sepersekolahannya kagum
> dan hairan kepadanya.
> Belajar di Makkah, Madinah dan Basrah
> Setelah mencapai usia dewasa, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab diajak
> oleh ayahnya untuk bersama-sama pergi ke tanah suci Mekah untuk
> menunaikan rukun Islam yang kelima - mengerjakan haji di Baitullah. Dan
> manakala telah selesai menunaikan ibadah haji, ayahnya terus kembali ke
> kampung halamannya. Adapun Muhammad, ia tidak pulang, tetapi terus
> tinggal di Mekah selama beberapa waktu, kemudian berpindah pula ke
> Madinah untuk melanjutkan pengajiannya di sana.
> Di Madinah, beliau berguru pada dua orang ulama besar dan termasyhur di
> waktu itu. Kedua-dua ulama tersebut sangat berjasa dalam membentuk
> pemikirannya, iaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif an-Najdi dan
> Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi.
> Selama berada di Madinah, beliau sangat prihatin menyaksikan ramai umat
> Islam tempatan mahupun penziarah dari luar kota Madinah yang telah
> melakukan perbuatan-perbuatan tidak senonoh dan tidak sepatutnya
> dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Muslim. Beliau melihat ramai
> umat yang berziarah ke maqam Nabi mahupun ke maqam-maqam lainnya untuk
> memohon syafaat, bahkan meminta sesuatu hajat pada kuburan mahupun
> penghuninya, yang mana hal ini sama sekali tidak dibenarkan oleh agama
> Islam. Apa yang disaksikannya itu menurut Syeikh Muhammad adalah sangat
> bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
> Kesemua inilah yang semakin mendorong Syeikh Muhammad untuk lebih
> mendalami pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang murni, yakni,
> aqidah salafiyah. Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada dirinya
> sendiri, bahawa pada suatu ketika nanti, beliau akan mengadakan
> perbaikan (islah) dan pembaharuan (tajdid) dalam masalah yang berkaitan
> dengan ketauhidan, iaitu mengembalikan aqidah umat kepada
> sebersih-bersihnya tauhid yang jauh dari khurafat, tahyul dan bid ah.
> Untuk itu, beliau mesti mendalami benar-benar tentang aqidah ini melalui
> kitab-kitab hasil karya ulama-ulama besar di abad-abad yang silam.
> Di antara karya-karya ulama terdahulu yang paling terkesan dalam
> jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau adalah
> mujaddid besar abad ke 7 Hijriyah yang sangat terkenal.
> Demikianlah meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu Taimiyah dalam jiwanya,
> sehingga Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab bagaikan duplikat(salinan)
> Ibnu Taimiyah. Khususnya dalam aspek ketauhidan, seakan-akan semua yang
> diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyah semasa hidupnya yang penuh ranjau dan
> tekanan dari pihak berkuasa, semuanya telah ditebus dengan kejayaan Ibnu
> `Abdul Wahab yang hidup pada abad ke 12 Hijriyah itu.
> Setelah beberapa lama menetap di Mekah dan Madinah, kemudian beliau
> berpindah ke Basrah. Di sini beliau bermukim lebih lama, sehingga banyak
> ilmu-ilmu yang diperolehinya, terutaman di bidang hadith dan
> musthalahnya, fiqh dan usul fiqhnya, gramatika (ilmu qawa id) dan tidak
> ketinggalan pula lughatnya semua.
> Lengkaplah sudah ilmu yang diperlukan oleh seorang yang pintar yang
> kemudian dikembangkan sendiri melalui self-study(belajar sendiri)
> sebagaimana lazimnya para ulama besar Islam mengembangkan ilmu-ilmunya.
> Di mana bimbingan guru hanyalah sebagai modal dasar yang selanjutnya
> untuk dapat dikembangkan dan digali sendiri oleh yang bersangkutan.
> Mulai Berdakwah
> Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab memulai dakwahnya di Basrah, tempat di
> mana beliau bermukim untuk menuntut ilmu ketika itu. Akan tetapi
> dakwahnya di sana kurang berjaya, kerana menemui banyak rintangan dan
> halangan dari kalangan para ulama setempat.
> Di antara pendukung dakwahnya di kota Basrah ialah seorang ulama yang
> bernama Syeikh Muhammad al-Majmu i. Tetapi Syeikh Muhammad bin `Abdul
> Wahab bersama pendukungnya mendapat tekanan dan ancaman dari sebahagian
> ulama su , iaitu ulama jahat yang memusuhi dakwahnya di sana; kedua-dua
> mereka diancam akan dibunuh. Akhirnya beliau meninggalkan Basrah dan
> mengembara ke beberapa negeri Islam untuk memperluaskan ilmu dan
> pengalamannya.
> Di samping mempelajari keadaan negeri-negeri Islam yang berjiran, demi
> kepentingan dakwahnya di masa akan datang, dan setelah menjelajahi
> beberapa negeri Islam, beliau lalu kembali ke al-Ihsa menemui gurunya
> Syeikh Abdullah bin `Abd Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa bidang
> pengajian tertentu yang selama ini belum sempat didalaminya.
> Di sana beliau bermukim untuk beberapa waktu, dan kemudian beliau
> kembali ke kampung asalnya Uyainah, tetapi tidak lama kemudian beliau
> menyusul orang tuanya yang merupakan bekas ketua jabatan urusan agama
> Uyainah ke Haryamla, iaitu suatu tempat di daerah Uyainah juga.
> Adalah dikatakan bahawa di antara orang tua Syeikh Muhammad dan pihak
> berkuasa Uyainah  berlaku perselisihan pendapat, yang oleh kerana itulah
> orang tua Syeikh Muhammad terpaksa berhijrah ke Haryamla pada tahun
> 1139.
> Setelah perpindahan ayahnya ke Haryamla kira-kira setahun, barulah
> Syeikh Muhammad menyusulnya pada tahun 1140 H. Kemudian, beliau bersama
> bapanya itu mengembangkan ilmu dan mengajar serta berdakwah selama lebih
> kurang 13 tahun lamanya, sehingga bapanya meninggal dunia di sana pada
> tahun 1153.
> Setelah tiga belas tahun menegakkan amar ma ruf dan nahi mungkar di
> Haryamla, beliau mengajak pihak berkuasa setempat untuk bertindak tegas
> terhadap kumpulan penjahat yang selalu melakukan rusuhan, rampasan,
> rompakan serta pembunuhan. Maka kumpulan tersebut tidak senang kepada
> Syeikh Muhammad, lalu mereka mengancam hendak membunuhnya. Syeikh
> Muhammad terpaksa meninggalkan Haryamla, berhijrah ke Uyainah tempat
> bapanya dan beliau sendiri dilahirkan.
>
> KEADAAN NEGERI NAJD, HIJAZ DAN SEKITARNYA
>
> KEADAAN negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan tauhid
> amatlah buruknya. Krisis aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai
> sosial, ekonomi dan politik sudah mencapai titik kemuncak. Semua itu
> adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang berpanjangan terhadap bangsa
> dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz adalah termasuk
> jajahannya, di bawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya yang dilantik
> oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai gabenur jeneral untuk daerah
> koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di Mesir.
> Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang
> cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu
> jauh dari daerah jajahannya.
> Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun sultan-sultannya untuk
> daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan
> oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para
> sultannya. Di samping itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri
> Arab untuk melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat yang
> berkedudukan di Turki. Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat,
> terutama penjajah tua iaitu British dan Perancis yang menghasut bangsa
> Arab dan umat Islam supaya berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa
> Turki, hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum
> penjajah tersebut menanamkan pengaruhnya di kawasan itu, kemudian
> mencengkamkan kuku penjajahannya di dalam segala lapangan, seperti
> politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.
> Kemerosotan dari sektor agama, terutama yang menyangkut aqidah sudah
> begitu memuncak. Kebudayaan jahiliyah dahulu seperti taqarrub
> (mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan
> meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat, sudah
> menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan ibadah-ibadah
> menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Di mana
> ada maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh
> penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat keperluannya. Seperti
> misalnya pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani, dan maqam-maqam wali
> lainnya. Hal ini terjadi bukan hanya di tanah Arab saja, tetapi juga di
> mana-mana, di seluruh pelusuk dunia sehingga suasana di negeri Islam
> waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi jahiliyah seperti pada
> waktu pra Islam menjelang kebangkitan Nabi Muhammad SAW.
> Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam
> keramat dengan segala macam munajat dan tawasul, serta pelbagai doa
> dialamatkan kepada maqam dan penghuninya, dibandingkan dengan mereka
> yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada Allah SWT.
> Demikianlah kebodohan umat Islam hampir merata di seluruh negeri,
> sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina
> bagaikan bangunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid, kerana
> dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama biaya yang
> diperolehi dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang
> adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan
> maksud-maksud tertentu. Seperti dari imperalis British yang berdiri di
> belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India misalnya.
> Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka Allah melahirkan
> seorang muslih kabir (pembaharuan besar) Syeikh Muhammad bin `Abdul
> Wahab (al-Wahabi) dari `Uyainah (Najd) sebagai mujaddid Islam terbesar
> abad ke 12 Hijriyah, setelah Ibnu Taimiyah, mujaddid abad ke 7 Hijriyah
> yang sangat terkenal itu.
> Bidang pentajdidan kedua mujaddid besar ini adalah sama, iaitu
> mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya berbeza, iaitu
> kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama Islam yang sudah mulai
> tercemar dengan bid ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda Islam
> dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
> telah menyusun barisan Muwahhidin yang berpegang kepada pemurnian
> tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini mereka sebut Wahabiyin iaitu
> gerakan Wahabiyah.
> Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang
> dilalui. Kadangkala Tuan Syeikh terpaksa melakukan tindakan kekerasan
> apabila tidak boleh dengan cara yang lembut. Tujuannya tidak lain
> melainkan untuk mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang sebenarnya,
> iaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat Islam seperti yang diajarkan
> oleh Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
> Setelah perjuangan yang tidak mengenal penat lelah itu, akhirnya niat
> yang ikhlas itu disampaikan Allah, sesuai dengan firmanNya:
> " Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah nescaya
> Allah akan menolongmu dan menetapkan pendirianmu. " (Muhammad: 7)
> Awal Pergerakan Tauhid
> Muhammad bin `Abdul Wahab memulakan pergerakan di kampungnya sendiri
> iaitu Uyainah. Di waktu itu Uyainah diperintah oleh seorang amir
> (penguasa) bernama Amir Uthman bin Mu ammar. Amir Uthman menyambut baik
> idea dan gagasan Syeikh Muhammad itu dengan sangat gembira, dan beliau
> berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai kejayaan.
> Selama Tuan Syeikh melancarkan dakwahnya di Uyainah, masyarakat negeri
> itu samada lelaki dan wanita merasakan kembali kenikmatan luarbiasa,
> yang selama ini belum pernah mereka rasakan. Dakwah Tuan Syeikh bergema
> di negeri mereka. Ukhuwah Islamiyah dan persaudaraan Islam telah tumbuh
> kembali berkat dakwahnya di seluruh pelusuk Uyainah dan sekitarnya.
> Orang-orang dari jauh pun mula mengalir berhijrah ke Uyainah, kerana
> mereka menginginkan keamanan dan ketenteraman jiwa di negeri ini.
> Syahdan; pada suatu hari, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab meminta izin
> pada Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina di atas
> maqam Zaid bin al-Khattab. Zaid bin al-Khattab adalah saudara kandung
> Umar bin al-Khattab, Khalifah Rasulullah yang kedua. Tuan Syeikh
> Muhammad mengemukakan alasannya kepada Amir, bahawa menurut hadith
> Rasulullah SAW, membina sesebuah bangunan di atas kubur adalah dilarang,
> kerana yang demikian itu akan menjurus kepada kemusyrikan. Amir
> menjawab: "Silakan... tidak ada seorang pun yang boleh menghalang
> rancangan yang mulia ini."
> Tetapi Tuan Syeikh mengajukan pendapat bahawa beliau khuatir masalah
> itu kelak akan dihalang-halangi oleh ahli jahiliyah(kaum Badwi) yang
> tinggal berdekatan maqam tersebut. Lalu Amir menyediakan 600 orang
> tentera untuk tujuan tersebuti bersama-sama  Syeikh Muhammad merobohkan
> maqam yang dikeramatkan itu.
> Sebenarnya apa yang mereka sebut sebagai maqam Zaid bin al-Khattab r.a
> yang gugur sebagai syuhada  Yamamah ketika menumpaskan gerakan Nabi
> Palsu (Musailamah al-Kazzab) di negeri Yamamah suatu waktu dulu,
> hanyalah berdasarkan prasangka belaka. Kerana di sana terdapat puluhan
> syuhada  (pahlawan) Yamamah yang dikebumikan tanpa jelas lagi pengenalan
> mereka. Boleh jadi yang mereka anggap maqam Zaid bin al-Khattab itu
> adalah maqam orang lain. Tetapi oleh kerana masyarakat tempatan di situ
> telah terlanjur beranggapan bahawa itulah maqam beliau, mereka pun
> mengkeramatkannya dan membina sebuah masjid di tempat itu, yang kemudian
> dihancurkan pula oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab atas bantuan Amir
> Uyainah, Uthman bin Mu ammar.
> Syeikh Muhammad tidak berhenti setakat di sana, akan tetapi semua
> maqam-maqam yang dipandang merbahaya bagi aqidah ketauhidan, yang dibina
> seperti masjid yang pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah
> Uyainah turut diratakan semuanya. Hal ini adalah untuk mencegah agar
> jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat Islam tempatan
> yang sudah mulai nyata kejahiliyahan dalam diri mereka. Dan berkat
> rahmat Allah, maka pusat-pusat kemusyrikan di negeri Uyainah dewasa itu
> telah terkikis habis sama sekali.
> Setelah selesai dari masalah tauhid, maka Tuan Syeikh mula menerangkan
> dan mengajarkan hukum-hukum syariat yang sudah berabad-abad hanya
> termaktub saja dalam buku-buku fiqh, tetapi tidak pernah diterapkan
> sebagai hukum yang diamalkan. Maka yang dilaksanakannya mula-mula sekali
> ialah hukum rejam bagi penzina.
> Pada suatu hari datanglah seroang wanita yang mengaku dirinya berzina
> ke hadapan Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab, dia meminta agar
> dirinya dijatui hukuman yang sesuai dengan hukum Allah dan RasulNya.
> Meskipun Tuan Syeikh mengharapkan agar wanita itu menarik balik
> pengakuannya itu, supaya ia tidak terkena hukum rejam, namun wanita
> tersebut tetap bertahan dengan pengakuannya tadi, ia ingin menjalani
> hukum rejam. Maka, terpaksalah Tuan Syeikh menjatuhkan kepadanya hukuman
> rejam atas dasar pengakuan wanita tersebut.
> Berita tentang kejayaan Tuan Syeikh dalam memurnikan masyarakat Uyainah
> dan penerapan hukum rejam kepada orang yang berzina, sudah tersebar luas
> di kalangan masyarakat Uyainah mahupun di luar Uyainah.
> Masyarakat Uyainah dan sekelilingnya menilai gerakan Tuan Syeikh Ibnu
> `Abdul Wahab ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan kebaikan.
> Namun, beberapa kalangan tertentu menilai pergerakan Tuan Syeikh itu
> sebagai suatu perkara yang negatif dan boleh membahayakan kedudukan
> mereka. Memang, hal seumpama ini terdapat di mana-mana dan bila-bila
> masa saja, apatah lagi pergerakan keagamaan yang sangat sensitif seperti
> halnya untuk mengislamkan masyarakat Islam yang sudah kembali ke
> jahiliyah ini, iaitu, dengan cara mengembalikan mereka kepada aqidah
> salafiyah seperti di zaman Nabi, para sahabat dan para tabi in dahulu.
> Di antara yang beranggapan sangsi seperti itu adalah Amir (pihak
> berkuasa) wilayah al-Ihsa  (suku Badwi) dengan para pengikut-pengikutnya
> dari Bani Khalid Sulaiman bin Ari ar al-Khalidi. Mereka adalah suku
> Badwi yang terkenal berhati keras, suka merampas, merompak dan membunuh.
> Pihak berkuasa al-Ihsa  khuatir kalau pergerakan Syeikh Muhammad tidak
> dipatahkan secepat mungkin, sudah pasti wilayah kekuasaannya nanti akan
> direbut oleh pergerakan tersebut. Padahal Amir ini sangat takut
> dijatuhkan hukum Islam seperti yang telah diperlakukan di negeri
> Uyainah. Dan tentunya yang lebih ditakutinya lagi ialah kehilangan
> kedudukannya sebagai Amir (ketua) suku Badwi. Maka Amir Badwi ini
> menulis sepucuk surat kepada Amir Uyainah yang isinya mengancam pihak
> berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut ialah:
> "Apabila Amir Uthman tetap membiarkan dan mengizinkan Syeikh Muhammad
> terus berdakwah dan bertempat tinggal di wilayahnya, serta tidak mahu
> membunuh Syeikh Muhammad, maka semua cukai dan ufti wilayah Badwi yang
> selama ini dibayar kepada Amir Uthman akan diputuskan (ketika itu
> wilayah Badwi tertakluk di bawak kekuasaan pemerintahan Uyainah)."
> Jadi, Amir Uthman dipaksa untuk memilih dua pilihan, membunuh Tuan
> Syeikh atau suku Badwi itu menghentikan pembayaran ufti.
> Ancaman ini amat mempengaruhi fikiran Amir Uthman, kerana ufti dari
> wilayah Badwi sangat besar ertinya baginya. Adapun cukai yang mereka
> terima adalah terdiri dari emas tulin.
> Didesak oleh tuntutan tersebut, terpaksalah Amir Uyainah memanggil
> Syeikh Muhammad untuk diajak berunding bagaimanakah mencari jalan keluar
> dari ancaman tersebut. Soalnya, dari pihak Amir Uthman tidak pernah
> sedikit pun terfikir untuk mengusir Tuan Syeikh dari Uyainah, apatah
> lagi untuk membunuhnya. Tetapi, sebaliknya dari pihaknya juga tidak
> terdaya menangkis serangan pihak suku Badwi itu. Maka, Amir Uthman
> meminta kepada Tuan Syeikh Muhammad supaya dalam hal ini demi
> keselamatan bersama dan untuk menghindari dari terjadinya pertumpahan
> darah, sebaik-baiknya Tuan Syeikh bersedia mengalah untuk meninggalkan
> negeri Uyainah. Tuan Syeikh menjawab seperti berikut:
> "Tuan Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari dakwahku, tidak lain
> adalah DINULLAH (agama Allah), dalam rangka melaksanakan kandungan LA
> ILAHA ILLALLAH - Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah. Maka
> barangsiapa berpegang teguh pada agama dan membantu pengembangannya
> dengan ikhlas dan yakin, pasti Allah akan menghulurkan bantuan dan
> pertolonganNya kepada orang itu, dan Allah akan membantunya untuk dapat
> menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada Tuan Amir supaya
> bersabar dan tetap berpegang terhadap pegangan kita bersama dulu, untuk
> sama-sama berjuang demi tegaknya kembali Dinullah di negeri ini. Mohon
> sekali lagi Tuan Amir menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah akan
> memberi pertolongan kepada Tuan dan menjaga Tuan dari ancaman Badwi itu,
> begitu juga dengan musuh-musuh Tuan yang lainnya. Dan Allah akan memberi
> kekuatan kepada Tuan untuk melawan mereka agar Tuan dapat mengambil alih
> daerah Badwi untuk sepenuhnya menjadi daerah Uyainah di bawah kekuasaan
> Tuan."
> Setelah bertukar fikiran di antara Tuan Syeikh dan Amir Uthman,
> tampaknya pihak Amir tetap pada pendiriannya, iaitu mengharapkan agar
> Tuan Syeikh meninggalkan Uyainah secepat mungkin.
> Dalam bukunya yang berjudul Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab, Wada
> Watahu Wasiratuhu, Syeikh Muhammad bin `Abdul `Aziz bin `Abdullah bin
> Baz,  beliau berkata:
> "Demi menghindari pertumpahan darah, dan kerana tidak ada lagi pilihan
> lain, di samping beberapa pertimbangan lainnya maka terpaksalah Tuan
> Syeikh meninggalkan negeri Uyainah menuju negeri Dar iyah dengan
> menempuh perjalanan secara berjalan kaki seorang diri tanpa ditemani
> oleh sesiapa pun. Beliau meninggalkan negeri Uyainah pada waktu
> dinihari, dan sampai ke negeri Dar iyah pada waktu malam hari."
> (Ibnu Baz, Syeikh `Abdul `Aziz bin `Abdullah, m.s 22)
> Tetapi ada juga tulisan lainnya yang mengatakan bahawa:
> Pada mulanya Tuan Syeikh Muhammad mendapat sokongan penuh dari
> pemerintah negeri Uyainah Amir Uthman bin Mu ammar, namun setelah api
> pergerakan dinyalakan, pemerintah tempatan mengundurkan diri dari
> percaturan pergerakan kerana alasan politik (besar kemungkinan takut
> dipecat dari jawatannya sebagai Amir Uyainah oleh pihak atasannya).
> Dengan demikian, tinggallah Syeikh Muhammad dengan beberapa orang
> sahabatnya yang setia untuk meneruskan missinya. Dan beberapa hari
> kemudian, Syeikh Muhammad diusir keluar dari negeri itu oleh
> pemerintahnya.
> Bersamaan dengan itu, pihak berkuasa telah merencanakan pembunuhan ke
> atas diri Tuan Syeikh di dalam perjalanannya, namun Allah mempunyai
> rencana sendiri untuk menyelamatkan Tuan Syeikh dari usaha pembunuhan,
> wamakaru wamakarallalu wallahu khairul makirin. Mereka mempunyai rencana
> dan Allah mempunyai rencanaNya juga, dan Allah sebaik-baik pembuat
> rencana. Sehingga Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab selamat di
> perjalanannya sampai ke negeri tujuannya, iaitu negeri Dar iyah.
> Syeikh Muhammad di Dar iyah
> Sesampainya Syeikh Muhammad di sebuah kampung wilayah Dar iyah, yang
> tidak berapa jauh dari tempat kediaman Amir Muhammad bin Saud
> (pemerintah negeri Dar iyah), Tuan Syeikh menemui seorang penduduk di
> kampung itu, orang tersebut bernama Muhammad bin Sulaim al-`Arini. Bin
> Sulaim ini adalah seorang yang dikenal soleh oleh masyarakat tempatan.
> Tuan Syeikh meminta izin untuk tinggal bermalam di rumahnya sebelum ia
> meneruskan perjalanannya ke tempat lain.
> Pada mulanya ia ragu-ragu menerima Tuan Syeikh di rumahnya, kerana
> suasana Dar iyah dan sekelilingnya pada waktu itu tidak tenteram,
> menyebabkan setiap tetamu yang datang hendaklah melapor diri kepada
> pihak berkuasa tempatan.  Namun, setelah Tuan Syeikh memperkenalkan
> dirinya serta menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke negeri
> Dar iyah, iaitu hendak menyebarkan dakwah Islamiyah dan membenteras
> kemusyrikan, barulah Muhammad bin Sulaim ingin menerimanya sebagai
> tetamu di rumahnya.
> Sesuai dengan peraturan yang wujud di Dar iyah di kala itu, yang mana
> setiap tetamu hendaklah melaporkan diri kepada pihak berkuasa tempatan,
> maka Muhammad bin Sulaim menemui Amir Muhammad untuk melaporkan
> tetamunya yang baru tiba dari Uyainah dengan menjelaskan maksud dan
> tujuannya kepada beliau.
> Kononnya, ada riwayat yang mengatakan; bahawa seorang soleh datang
> menemui isteri Amir Ibnu Saud, ia berpesan untuk menyampaikan kepada
> suaminya, bahawa ada seorang ulama dari Uyainah yang bernama Muhammad
> bin `Abdul Wahab hendak menetap di negerinya. Beliau hendak menyampaikan
> dakwah Islamiyah dan mengajak masyarakat kepada sebersih-bersih tauhid.
> Ia meminta agar isteri Amir Ibnu Saud memujuk suaminya supaya menerima
> ulama tersebut agar dapat menjadi warga negeri Dar iyah serta mahu
> membantu perjuangannya dalam menegakkan agama Allah.
> Isteri Ibnu Saud ini sebenarnya adalah seorang wanita yang soleh. Maka,
> tatkala Ibnu Saud mendapat giliran ke rumah isterinya ini, si isteri
> menyampaikan semua pesan-pesan itu kepada suaminya.
> Selanjutnya ia berkata kepada suaminya:
> "Bergembiralah kekanda dengan keuntungan besar ini, keuntungan di mana
> Allah telah mengirimkan ke negeri kita seorang ulama, juru dakwah yang
> mengajak masyarakat kita kepada agama Allah, berpegang teguh kepada
> Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Inilah suatu keuntungan yang sangat
> besar. Kanda jangan ragu-ragu untuk menerima dan membantu perjuangan
> ulama ini, mari sekarang juga kekanda menjemputnya kemari."
> Akhirnya, baginda Ibnu Saud dapat diyakinkan oleh isterinya yang soleh
> itu. Namun, baginda bimbang sejenak. Ia berfikir apakah Tuan Syeikh itu
> dipanggil datang mengadapnya, ataukah dia sendiri yang harus datang
> menjemput Tuan Syeikh, untuk  dibawa ke tempat kediamannya? Baginda pun
> meminta pandangan dari beberapa penasihatnya, terutama iserinya sendiri,
> tentang bagaimanakah cara yang lebih baik harus dilakukannya.
> Isterinya dan para penasihatnya yang lain sepakat bahawa sebaik-baiknya
> dalam hal ini, baginda sendiri yang harus datang menemui Tuan Syeikh
> Muhammad di rumah Muhammad bin Sulaim. Kerana ulama itu didatangi dan
> bukan ia yang datang, al-`alim Yuraru wala Yazuru. ` Maka baginda dengan
> segala kerendahan hatinya mempersetujui nasihat dan isyarat dari isteri
> mahupun para penasihatnya.
> Maka pergilah baginda bersama beberapa orang pentingnya ke rumah
> Muhammad bin Sulaim, di mana Tuan Syeikh Muhammad bermalam.
> Sesampainya baginda di rumah Muhammad bin Sulaim; di sana Tuan Syeikh
> bersama tuan punya rumah sudah bersedia menerima kedatangan Amir Ibnu
> Saud. Amir Ibnu Saud memberi salam dan keduanya saling merendahkan diri,
> saling menghormati.
> Amir Ibnu Saud berkata:
> "Ya Tuan Syeikh! Bergembiralah tuan di negeri kami, kami menerima dan
> menyambut kedatangan Tuan di negeri ini dengan penuh gembira. Dan kami
> berikrar ntuk menjamin keselamatan dan keamanan Tuan Syeikh di negeri
> ini dalam menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat Dar iyah. Demi
> kejayaan dakwah Islamiyah yang Tuan Syeikh rencanakan, kami dan seluruh
> keluarga besar Ibnu Saud akan mempertaruhkan nyawa dan harta untuk
> bersama-sama Tuan Syeikh berjuang demi meninggikan agama Allah dan
> menghidupkan sunnah RasulNya sehingga Allah memenangkan perjuangan ini,
> Insya Allah!"
> Kemudian Tuan Syeikh menjawab:
> "Alhamdulillah, tuan juga patut gembira, dan Insya Allah negeri ini
> akan diberkati Allah SWT. Kami ingin mengajak umat ini kepada agama
> Allah. Siapa yang menolong agama ini, Allah akan menolongnya. Dan siapa
> yang mendukung agama ini, nescaya Allah akan mendukungnya. Dan Insya
> Allah kita akan melihat kenyataan ini dalam waktu yang tidak begitu
> lama."
>   Demikianlah seorang Amir (penguasa) tunggal negeri Dar iyah, yang
> bukan hanya sekadar membela dakwahnya saja, tetapi juga sekaligus
> membela darahnya bagaikan saudara kandung sendiri, yang bererti di
> antara Amir dan Tuan Syeikh sudah bersumpah setia sehidup semati,
> senasib dan seperuntungan, dalam menegakkan hukum Allah dan RasulNya di
> persada tanah Dar iyah.
> Ternyata apa yang diikrarkan oleh Amir Ibnu Saud itu benar-benar
> ditepatinya. Ia bersama Tuan Syeikh seiring sejalan, bahu membahu dalam
> menegakkan kalimah Allah, dan berjuang di jalanNya. Sehingga cita-cita
> dan perjuangan mereka disampaikan Allah dengan penuh kemenangan yang
> gilang-gemilang.
> Sejak hijrahnya Tuan Syeikh ke negeri Dar iyah, kemudian melancarkan
> dakwahnya di sana, maka berduyun-duyunlah masyarakat luar Dar iyah yang
> datang dari penjuru Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah, Urgah,
> Manfuhah, Riyadh dan negeri-negeri jiran yang lain, menuju Dar iyah
> untuk menetap dan bertempat tinggal di negeri hijrah ini, sehingga
> negeri Dar iyah penuh sesak dengan kaum muhajirin dari seluruh pelusuk
> tanah Arab.
> Nama Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dengan ajaran-ajarannya itu
> sudah begitu popular di kalangan masyarakat, baik di dalam negeri
> Dar iyah mahupun di luar negerinya, sehingga ramai para penuntut ilmu
> datang berbondong-bondong, samada secara perseorangan mahupun secara
> berkumpulan ke negeri Dar iyah.
> Maka menetaplah Tuan Syeikh di negeri Hijrah ini dengan penuh
> kebesaran, kehormatan dan ketenteraman serta mendapat sokongan dan
> kecintaan dari semua pihak.
> Beliau pun mula membuka madrasah dengan menggunakan kurikulum yang
> menjadi teras bagi rencana perjuangan beliau, iaitu bidang pengajian
> `aqaid al-Qur an, tafsir, fiqh, usul fiqh, hadith, musthalah hadith,
> gramatika (nahu/saraf)nya serta lain-lain lagi dari ilmu-ilmu yang
> bermanfaat.
> Dalam waktu yang singkat saja, Dar iyah telah menjadi kiblat ilmu dan
> kota pelajar penuntut Islam. Para penuntut ilmu, tua dan muda,
> berduyun-duyun datang ke negeri ini.
> Di samping pendidikan formal (madrasah),  diadakan juga dakwah serata,
> yang bersifat terbuka untuk semua lapisan masyarakat umum, begitu juga
> majlis-majlis ta limnya.
> Gema dakwah beliau begitu membahana di seluruh pelusuk Dar iyah dan
> negeri-negeri jiran yang lain. Kemudian, Tuan Syeikh mula menegakkan
> jihad, menulis surat-surat dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu untuk
> bergabung dengan barisan Muwahhidin yang dipimpin oleh beliau sendiri.
> Hal ini dalam rangka pergerakan pembaharuan tauhid demi membasmi syirik,
> bid ah dan khurafat di negeri mereka masing-masing.
> Untuk langkah awal pergerakan itu, beliau memulakannya di negeri Najd.
> Beliau pun mula mengirimkan surat-suratnya kepada ulama-ulama dan
> penguasa-penguasa di sana.
> Berdakwah Melalui Surat-menyurat
> Tuan Syeikh menempuh pelbagai macam dan cara, dalam menyampaikan
> dakwahnya, sesuai dengan keadaan masyarakat yang dihadapinya. Di samping
> berdakwah melalui lisan, beliau juga tidak mengabaikan dakwah secara
> pena dan pada saatnya juga jika perlu beliau berdakwah dengan besi
> (pedang).
> Maka Tuan Syeikh mengirimkan suratnya kepada ulama-ulama Riyadh dan
> para umaranya, yang pada ketika itu adalah Dahkan bin Dawwas.
> Surat-surat itu dikirimkannya juga kepada para ulama Khariq dan
> penguasa-penguasa, begitu juga ulama-ulama negeri Selatan, seperti
> al-Qasim, Hail, al-Wasyim, Sudair dan lain-lain lagi.
> Beliau terus mengirimkan surat-surat dakwahnya itu ke mana-mana, sama
> ada ianya dekat ataupun jauh. Semua surat-surat itu ditujukan kepada
> para umara dan ulama, dalam hal ini termasuklah ulama negeri al-Ihsa ,
> daerah Badwi dan Haramain (Mekah - Madinah). Begitu juga kepada
> ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, Hindia, Yaman dan lain-lain lagi. Di
> dalam surat-surat itu, beliau menjelaskan tentang bahaya syirik yang
> mengancam negeri-negeri Islam di seluruh dunia, juga bahaya bid ah,
> khurafat dan tahyul.
> Bukanlah bererti bahawa ketika itu tidak ada lagi perhatian para ulama
> Islam tempatan kepada agama ini, sehingga seolah-olah bagaikan tidak ada
> lagi yang menguruskan hal ehwal agama. Akan tetapi yang sedang kita
> bicarakan sekarang adalah ehwal negeri Najd dan sekitarnya.
> Tentang keadaan negeri Najd, di waktu itu sedang dilanda serba
> kemusyrikan, kekacauan, keruntuhan moral, bid ah dan khurafat. Kesemua
> itu lahir bukanlah kerana tidak adanya para ulama, malah ulama sangat
> ramai jumlahnya, tetapi kebanyakan mereka tidak mampu menghadapi keadaan
> yang sudah begitu parah. Misalnya, di negeri Yaman dan lainnya, di mana
> di sana tidak sedikit para ulamanya yang aktif melakukan amar ma ruf
> nahi mungkar, serta menjelaskan mana yang bid ah dan yang sunnah. Namun
> Allah belum mentaqdirkan kejayaan dakwah itu dari tangan mereka seperti
> apa yang Allah taqdirkan kepada Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab.
> Berkat hubungan surat menyurat Tuan Syeikh terhadap para ulama dan umara
> dalam dan luar negeri, telah menambahkan kemasyhuran nama Tuan Syeikh
> sehingga beliau disegani di antara kawan dan lawannya, hingga jangkauan
> dakwahnya semakin jauh berkumandang di luar negeri, dan tidak kecil
> pengaruhnya di kalangan para ulama dan pemikir Islam di seluruh dunia,
> seperti di Hindia, Indonesia, Pakistan, Afthanistan, Afrika Utara,
> Maghribi, Mesir, Syria, Iraq dan lain-lain lagi.
> Seemangnya cukup ramai para da i dan ulama di negeri-negeri tersebut
> tetapi pada waktu itu ramai di antara mereka yang kehilangan arah,
> meskipun mereka memiliki ilmu-ilmu yang cukup memadai.
> Begitu bersemarak dan bergema suara dakwah dari Najd ke negeri-negeri
> mereka, serentak mereka bangkit sahut-menyahut menerima ajakan Tuan
> Syeikh Ibnu `Abdul Wahab untuk menumpaskan kemusyrikan dan
> memperjuangkan pemurnian tauhid. Semangat mereka timbul kembali bagaikan
> pohon yang telah layu, lalu datang hujan lebat menyiramnya sehingga
> menjadi hijau dan segar kembali.
> Demikianlah banyaknya surat-menyurat di antara Tuan Syeikh dengan para
> ulama di dalam dan luar Jazirah Arab, sehingga menjadi dokumen yang amat
> berharga sekali. Akhir-akhir ini semua tulisan beliau, samada yang
> berupa risalah, mahupun kitab-kitabnya, sedang dihimpun untuk dicetak
> dan sebahagian sudah dicetak dan disebarkan ke seluruh pelusok dunia
> Islam, baik melalui Rabithah al-`alam Islami, mahupun terus dari pihak
> kerajaan Saudi sendiri. Begitu juga dengan tulisan-tulisan dari
> putera-putera dan cucu-cucu beliau serta tulisan-tulisan para
> murid-muridnya dan pendukung-pendukungnya yang telah mewarisi ilmu-ilmu
> beliau. Di masa kini, tulisan-tulisan beliau sudah tersebar luas ke
> seluruh pelusuk dunia Islam.
> Dengan demikian, jadilah Dar iyah sebagai pusat penyebaran dakwah kaum
> Muwahhidin (gerakan pemurnian tauhid) oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul
> Wahab yang didukung oleh penguasa Amir Ibnu Saud. Kemudian murid-murid
> keluaran Dar iyah pula menyebarkan ajaran-ajaran tauhid murni ini ke
> seluruh pelusuk negeri dengan cara membuka sekolah-sekolah di
> daerah-daerah mereka.
> Namun, meskipun demikian, perjalanan dakwah ini tidak sedikit mengalami
> rintangan dan gangguan yang menghalangi. Tetapi setiap perjuangan itu
> tidak mungkin berjaya tanpa adanya pengorbanan.
> Sejarah pembaharuan yang digerakkan oleh Tuan Syeikh Muhammad bin
> `Abdul Wahab ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai yang paling hebat
> dari jenisnya dan amat cemerlang.
> Di samping itu, hal ini merupakan suatu pergerakan perubahan besar yang
> banyak memakan korban manusia mahupun harta benda. Kerana pergerakan ini
> mendapat tentangan bukan hanya dari luar, akan tetapi lebih banyak
> datangnya dari kalangan sendiri, terutama dari tokoh-tokoh agama Islam
> sendiri yang takut akan kehilangan pangkat, kedudukan, pengaruh dan
> jamaahnya. Namun, oleh kerana perlawanan sudah dimulakan dari dalam,
> maka orang-orang di luar Islam pula, terutama kaum orientalis mendapat
> angin segar untuk turut campurtangan bagi memperbesarkan lagi
> perselisihan di antara umat Islam sehingga berlakunya bid ah
> membid ahkan dan malah kafir mengkafirkan.
> Masa-masa tersebut telah pun berlalu. Umat Islam kini sudah sedar
> tentang apa dan siapa kaum Wahabi itu. Dan satu persatu kejahatan dan
> kebusukan kaum orientalis yang sengaja mengadu domba antara sesama umat
> Islam mula disedari, begitu juga dari kaum penjajah Barat, semuanya kini
> sudah terungkap.
> Meskipun usaha musuh-musuh dakwahnya begitu hebat, sama ada dari
> kalangan dalam Islam sendiri, mahupun dari kalangan luarnya, yang
> dilancarkan melalui pena atau ucapan, yang mana matlamatnya adalah
> hendak membendung dakwah tauhid ini, namun usaha mereka sia-sia belaka,
> kerana ternyata Allah SWT telah memenangkan perjuangan dakwah tauhid
> yang dipelupuri oleh Syeikh Islam, Imam Muhammad bin `Abdul Wahab yang
> telah mendapat sambutan bukan hanya oleh penduduk negeri Najd saja, akan
> tetapi juga sudah menggema ke seluruh dunia Islam dari Maghribi sampai
> ke Merauke, malah kini sudah berkumandang pula ke seluruh jagat raya.
> Dalam hal ini, jasa-jasa Putera Muhammad bin Saud (pendiri kerajaan
> Arab Saudi) dengan semua anak cucunya tidaklah boleh dilupakan begitu
> saja, di mana dari masa ke masa mereka telah membantu perjuangan tauhid
> ini dengan harta dan jiwa.
>
> SIAPAKAH Salafiyyah ITU?
> SEBAGAIMANA yang telah disebutkan, bahawa Salafiyyah itu adalah suatu
> pergerakan pembaharuan di bidanng agama, khususnya di bidang ketauhidan.
> Tujuannya ialah untuk memurnikan kembali ketauhidan yang telah tercemar
> oleh pelbagai macam bid ah dan khurafat yang membawa kepada kemusyrikan.
> Untuk mencapai tujuan tersebut, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah
> menempuh pelbagai macam cara. Kadangkala lembut dan kadangkala kasar,
> sesuai dengan sifat orang yang dihadapinya. Beliau mendapat tentangan
> dan perlawanan dari kumpulan yang tidak menyenanginya kerana sikapnya
> yang tegas dan tidak berganjak, sehingga lawan-lawannya membuat
> tuduhan-tuduhan ataupun pelbagai fitnah terhadap dirinya dan
> pengikut-pengikutnya. Musuh-musuhnya pernah menuduh bahawa Syeikh
> Muhammad bin `Abdul Wahab telah melarang para pengikutnya membaca kitab
> fiqh, tafsir dan hadith. Malahan ada yang lebih kejam lagi, iaitu
> menuduh Syeikh Muhammad telah membakar beberapa kitab tersebut, serta
> memperbolehkan mentafsirkan al-Qur an menurut kehendak hawa nafsu
> sendiri.
> Apa yang dituduh dan difitnah terhadap Syeikh Ibnu `Abdul Wahab itu,
> telah dijawab dengan tegas oleh seorang pengarang terkenal, iaitu
> al-Allamah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, dalam bukunya yang
> berjudul Shiyanah al-Insan di halaman 473 seperti berikut:
> "Sebenarnya perihal tuduhan tersebut telah dijawab sendiri oleh Syeikh
> Ibnu `Abdul Wahab sendiri dalam suatu risalah yang ditulisnya dan
> dialamatkan kepada `Abdullah bin Suhaim dalam pelbagai masalah yang
> diperselisihkan itu. Di antaranya beliau menulis bahawa semua itu adalah
> bohong dan kata-kata dusta belaka, seperti dia dituduh membatalkan
> kitab-kitab mazhab, dan dia mendakwakan dirinya sebagai mujtahid, bukan
> muqallid."
> Kemudian dalam sebuah risalah yang dikirimnya kepada `Abdurrahman bin
> `Abdullah, Muhammad bin `Abdul Wahab berkata:
> "Aqidah dan agama yang aku anut, ialah mazhab ahli sunnah wal jamaah,
> sebagai tuntunan yang dipegang oleh para Imam Muslimin, seperti
> Imam-imam Mazhab empat dan pengikut-pengikutnya sampai hari kiamat. Aku
> hanyalah suka menjelaskan kepada orang-orang tentang pemurnian agama dan
> aku larang mereka berdoa (mohon syafaat) pada orang yang hidup atau
> orang mati daripada orang-orang soleh dan lainnya."
> `Abdullah bin Muhammad bin `Abdul Wahab, menulis dalam risalahnya
> sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Ibnu `Abdul
> Wahab, seperti berikut:
> "Bahawa mazhab kami dalam usuluddin (tauhid) adalah mazhab ahlus sunnah
> wal jamaah, dan cara (sistem) pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama
> salaf. Sedangkan dalam hal masalah furu  (fiqh) kami cenderung mengikuti
> mazhab Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari
> (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang
> empat. Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab
> yang luar dari mazhab empat, seprti mazhab Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah
> dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti
> mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid
> (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah
> sama sekali mengaku bahawa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq,
> juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani
> mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang
> kalau kami lihat di sana ada nas yang jelas, baik dari Qur an mahupun
> Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang
> menasakhkannya, atau yang mentaskhsiskannya atau yang menentangnya,
> lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam
> empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami
> anut, seperti dalam masalah warisan yang menyangkut dengan datuk dan
> saudara lelaki; Dalam hal ini kami berpendirian mendahulukan datuk,
> meskipun menyalahi mazhab kami (Hambali)."
> Demikianlah bunyi isi tulisan kitab Shiyanah al-Insan, hal. 474.
> Seterusnya beliau berkata:
> "Adapun yang mereka fitnah kepada kami, sudah tentu dengan maksud untuk
> menutup-nutupi dan menghalang-halangi yang hak, dan mereka membohongi
> orang ramai dengan berkata: `Bahawa kami suka mentafsirkan Qur an dengan
> selera kami, tanpa mengendahkan kitab-kitab tafsirnya. Dan kami tidak
> percaya kepada ulama, menghina Nabi kita Muhammad SAW  dan dengan
> perkataan `bahawa jasad Nabi SAW itu buruk di dalam kuburnya. Dan bahawa
> tongkat kami ini lebih bermanfaat daripada Nabi, dan Nabi itu tidak
> mempunyai syafaat.
> Dan ziarah kepada kubur Nabi itu tidak sunat, Nabi tidak mengerti makna
> "La ilaha illallah" sehingga perlu diturunkan kepadanya ayat yang
> berbunyi: "Fa lam annahu La ilaha illallah," dan ayat ini diturunkan di
> Madinah. Dituduhnya kami lagi, bahawa kami tidak percaya kepada pendapat
> para ulama. Kami telah menghancurkan kitab-kitab karangan para ulama
> mazhab, kerana di dalamnya bercampur antara yang hak dan batil. Malah
> kami dianggap mujassimah (menjasmanikan Allah), serta kami mengkufurkan
> orang-orang yang hidup sesudah abad keenam, kecuali yang mengikuti kami.
> Selain itu kami juga dituduh tidak mahu menerima bai ah seseorang
> sehingga kami menetapkan atasnya `bahawa dia itu bukan musyrik begitu
> juga ibu bapanya juga bukan musyrik.
> Dikatakan lagi bahawa kami telah melarang manusia membaca selawat ke
> atas Nabi SAW dan mengharamkan berziarah ke kubur-kubur. Kemudian
> dikatakannya pula, jika seseorang yang mengikuti ajaran agama sesuai
> dengan kami, maka orang itu akan diberikan kelonggaran dan kebebasan
> dari segala beban dan tanggungan atau hutang sekalipun.
> Kami dituduh tidak mahu mengakui kebenaran para ahlul Bait r.a. Dan
> kami memaksa menikahkan seseorang yang tidak kufu serta memaksa
> seseorang yang tua umurnya dan ia mempunyai isteri yang muda untuk
> diceraikannya, kerana akan dinikahkan dengan pemuda lainnya untuk
> mengangkat darjat golongan kami.
> Maka semua tuduhan yang diada-adakan dalam hal ini sungguh kami tidak
> mengerti apa yang harus kami katakan sebagai jawapan, kecuali yang dapat
> kami katakan hanya "Subhanaka - Maha suci Engkau ya Allah" ini adalah
> kebohongan yang besar. Oleh kerana itu, maka barangsiapa menuduh kami
> dengan hal-hal yang tersebut di atas tadi, mereka telah melakukan
> kebohongan yang amat besar terhadap kami. Barangsiapa mengaku dan
> menyaksikan bahawa apa yang dituduhkan tadi adalah perbuatan kami, maka
> ketahuilah: bahawa kesemuanya itu adalah suatu penghinaan terhadap kami,
> yang dicipta oleh musuh-musuh agama ataupun teman-teman syaitan dari
> menjauhkan manusia untuk mengikuti ajaran sebersih-bersih tauhid kepada
> Allah dan keikhlasan beribadah kepadaNya.
> Kami beri tiqad bahawa seseorang yang mengerjakan dosa besar, seperti
> melakukan pembunuhan terhadap seseorang Muslim tanpa alasan yang wajar,
> begitu juga seperti berzina, riba  dan minum arak, meskipun
> berulang-ulang, maka orang itu hukumnya tidaklah keluar dari Islam
> (murtad), dan tidak kekal dalam neraka, apabila ia tetap bertauhid
> kepada Allah dalam semua ibadahnya."
> (Shiyanah al-Insan, m.s 475)
> Khusus tentang Nabi Muhammad SAW, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
> berkata:
> "Dan apapun yang kami i tiqadkan terhadap martabat Muhammad SAW bahawa
> martabat baginda itu adalah setinggi-tinggi martabat makhluk secara
> mutlak. Dan baginda itu hidup di dalam kuburnya dalam keadaan yang lebih
> daripada kehidupan para syuhada yang telah dinaskan dalam al-Qur an.
> Kerana baginda itu lebih utama dari mereka, dengan tidak diragu-ragukan
> lagi. Bahawa Rasulullah SAW mendengar salam orang yang mengucapkan
> kepadanya. Dan adalah sunnah berziarah kepada kuburnya, kecuali jika
> semata-mata dari jauh hanya datang untuk berziarah ke maqamnya. Namun
> sunat juga berziarah ke masjid Nabi dan melakukan solat di dalamnya,
> kemudian berziarah ke maqamnya. Dan barangsiapa yang menggunakan
> waktunya yang berharga untuk membaca selawat ke atas Nabi, selawat yang
> datang daripada beliau sendiri, maka ia akan mendapat kebahagiaan di
> dunia dan akhirat."
> Tentangan Terhadap Dakwah Salafiyyah
> Sebagaimana lazimnya, seorang pemimpin besar dalam suatu gerakan
> perubahan , maka Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab pun tidak lepas
> dari sasaran permusuhan dari pihak-pihak tertentu, baik dari dalam
> mahupun dari luar Islam, terutama setelah Tuan Syeikh menyebarkah
> dakwahnya dengan tegas melalui tulisan-tulisannya, samada  berupa
> buku-buku mahupun surat-surat yang tidak terkira banyaknya. Surat-surat
> itu dikirim ke segenap penjuru negeri Arab dan juga negeri-negeri Ajam
> (bukan Arab).
> Surat-suratnya itu dibalas oleh pihak yang menerimanya, sehingga
> menjadi beratus-ratus banyaknya. Mungkin kalau dibukukan nescaya akan
> menjadi puluhan jilid tebalnya.
> Sebahagian dari surat-surat ini sudah dihimpun, diedit serta diberi
> ta liq dan sudah diterbitkan, sebahagian lainnya sedang dalam proses
> penyusunan. Ini tidak termasuk buku-buku yang sangat berharga yang
> sempat ditulis sendiri oleh Tuan Syeikh di celah-celah kesibukannya yang
> luarbiasa itu. Adapun buku-buku yang sempat ditulisnya itu berupa
> buku-buku pegangan dan rujukan kurikulum yang dipakai di
> madrasah-madrasah ketika beliau memimpin gerakan tauhidnya.
> Tentangan mahupun permusuhan yang menghalang dakwahnya, muncul dalam
> dua bentuk:
> 1. Permusuhan atau tentangan atas nama ilmiyah dan agama,
>
> 2. Atas nama politik yang berselubung agama.
> Bagi yang terakhir, mereka memperalatkan golongan ulama tertentu, demi
> mendukung kumpulan mereka untuk memusuhi dakwah Wahabiyah.
> Mereka menuduh dan memfitnah Tuan Syeikh sebagai orang yang sesat lagi
> menyesatkan, sebagai kaum khawarij, sebagai orang yang ingkar terhadap
> ijma  ulama dan pelbagai macam tuduhan buruk lainnya.
> Namun Tuan Syeikh menghadapi semuanya itu dengan semangat tinggi,
> dengan tenang, sabar dan beliau tetap melancarkan dakwah bil lisan dan
> bil hal, tanpa mempedulikan celaan orang yang mencelanya,
> Pada hakikatnya ada tiga golongan musuh-musuh dakwah beliau:
> 1. Golongan ulama khurafat, yang mana mereka melihat yang haq (benar)
> itu batil dan yang batil itu haq. Mereka menganggap bahawa mendirikan
> bangunan di atas kuburan lalu dijadikan sebagai masjid untuk
> bersembahyang dan berdoa di sana dan mempersekutukan Allah dengan
> penghuni kubur, meminta bantuan dan meminta syafaat padanya, semua itu
> adalah agama dan ibadah. Dan jika ada orang-orang yang melarang mereka
> dari perbuatan jahiliyah yang telah menjadi adat tradisi nenek
> moyangnya, mereka menganggap bahawa orang itu membenci auliya  dan
> orang-orang soleh, yang bererti musuh mereka yang harus segera
> diperangi.
> 2. Golongan ulama taksub, yang mana mereka tidak banyak tahu tentang
> hakikat Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dan hakikat ajarannya.
> Mereka hanya taqlid belaka dan percaya saja terhadap berita-berita
> negatif mengenai Tuan Syeikh yang disampaikan oleh kumpulan pertama di
> atas sehingga mereka terjebak dalam perangkap asabiyah yang sempit tanpa
> mendapat kesempatan untuk melepaskan diri dari belitan ketaksubannya.
> Lalu menganggap Tuan Syeikh dan para pengikutnya seperti yang
> diberitakan, iaitu; anti auliya  dan memusuhi orang-orang soleh serta
> mengingkari karamah mereka.
> Mereka mencaci-maki Tuan Syeikh habis-habisan dan beliau dituduh
> sebagai murtad.
> 3. Golongan yang takut  kehilangan pangkat dan jawatan, pengaruh dan
> kedudukan. Maka golongan ini memusuhi beliau supaya dakwah Islamiyah
> yang dilancarkan oleh Tuan Syeikh yang berpandukan kepada aqidah
> Salafiyah murni gagal kerana ditelan oleh suasana hingar-bingarnya
> penentang beliau.
> Demikianlah tiga jenis musuh yang lahir di tengah-tengah nyalanya api
> gerakan yang digerakkan oleh Tuan Syeikh dari Najd ini, yang mana
> akhirnya terjadilah perang perdebatan dan polemik yang berkepanjangan di
> antara Tuan Syeikh di satu pihak dan lawannya di pihak yang lain. Tuan
> Syeikh menulis surat-surat dakwahnya kepada mereka, dan mereka
> menjawabnya. Demikianlah seterusnya.
> Perang pena yang terus menerus berlangsung itu, bukan hanya terjadi di
> masa hayat Tuan Syeikh sendiri, akan tetapi berterusan sampai kepada
> anak cucunya. Di mana anak cucunya ini juga ditakdirkan Allah menjadi
> ulama.
> Merekalah yang meneruskan perjuangan al-maghfurlah Syeikh Muhammad bin
> `Abdul Wahab, yang dibantu oleh para muridnya dan pendukung-pendukung
> ajarannya.
> Demikianlah perjuangan Tuan Syeikh yang berawal dengan lisan, lalu
> dengan pena dan seterusnya dengan senjata, telah didukung sepenuhnya
> oleh Amir Muhammad bin Saud, penguasa Dar iyah.
> Beliau memulakan jihadnya dengan pedang pada tahun 1158 H. Sebagaimana
> kita ketahui bahawa seorang da i ilallah, apabila tidak didukung oleh
> kekuatan yang mantap, pasti dakwahnya akan surut, meskipun pada tahap
> pertama mengalami kemajuan. Namun pada akhirnya orang akan jemu dan
> secara beransur-ansur dakwah itu akan ditinggalkan oleh para
> pendukungnya.
> Oleh kerana itu, maka kekuatan yang paling ampuh untuk mempertahankan
> dakwah dan  pendukungnya, tidak lain harus didukung oleh senjata. Kerana
> masyarakat yang dijadikan sebagai objek daripada dakwah kadangkala tidak
> mampan dengan lisan mahupun tulisan, akan tetapi mereka harus diiring
> dengan senjata, maka waktu itulah perlunya memainkan peranan senjata.
> Alangkah benarnya firman Allah SWT:
> " Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami, dengan membawa
> bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab
> dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan
> Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
> pelbagai manfaat bagi umat manusia, dan supaya Allah mengetahi siapa
> yang menolong (agama)Nya dan RasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.
> Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa." (al-Hadid:25)
> Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT mengutus para RasulNya dengan
> disertai bukti-bukti yang nyata untuk menumpaskan kebatilan dan
> menegakkan kebenaran. Di samping itu pula, mereka dibekalkan dengan
> Kitab yang di dalamnya terdapat pelbagai macam hukum dan undang-undang,
> keterangan dan penjelasan. Juga Allah menciptakan neraca (mizan)
> keadilan, baik dan buruk serta haq dan batil, demi tertegaknya kebenaran
> dan keadilan di tengah-tengah umat manusia.
> Namun semua itu tidak mungkin berjalan dengan lancar dan stabil tanpa
> ditunjang oleh kekuatan besi (senjata) yang menurut keterangan al-Qur an
> al-Hadid fihi basun syadid iaitu, besi waja yang mempunyai kekuatan
> dahsyat. Iaitu berupa senjata tajam, senjata api, peluru, senapang,
> meriam, kapal perang, nuklear dan lain-lain lagi, yang pembuatannya
> mesti menggunakan unsur besi.
> Sungguh besi itu amat besar manfaatnya bagi kepentingan umat manusia
> yang mana al-Qur an menta birkan dengan Wama nafiu linasi iaitu dan
> banyak manfaatnya bagi umat manusia. Apatah lagi jika dipergunakan bagi
> kepentingan dakwah dan menegakkan keadilan dan kebenaran seperti yang
> telah dimanfaatkan oleh Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab semasa
> gerakan tauhidnya tiga abad yang lalu.
> Orang yang mempunyai akal yang sihat dan fikiran yang bersih akan mudah
> menerima ajaran-ajaran agama, sama ada yang dibawa oleh Nabi, mahupun
> oleh para ulama. Akan tetapi bagi orang zalim dan suka melakukan
> kejahatan, yang diperhambakan oleh hawa nafsunya, mereka tidak akan
> tunduk dan tidak akan mahu menerimanya, melainkan jika mereka diiring
> dengan senjata.
> Demikianlah Tuan Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dalam dakwah dan
> jihadnya telah memanfaatkan lisan, pena serta pedangnya seperti yang
> dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri, di waktu baginda mengajak kaum
> Quraisy kepada agama Islam pada waktu dahulu.
> Yang demikian itu telah dilakukan terus menerus oleh Tuan Syeikh
> Muhammad selama lebih kurang 48 tahun tanpa berhenti, iaitu dari tahun
> 1158 hinggalah akhir hayatnya pada tahun 1206 H.
> Adalah suatu kebahagiaan yang tidak terucapkan bagi beliau, yang mana
> beliau dapat menyaksikan sendiri akan kejayaan dakwahnya di tanah Najd
> dan daerah sekelilingnya, sehingga masyarakat Islam pada ketika itu
> telah kembali kepada ajaran agama yang sebenar-benarnya, sesuai dengan
> tuntunan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
> Dengan demikian, maka maqam-maqam yang didirikan dengan kubah yang
> lebih mewah dari kubah masjid-masjid, sudah tidak kelihatan lagi di
> seluruh negeri Najd, dan orang ramai mula berduyun-duyun pergi memenuhi
> masjid untuk bersembahyang dan mempelajari ilmu agama. Amar ma ruf
> ditegakkan, keamanan dan ketenteraman masyarakat menjadi stabil dan
> merata di kota mahupun di desa. Tuan Syeikh kemudian mengirim guru-guru
> agama dan mursyid-mursyid ke seluruh pelusuk desa untuk mengajarkan
> ilmu-ilmu agama kepada masyarakat tempatan terutama yang berhubungan
> dengan aqidah dan syari ah.
> Setelah beliau meninggal dunia, perjuangan tersebut diteruskan pula
> oleh anak-anak dan cucu-cucunya, begitu juga oleh murid-murid dan
> pendukung-pendukung dakwahnya. Yang paling terdepan di antara mereka
> adalah anak-anak  Syeikh sendiri, seperti  Syeikh Imam `Abdullah bin
> Muhammad, Tuan Syeikh Husin bin Muhammad,  Syeikh Ibrahim bin Muhammad,
> Syeikh Ali bin Muhammad. Dan dari cucu-cucunya antara lain ialah  Syeikh
> `Abdurrahman bin Hasan,  Syeikh Ali bin Husin,  Syeikh Sulaiman bin
> `Abdullah bin Muhammad dan lain-lain. Dari kalangan murid-murid beliau
> yang paling menonjol ialah Syeikh Hamad bin Nasir bin Mu ammar dan ramai
> lagi jamaah lainnya dari para ulama Dar iyah.
> Masjid-masjid telah penuh dengan penuntut-penuntut ilmu yang belajar
> tentang pelbagai macam ilmu Islam, terutama tafsir, hadith, tarikh
> Islam, ilmu qawa id dan lain-lain lagi.
> Meskipun kecenderungan dan minat mansyarakat demikian tinggi untuk
> menuntut ilmu agama, namun mereka pun tidak ketinggalan dalam hal
> ilmu-ilmu keduniaan (sekular) seperti ilmu ekonomi, pertanian,
> perdagangan, pertukangan dan lain-lain lagi yang mana semuanya itu
> diajarkan di masjid dan dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
> Setelah kejayaan  Syeikh Muhammad bersama keluarga Amir Ibnu Saud
> menguasai dan mentadbir daerah Najd, maka sasaran dakwahnya kini
> ditujukan ke negeri Mekah dan negeri Madinah (Haramain) dan daerah
> Selatan Jazirah Arab.
> Mula-mula  Syeikh menawarkan kepada mereka dakwahnya melalui surat
> menyurat terhadap para ulamanya, namun mereka tidak mahu menerimanya.
> Mereka tetap bertahan pada ajaran-ajaran nenek moyang yang
> mengkeramatkan kuburan dan mendirikan masjid di atasnya, lalu
> berduyun-duyun datang ke tempat itu meminta syafaat, meminta berkat, dan
> meminta agar dikabulkan hajat pada ahli kubur atau dengan
> mempersekutukan si penghuni kubur itu dengan Allah SWT.
> Sebelas tahun  setelah meninggalnya kedua tokoh mujahid ini, iaitu
> Syeikh dan Amir Ibnu Saud, kemudian tampillah Imam Saud bin `Abdul `Aziz
> untuk meneruskan perjuangan pendahulunya. Imam Saud adalah cucu kepada
> Amir Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan  Syeikh semasa beliau masih
> hidup.
> Berangkatlah Imam Saud bin `Abdul `Aziz menuju tanah Haram Mekah dan
> Madinah (Haramain) yang dikenal juga dengan nama tanah Hijaz.
> Mula-mula beliau bersama pasukannya berjaya menawan Ta if. Penaklukan
> Ta if tidak begitu banyak mengalami kesukaran kerana sebelumnya Imam
> Saud bin `Abdul `Aziz telah mengirimkan Amir Uthman bin `Abdurrahman
> al-Mudhayifi dengan membawa pasukannya dalam jumlah yang besar untuk
> mengepung Ta if. Pasukan ini terdiri dari orang-orang Najd dan daerah
> sekitarnya. Oleh kerana itu Ibnu `Abdul `Aziz tidak mengalami banyak
> kerugian dalam penaklukan negeri Ta if, sehingga dalam waktu singkat
> negeri Ta if menyerah dan jatuh ke tangan Wahabi.
> Di Ta if, pasukan muwahidin membongkar beberapa maqam yang di atasnya
> didirikan masjid, di antara maqam yang dibongkar adalah maqam Ibnu Abbas
> r.a. Masyarakat tempatan menjadikan maqam ini sebagai tempat ibadah, dan
> meminta syafaat serta berkat daripadanya.
> Dari Ta if pasukan Imam Saud  bergerak menuju Hijaz dan mengepung kota
> Mekah. Manakala gabenor Mekah mengetahui  hal ehwal pengepungan tersebut
> (waktu itu Mekah di bawah pimpinan Syarif Husin), maka hanya ada dua
> pilihan baginya, menyerah kepada pasukan Wahabi atau melarikan diri ke
> negeri lain. Ia memilih pilihan kedua, iaitu melarikan diri ke Jeddah.
> Kemudian, pasukan Saud segera masuk ke kota Mekah untuk kemudian
> menguasainya tanpa  perlawanan sedikit pun.
> Tepat pada waktu fajar, Muharram 1218 H, kota suci Mekah sudah berada
> di bawah kekuasaan muwahidin sepenuhnya.
> Seperti biasa, pasukan muwahidin sentiasa mengutamakan sasarannya untuk
> menghancurkan patung-patung yang dibuat dalam bentuk kubah di perkuburan
> yang dianggap keramat, yang semuanya itu boleh mengundang kemusyrikan
> bagi kaum Muslimin.Maka semua lambang-lambang kemusyrikan yang didirikan
> di atas kuburan yang berbentuk kubah-kubah masjid di seluruh Hijaz,
> semuanya diratakan, termasuk kubah yang didirikan di atas kubur
> Saiditina Khadijah r.a, isteri Nabi kita Muhammad SAW.
> Bersamaan dengan itu mereka melantik sejumlah guru, da i, mursyid serta
> hakim untuk ditugaskan di daerah Hijaz.
> Selang dua tahun setelah penaklukan Mekah, pasukan Wahabi bergerak
> menuju Madinah. Seperti halnya di Mekah, Madinah pun dalam waktu yang
> singkat saja telah dapat dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Muwahhidin  di
> bawah panglima Putera Saud bin Abdul Aziz, peristiwa ini berlaku pada
> tahun 1220 H.
> Dengan demikian, daerah Haramain (Mekah - Madinah) telah jatuh ke
> tangan muwahidin. Dan sejak itulah status sosial dan ekonomi masyarakat
> Hijaz secara beransur-ansur dapat dipulihkan kembali, sehingga semua
> lapisan masyarakat merasa aman, tenteram dan tertib, yang selama ini
> sangat mereka inginkan.
> Walaupun sebagai sebuah daerah yang ditaklui, keluarga Saud tidaklah
> memperlakukan rakyat dengan sesuka hati. Keluarga Saud sangat baik
> terhadap rakyat terutama pada kalangan fakir miskin yang mana pihak
> kerajaan memberi perhatian yang berat terhadap nasib mereka. Dan
> tetaplah kawasan Hijaz berada di bawah kekuasaan muwahidin (Saudi) yang
> dipimpin oleh keluarga Saud sehingga pada tahun 1226 H.
> Setelah lapan tahun wilayah ini berada di bawah kekuasaan Imam Saud,
> pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki, mengirimkan pasukannya untuk
> membebaskan tanah Hijaz, terutama Mekah dan Madinah dari tangan
> muwahidin sekaligus hendak mengusir mereka keluar dari daerah tersebut.
> Adapun sebab campurtangan pemerintah Mesir dan Turki itu adalah seperti
> yang telah dikemukakan pada bahagian yang lalu, iaitu kerana pergerakan
> muwahidin mendapat banyak tentangan dari pihak musuh-musuhnya, sama ada
> ianya dari pihak dalam Islam sendiri ataupun dari luarnya, yang mana
> tujuan mereka sama iaitu untuk memulau dan memadamkan api gerakan dakwah
> salafiyyah.
> Oleh kerana musuh-musuh gerakan salafiyyah tidak mempunyai kekuatan
> yang memadai untuk menentang pergerakan Wahabiyah, maka mereka menghasut
> pemerintah Mesir dan Turki dengan menggunakan nama agama, seperti yang
> telah diterangkan pada bahagian yang lalu. Maka menyerbulah pasukan
> Mesir dan Turki ke negeri Hijaz untuk membebaskan kedua-dua kota suci
> Mekah dan Madinah dari cengkaman kaum muwahiddin, sehingga terjadilah
> peperangan di antara Mesir bersama sekutunya Turki di satu pihak
> menentang pasukan muwahidin dari Najd dan Hijaz di pihak lain.
> Peperangan ini telah berlangsung selama tujuh tahun, iaitu dari tahun
> 1226 hingga 1234 H.
> Dalam masa perang tujuh tahun itu tidak sedikit kerugian yang dialami
> oleh kedua belah pihak, terutama dari pihak pasukan Najd dan Hijaz,
> selain kerugian harta benda, tidak sedikit pula kerugian nyawa dan tubuh
> manusia. Tetapi syukur alhamdulillah, setelah lima tahun berlangsung
> perang saudara di antara Mesir-Turki dan Wahabi, pihak Mesir mahupun
> Turki sudah mulai jemu dan bosan menghadapi peperangan yang berpanjangan
> itu. Akhirnya, secara perlahan-lahan mereka sedar bahawa mereka telah
> keliru, sekaligus mereka menyedari bahawa sesungguhnya gerakan Wahabi
> tidak lain adalah sebuah gerakan aqidah murni dan patut ditunjang serta
> didukung oleh seluruh umat Islam.
> Dalam dua tahun terakhir menjelang selesainya peperangan, secara
> diam-diam gerakan muwahidin terus melakukan gerakan dakwah dan mencetak
> kader-kadernya demi penerusan gerakan aqidah di masa-masa akan datang.
> Sebaik sahaja berakhirnya peperangan yang telah memakan waktu tujuh
> tahun tersebut, dakwah salafiyyah mulai lancar kembali seperti biasa.
> Semua kekacauan di tanah Hijaz boleh dikatakan berakhir pada tahun 1239
> H. Begitu juga dakwah salafiyyah telah tersebar secara meluas dan merata
> ke seluruh pelusuk Najd dan sekitarnya, di bawah kepemimpinan Imam Turki
> bin `Abdullah bin Muhammad bin Saud, adik sepupu Amir Saud bin `Abdul
> `Aziz yang disebutkan dahulu.
> Semenjak kekuasaan dipegang oleh Amir Turki bin `Abdullah, suasana Najd
> dan sekitarnya beransur-ansur pulih kembali, sehingga memungkinkan bagi
> keluarga Saud (al-Saud) bersama keluarga Syeikh Muhammad (al-Syeikh)
> untuk melancarkan kembali dakwah mereka dengan lisan dan tulisan melalui
> juru-juru dakwah, para ulama serta para Khutaba.
> Suasana yang sebelumnya penuh dengan huru hara dan saling berperang,
> kini telah berubah menjadi suasana yang penuh aman dan damai menyebabkan
> syiar Islam kelihatan di mana-mana di seluruh tanah Hijaz, Najd dan
> sekitarnya. Sedangkan syi ar kemusyrikan sudah hancur diratakan dengan
> tanah. Ibadah hanya kepada Allah, tidak lagi ke perkuburan dan
> makhluk-makhluk lainnya. Masjid mulai kelihatan semarak dan lebih banyak
> dikunjungi oleh umat Islam, berbanding ke maqam-maqam yang dianggap
> keramat seperti sebelumnya.
> Khususnya daerah Hijaz dengan kota Mekah dan Madinah, begitu lama
> terputus hubungan dengan Kerajaan (daulah) Saudiyah, iaitu semenjak
> perlanggaran Mesir dan sekutunya pada tahun 1226 -1342, yang bererti
> lebih kurang seratus duapuluh tujuh tahun wilayah Hijaz terlepas dari
> tangan dinasti Saudiyah. Dan barulah kembali ke tangan mereka pada tahun
> 1343 H, iaitu di saat daulah Saudiyah dipimpin oleh Imam `Abdul `Aziz
> bin `Abdurrahman bin Faisal bin Turki bin `Abdullah bin Muhammad bin
> Saud, cucu keempat dari pendiri dinasti Saudiyah, Amir Muhammad bin Saud
> al-Awal.
> Menurut sejarah, setelah Mekah - Madinah kembali ke pangkuan Arab Saudi
> pada tahun 1343, hubungan Saudi - Mesir tetap tidak begitu baik yang
> mana tidak ada hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara tersebut,
> meskipun kedua-dua bangsa itu tetap terjalin ukhuwah Islamiyah.
> Hanya setelah Raja Faisal menaiki tahta menjadi ketua negara Saudi,
> hubungan Saudi - Mesir disambung kembali sehingga kini.
> Kematiannya
> Muhammad bin `Abdul Wahab telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun
> lebih di Dar iyah. Keseluruhan hidupnya  diisi dengan kegiatan menulis,
> mengajar, berdakwah dan berjihad serta mengabdi sebagai menteri
> penerangan Kerajaan Saudi di Tanah Arab.
> Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai 92 tahun, sehingga beliau
> dapat menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan
> pendukung-pendukungnya. Semuanya itu adalah berkat pertolongan Allah dan
> berkat dakwah dan jihadnya yang gigih dan tidak kenal menyerah kalah
> itu.
> Kemudian, setelah puas melihat hasil kemenangannya di seluruh negeri
> Dar iyah dan sekitarnya, dengan hati yang tenang, perasaan yang lega,
> Muhammad bin `Abdul Wahab menghadap Tuhannya. Beliau kembali ke
> rahmatullah pada tanggal 29 Syawal 1206 H, bersamaan dengan tahun 1793
> M, dalam usia 92 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Dariyah (Najd).
> Semoga Allah melapangkan kuburnya, dan menerima segala amal solehnya
> serta mendapatkan tempat yang layak di sisi Allah SWT. Amin.
>
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
> Share information about yourself, create your own public profile at
> http://profiles.msn.com.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke